" English Vinglish Review in Malay - FARAH

English Vinglish Review in Malay

by - January 10, 2021

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Dah lama aku nak review short movie ni, sebab aku suka dengan jalan cerita dia. Tapi ni, baru sempat nak write up. Sebenarnya cerita ni aku tertengok dekat TV3 last few month, masa time Deepavali. English Vinglish adalah salah sebuah Indian Movie. Ianya berkisar tentang keluarga, percintaan, dan how struggle house - wife wanna learn english. 

English Vinglish Review in Malay



English Vinglish Review in Malay

Ianya mengisahkan tentang Shashi, seorang house wife yang juga buat jualan makanan online, Laddu. Laddu adalah manisan tradisi orang India. Salah satu konflik yang berlaku dalam keluarga Shashi, adalah isu tentang Bahasa Inggeris. Dan dari konflik tersebutlah, yang membuatkan Shashi kental dan ikuti kelas bahasa Inggeris di luar negara. Nak tahu cerita lanjut? Ok jom baca kisah Shashi. 

Actually Shashi ni tak berapa nak fasih English. Dia tahu sikit - sikit je. Sampai ada satu scene tu,  anak dia nak belajar english dengan kawan dia. Tapi mak dia tak bagi. Hingga anak dia cakap, 'mak pandai bahasa English ke, kalau dia study kat rumah?'. Dah sedih muka mak dia tu. Suami dia, macam back up anak perempuan dia. And bagi pergi. 

Satu hari, diorang satu keluarga dapat jemputan ke New York. Anak sedara dia yang menetap kat New York, nak kahwin. Memandangkan dia seorang suri rumah, dia banyak masa terluang, and husband dia minta dia pergi awal beberapa bulan sebelum majlis. Dia pergi. 

Bermulalah kisah dan kehidupan Shashi sepanjang dia berada di New York. Di sana, dia menetap di rumah cousin dia. 

Satu hari tu, Sashi keluar seorang diri, memandangkan cousin, dan anak sedara sibuk bekerja, dan ada yang pergi kolej. Ada satu kunci khas yang diberikan pada Shashi. Kalau Shashi bosan kat rumah, dia boleh keluar je jalan - jalan ambil angin. 

Masa dia dok ralit jalan seorang diri, sambil tengok pemandangan sekitar New York. Tiba - tiba, dia ternampak satu Coffee House. Jadi dia ambil keputusan untuk singgah kat Coffee House tu. Bila tiba turn dia nak order, dia ralit tengok menu. Lambat. Sampai staff kat situ minta dia cepat order, memandangkan kat belakang dah ramai yang beratur. 

Jadi dia order, ikut menu yang dia rasa ok. Sambil order, sambil dia nak menangis. Sebab sepatah bahasa pun dia tak tahu, and dia sangat takut untuk cakap masa order tu. Dia tergagap - gagap. Kat situ dah nampak how stress is she. Aku pula yang rasa sebak, saat tengok scene tu. Sedih.

Time dia nak bayar pun dia kalut, sampai terjadi incident dia terlanggar orang, sampai dulang yang orang tu bawa jatuh. Dia kalut sangat, then dia berlalu pergi. Dia duduk kat satu tempat, dia menangis sepuas - puasnya. 

Weh, sedih. Serious. 

Pastu ada satu lelaki ni datang kat dia, dan hulur coffee yang dia order tadi. Lelaki ni, juga merupakan salah seorang foreigner yang bekerja sebagai chef di salah sebuah cafe, dekat New York. Masa Shashi beratur, dia ada kat belakang Sashi (selang 2 orang, tak silap). Dia nampak dari A to Z, apa yang berlaku. Shashi ambil coffee dari tangan orang tu, dan berlalu pergi.

Masa Shashi berjalan nak balik tu. Tiba - tiba, dia nampak satu advertising dekat luar bas tersebut. Advertising itu, merupakan advertising short english course. Dia hafal no telefon yang ada dekat bas tersebut. Sampai je rumah, dia terus call. 

Esoknya, dia pergi ke tempat kelas tersebut untuk daftar diri, dan dia terus join kelas pada hari yang sama. Kat kelas tu, semua peserta adalah foreigner, termasuk dia. Course tersebut ambil masa hanya beberapa minggu kot, tak silap. 

