" Pengalaman berada di Legoland dan penjagaan SOP kendiri - Brick Tacular Aktiviti - FARAH

Pengalaman berada di Legoland dan penjagaan SOP kendiri - Brick Tacular Aktiviti

by - January 04, 2021

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Itulah, panjang pula tajuk entry aku kali ni ek. Ok entry ini adalah sambungan kepada entry staycation yang aku update tempoh hari. Ini adalah cerita tentang Pengalaman aku berada di Legoland dan penjagaan SOP kendiri yang aku buat, sepanjang aku di sana. 

Sebelum masuk, beratur kejap. 
Pintu akan dibuka seawal jam 10 pagi. 

Then, korang boleh tengok opening show yang dianjurkan oleh pihak Legoland Malaysia.

Jangan tak tahu sepanjang bulan 12 (tahun 2020), hingga 19 January 2021 aktiviti Brick - Tacular akan berlangsung selama itu. Lama bukan? Yes. Sepanjang tempoh ini, korang berpeluang join bermacam - macam aktiviti, dan show yang diadakan sepanjang korang berada di Legoland Malaysia. 

Show ini, semestinya show untuk  tarikan kepada anak - anak. 

Chef Show.
Chef ni dia buat cupcake sambil menari - nari. Bila kek jatuh, eh aku rasa macam nak tolong ambilkan, haha. Aduh lawak. Bebudak pun enjoy tengok Chef Show ni. 

SOP : Setiap kali tengok show, follow tempat duduk yang pihak Legoland dah tetapkan. Duduk 2 meter jauh dari pengunjung lain. Pakai mask.

Huda yang datang, dan join tengok show tu pun, huda terhibur dengan keasyikan anak - anak. Ya Allah, aku yang leka tengok diorang. Sampai terasa nak ikut rentak diorang menari. 

Bukan show je tau ada, korang juga boleh join aktiviti lain. Mana tahu korang berpeluang dapat hadiah?

Antara aktiviti yang menarik dan best korang kena sertai:-

1. Advent Calender - Cabutan Bertuah
Cara nak join dia mudah sahaja. Korang kena beli apa - apa barang, dengan harga minimum RM50 dekat mana - mana convenience store di Legoland Malaysia. 


Once dah beli, bagi resit dekat kaunter ni. Pemenang akan diumumkan pada 6.50 petang setiap hari (hingga event ni tamat pada 19 Januari 2021). Mana tahu korang merupakan salah seorang pemenang bertuah.

2. Gingerbread hunt dekat Miniland Legoland Malaysia


Ok korang kena cari Gingerbread ni dekat Miniland Legoland Malaysia,pula. Ada sebanyak 10 Gingerbread dekat situ. 

Hint : Ada surat nearest Ginger Man, dekat situ ada secret word. Once korang dah dapat surat yang ada tertulis secret word, korang boleh bawa surat tu kepada Customer Service. Dan korang akan dapat hadiah!



2 dari 10 Gingerbread. 
Masa ni huda sibuk nak enjoy dekat Legoland, sampai tak teringat nak mencari secret word tu haha. 
Kalau tak, I dah dapat hadiah dah. 

3. Enjoy buat Cupcake dengan Lego
Buat cupcake dengan Lego ni pun salah satu Brik - Tacular aktiviti. Korang boleh enjoy buat cupcake dengan anak - anak, atau family. Lepas buat cupcake, korang akan dapat sagu hati dari Pihak Legoland.

Ini cupcake yang adik aku buat. 

Lepas korang siap buat Cupcake, korang kena pamerkan dekat sini. 
As return, korang akan dapat hadiah saguhati dari pihak Legoland Malaysia

Show lain yang di highlights sepanjang berada di Legoland sepanjang Holiday Week dan Brick - Tacular Activities:-


Aktiviti lain yang kiteorang buat sepanjang 2 hari berada di Legoland Malaysia.

Sampai - sampai je, kiteorang plan main roller coaster. Peh, tiga - tiga roller coaster beb kiteorang layan. Sebelum naik kecut perut jugalah, tapi hati meruntun untuk aku naik. Masa dah naik, macam biasa guys. Jerit aje! Roller Coaster ni, salah satu perkara yang best, sebab boleh jerit. Masa jerit tu, rasa enjoy, dan rasa dah release 'something'. Tenanglah kira. 

