Bercinta ni seronok ke tidak | Kena sedia fikir commitment hati

Dah nama pun bercinta, mestilah ada perasaan seronok kan, lagi - lagi kalau time tengah 'sweet - sweet' dengan pasangan. Eh, tapi kalau korang belum kahwin, kenalah jaga batas - batas pergaulan. Doa banyak - banyak supaya Allah jumpakan kita dengan someone right. Bila korang dah rasa nak bercinta, bermaksud korang dah kena bersedia fikir commitment hati. 

Bercinta kan melibatkan hati dan perasaan, betul tak?

Assalamualaikum, Hai korang =D

Sebenarnya bila bercinta ni, kena ada kesabaran dalam mengenali someone tu. Bukan mudah. Tapi kalau dah nama bercinta, tak ke semuanya jadi mudah? Betul tak?

Ye, walaupun kita tak tahu, sama ada pasangan yang kita kenal tu, jodoh till jannah ke tidak. Tapi bila korang dah berkenalan dengan someone, tolonglah commit. Sebab ianya melibatkan hati dan perasaan. Kalau tak nak commit, baik jangan kenal dengan someone, atau ada boyfriends/girlfriends.


Kalau rasa saja nak main - main tu, jangan ada niat nak kenal orang tu. Kesian anak orang. Perasaan sakit putus cinta tu, bukan mudah untuk ditanggung tau. Lagi kalau kenal bertahun, end up korang tak serious. 

Aku selalu pegang this word, "Allah akan pertemukan kita dengan someone (jodoh), bila tiba masanya yang sesuai".

So selagi tak jumpa pasangan, enjoy jelah dengan apa yang korang tengah buat sekarang. Cari something yang tak membosankan. Bila dah tiba masanya kenal someone, please commit. 

Kalau korang tak boleh teruskan hubungan tersebut, please cakap baik - baik tak boleh nak teruskan. InsyaAllah pasangan korang tu faham. 

Baca juga : Macam mana nak tahu orang tu serious dengan kita?

Oh ye, lagi satu. Bila bercinta ni, korang akan kenal pasangan korang sendiri. Baik buruk tu, korang yang tahu. Hati nak dekat ke jauh, korang yang rasa. Orang lain takkan tahu. Nak minta nasihat kat orang boleh, tapi ambil mana yang perlu. 

Selamat kenal dengan someone, atau bercinta. Eh? hahaha

Bercinta ni seronok ke tidak | Kena sedia fikir commitment hati Bercinta ni seronok ke tidak | Kena sedia fikir commitment hati Reviewed by Farah on May 01, 2021 Rating: 5

1 comment:

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.