Dia pergi ke kelas tu, secara sembunyi. Hanya seorang anak sedara yang dia rapat (yang duduk dekat New York), je tahu yang dia belajar English. Yang lain tak tahu, termasuk family dia (husband, dan anak - anak dia). 

Beberapa hari sebelum hari perkahwinan anak dia, husband dan anak - anak dia datang. Aku geram ek kat anak perempuan dia tu, still like 'kecil - kecil' kan mak dia yang tak tahu English walaupun sepatah. eeeeeee geram! Sampai kalau boleh, aku nak cakap dengan dia. 'Hello sistor, mak awak fahamlah apa yang awak cakap dengan cousin awak tu. Kenapa awak cakap mak awak tak faham English? Did you learn English very well sistor?'. Tapi mujurlah itu hanya cerita (haha gelak ler). 

Shashi yang dengar anak dia cakap mcm tu, dia senyum sinis je dan berlalu. Kesian weh. 

Masa husband and anak ada pun, ada satu hari tu Sashi terpaksa curi - curi keluar untuk pergi kelas English (masa tu last kelas kot, tak silap). Sampai satu masa tu, ada kejadian berlaku pada anak lelaki dia. Dia balik je dari kelas, habis dia kena bebel dengan laki dia. Kesian juga. Yelah, dia sebagai mak, tengok anak dia cedera, even sikit pun hati dia dah risau. Tapi kelas, dia tak boleh nak skip. Jadi kat situ, dia dah jadi serba salah. Antara dua. Dilema. 

But finally, Shashi can speak English very well. Yeahhhhh....And make their family proud of her!

Masa hari anak sedara dia nak kahwin la, masa tu juga ada test. Test tu pula adalah pengakhir kelas. Habis je test tersebut, mereka akan dapat sijil, menandakan yang mereka dah tamat course pendek tersebut. 

Cut it short. Anak sedara yang tahu dia ambil short course tu, dalam diam jemput semua classmate dan lecturer kat majlis kakak dia. Dalam majlis tu, setiap keluarga kena bagi ucapan pada pengantin. Tiba masa family kecil Shashi, husband Shashi yang nak berucap. Sambil dia offer diri nak cakap tu, sambil dia mention kat family diorang yang Shashi cannot speak english. Masa tu Sashi dah rasa sedih. Kesian. 

Tapi Shashi ignore jelah, apa yang dia rasa tu. Then dia cakap dengan laki dia, its ok dia boleh berucap. Laki dia pun bagi jelah, and so surprise la tau bila Shashi berucap dengan fluent (fasih), sekali. Ha, tau pun terkejut! Laki, anak - anak dia semua terkejut. Tapi yang lain happy je, termasuk anak sedara yang tahu dia ambil course tersebut, classmate dan lecturer dia. 

And know what, time Sashi berucap tu, kira dia dah ambil test. Sebab lecturer dia faham keadaan dia, yang tak dapat datang kelas untuk hadiri final exam. Dia lulus, dan dapat sijil. 

Yeah, finally Shashi now can speak English. 

Pengajaran dari cerita ni, 

1. Jangan pandang rendah kat orang tu, sebab setiap orang ada effort untuk buat sesuatu dan boleh berubah.
2. Setiap orang ada kebijaksaan, kelebihan, ada skills, experience sendiri yang orang lain tak ada. 
3. Setiap orang ada speciality tersendiri. 
4. Be humble je. 
5. Setiap orang boleh belajar English, yang penting usaha ke arah kejayaan. 
6. Ok banyak lagi yang aku rasa boleh dijadikan ikhtibar dalam cerita ni. 

Cerita ni sedikit sebanyak bagi impact kat aku sebagai penonton. Even dah berbulan pun, aku ingat jalan cerita dia. Sekian review berbentuk full story, haha. 

Kalau korang nak tengk, maybe boleh google English Vinglish. 

You May Also Like

2 Comments

  1. Okay nanti nak tengoklah.. dah baca sinopsis ko ni teruja pulak nak nengok...

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D