Tips tahan dahaga dan lapar di bulan Puasa/Ramadhan

April 06, 2021

Assalamualaikum, =D

And hai semua. Hala hala tips kali ni pun. Kali ni saje la nak share dengan korang, tips tahan lapar dan puasa di bulan Puasa/Ramadhan.

Tips Bulan Ramadhan
Credit picture - here
1. Niat puasa
Huda ada baca satu article dan tengok video from Ustaz/Ustazah. Mereka kata, apa - apa pun dimulakan dengan niat. Niat Puasa. 

Niat puasa in Malay : 'Sahaja aku berpuasa pada esok hari, dalam bulan Ramadhan kerana Allah Taala'. 

InsyaAllah, Allah akan tolong kita. 

Doa - " Ya Allah, hari ni aku nak puasa. Harap aku boleh tahan lapar dan dahaga,". Insyallah, Allah will helps us.

Sebab besar pahala dan reward dari Allah kalau kita jalankan ibadah puasa. 

2. Sebelum Ramadhan, mulakan dengan puasa sunat/ganti.

Bagi perempuan, memang akan ada beberapa hari yang dia wajib ganti. Paling banyak kadang 10 hari. Tengoklah pada hari yang dia 'kena cuti'. Ikut orang juga.

Atau boleh cuba buat puasa - puasa sunat, before ramadhan. 

InsyaAllah, bila dah Ramadhan nanti kita akan senang. 

Tips kesihatan di bulan ramadhan

Credit picture - here

3. Banyakkan minum air putih
Huda dah try buat experiment hahaha. Malam sebelum tidur, minum air 800ml, then pagi sahur minum air hampir 800ml pun takpe. Huda guna size botol yang tinggi (ukuran 800ml).

4. Makan Kurma
Ini pun membantu. at least sahur take 1 to 3 biji kurma. InsyaAllah, membantu rasa kurang lapar. 

5. Buka dan Sahur jangan tinggal
Buka and sahur adalah satu keperluan. Jadi jangan lupa bangun sahur tau. 

Makan untuk tenaga pada keesokan harinya. 

Buka pula, jangan lewat - lewatkan. Sebaik sahaja azan berkumandang dah minum air and start makan. Lepas tu baru solat maghrib, tapi jangan lewat sangat maghrib tu. 

6. Tidur secukupnya
Tidur yang cukup dapat membuatkan badan kita segar dan bertenaga pada keesokkan harinya. Jadi tak adalah letih, walaupun kita sibuk bekerja. 

Hope tips ni dapat membantu. 

SELAMAT BERPUASA semua =D


You Might Also Like

0 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.