" Resepi Nasi Lemak paling simple dan Daging Harimau Menangis - FARAH

Resepi Nasi Lemak paling simple dan Daging Harimau Menangis

by - April 27, 2021

Assalamualaikum,=D

Sebenarnya hari tu pergi Bazaar Ramadhan nak cari Nasi Lemak. Pusing satu round takde, padahal kiteorang 3 beradik ralit cari dekat satu - satu booth. Takde. Tu yang masa berbuka, adik aku sorang ni suggest esoknya nak masak nasi lemak. 

Well weekend, basically memang tak ada buat apa. Unless kekadang, banyak sibukkan diri dengan blogging je. Sambil - sambil tu, keep promoting huda punya small business sekarang. Alhamdulillah, dapat sambutan. 

byfarahh.com
Petang tu, huda beli barang mak kirim dan ambil stock daging harimau menangis. 

Resepi Nasi Lemak Paling Simple - Daging Harimau Menangis
Ni bahan - bahannya. 

*bahan - bahan nak masak sambal ikan bilis, nasi lemak dan satu packet daging harimau. 

So jom huda share resepi paling simple untuk berbuka. 

1. Nasi Lemak
Bahan - bahan
Beras - huda letak 2 1/2 pot beras.
2 kotak santan kecil jenama kara
3 helai daun pandan
garam secukup rasa
sedikit air

*kekadang huda letak halia, but this time huda tak letak. Kalau korang nak letak, just letak sikit je tau.

Cara memasak
1. Masukkan beras, basuh beras tu dengan bersih. 
2. Masukkan santan 2 kotak kecil.
3. Masukkan garam secukup rasa (kena letak garam sikit. Baru sedap).
4. Masukkan sedikit air. Sukat macam biasa untuk 2 1/2 pot beras yang korang dah cuci tadi. 
5. Lipat simpul daun pandan. Dan masukkan je. 
6. Tanak/masak nasi macam biasa. Kalau dah hampir masak tu, gaul sikit bagi tak hangus kat bahagian bawah tu. 
7. Dah siap masak, then boleh hidangkan.

2. Resepi Sambal Ikan Bilis
Bahan - bahan untuk di blend
- Lada kering (untuk sambal biasanya huda letak lebih 40 tangkai lada kering). But make sure tak pedas lah lada tu. Kalau lada tu pedas, agak - agak nak letak berapa. 
- Ikan bilis (agak - agak)
- Bawang merah (kalau besar 2 biji, kalau sedang sizenya 3 biji)
- Belacan

bahan - bahan tumisan
**Garam dan ajinamoto secukup rasa
**Gula 1/2 sudu
**asam keping
**ikan bilis sikit
**Minyak masak untuk menumis

Cara masak
1. Potong dua lada kering tu, rendam dengan air panas hingga dia kembang. Then tos kan, buang biji dia.
2. Blend bahan - bahan dekat atas tu semua (lada kering yang dah siap tos tanpa biji lada, bawang merah, ikan bilis, belacan.
3. Panaskan kuali. Then panaskan minyak. 
4. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang telah di blend tadi. 
5. Masakkan bahan tumisan sampai pecah minyak dan garing (warna tumisan keemas - emasan).
6. Masukkan air sikit, then masukkan **garam, gula, ajinamoto, asam keping, dan sikit ikan bilis. 
7. Biarkan ianya mendidih, dan sambal tu sedikit kering. 
8. Dah siap, hidangkan. 

Resepi Nasi Lemak Paling Simple
Taraaaa, lauk - lauk nasi lemak is done. 
Oh jangan lupa, buat sekali ikan bilis goreng dan telur rebus tau. Ini perkara wajib kalau masak nasi lemak, hehe. 

Kiteorang tak makan kacang, so memang tak pernah nak ada kacang goreng pun. 
Ayam Goreng Tepung kena ada, sebab tu favourite semua orang dalam rumah ni. 

Selamat mencuba Resepi Nasi Lemak Paling Simple =D

3. Daging Harimau Menangis
Yang ni tak perlu resepi, sebab huda jual je hahhaa. So just masak dan grill macam biasa, sebab daging memang dah sesiap marinate.  Video memasak kat bawah ni. Selamat mencuba. 

Oh ye, sos dia sedap tau. Korang kena cuba. 



kalau berminat nak beli boleh contact huda terus - byfarahh.biz =D.

p/s: thank you dekat customer yang support small business kita.

You May Also Like

0 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D