Lego Race. 
Lego ni, seram gak. Tapi enjoy. 

Roller Coaster yang tak berapa nak tinggi. Medium rasa 'menjunam' bila turun. Bebiasa je. 

Sebelum naik roller coaster yang ada kat Kingdom ni, I nak bergambar kejap. 

SOP : Ketika korang sibuk "bermain", dan enjoy dekat Legoland. Jangan lupa sentiasa pakai mask dan pakai hand sanitizer. Sanitizer memang ada disediakan. Korang boleh spare juga sanitizer dari rumah, takut kalau korang rasa tak cukup. Macam huda, huda pun sentiasa bekal hand sanitizer dalam handbag.

Yang tangan sibuk melambai tu, tangan aku. Yelah nampak adik dua orang kat bawah, so kita lambai kat dia, sambil jerit. Hahhaa.

Serious happening. Tapi kecut perut jangan cakaplah, menjunam. 

As I can said, Roller Coaster ni tak adalah takut mana. Tapi asal menjunam tu, kena jerit walaupun jeritan tu hanya beberapa second sahaja. 

Lepas tu, kiteorang enjoy tengok Ninja Show dan Lego Friends Show. Apa yang huda boleh cakap, dua show ni sangat menghiburkan. 

Pukul 4 petang

Pukul 2 petang

Show ini akan berlangsung pada setiap hari.

SOP : Follow tempat duduk yang mereka dah setkan untuk pengunjung. Pakai mask da sanitize macam biasa.

4d movie show.
4D Movie show ni, merupakan normal show. Memang tiap hari ada. Kiteorang enjoy ke semua movie 4D. 


Yang best, Lego City Movie je. 
Yang lain bebiasa untuk kiteorang, heehehhe. 

Sebab jalan cerita Lego City Movie tu, dapat menambat hati kami 4 beradik.

SOP : Sama je. Kena selalu pakai mask, dan sanitize. Follow tempat duduk yang dia dah jarakkan untuk 1 family ke 1 family yang lain.

Ninja Go
Ini adalah salah satu aktiviti yang happening kot aku rasa. Adik - adik aku, siap hafal semua character. Yelah dari kecil diorang layan movie ni. 


Ninja Go yang bestnya, dapat tembak - tembak and ada markah. 

Tangan kena active dekat sensor tu. Adik aku dapat markah paling tinggi. 

SOP : sama juga macam biasa. Kena pakai mask dan selalu sanitize. 

Meet the Santa here at 6.50pm. 

Kiteorang naik Tower gak kat Legoland Malaysia.


One of the view from the Tower.
Itu adalah view, Ninja Go.

Last train kiteorang naik, 6.40pm

View malam Legoland, yang sempat huda snap.
Cantik juga.

Sealife Malaysia
Ada orang tanya, Sealife ni best ke tidak? As for me oklah untuk budak - budak rasa happy tengok ikan - ikan yang dipamerkan dekat situ. 

Dan sekarang hingga 19 January 2021, ada Candy Rush aktiviti yang turut di jalankan di Legoland Malaysia. Macam mana nak sertai contest Candy Rush ni?

Korang hanya perlu mencari 5 jenis candy, dan upload dekat instagram korang. Make sure Instagram korang public account. 

Lepas tu just letak hashtag yang pihak Legoland sediakan dalam caption tersebut.

Sebelum keluar, tunjuk posting korang dekat pihak Sealife Malaysia. Then korang akan dapat present as return. 






Taraaaaa, huda dah jumpa ke semua candy ni!

SOP di Sealife Malaysia, sama juga. Korang kena keep sanitize, dan jaga jarak korang dengan pengunjung lain. 

Sepanjang dua hari huda kat sana, inilah antara aktiviti yang huda enjoy sangat. Thank you Legoland for such a great service.

Jadi kepada semua, jangan gentar dan gusar untuk berkunjung ke Legoland Malaysia. Sepanjang di sana, huda just boleh nasihatkan untuk pentingkan SOP kendiri, dan follow instruction dari pihak Legoland. Which is, kena pakai mask, sanitize, dan jaga jarak anda dari satu pengunjung, ke pengunjung yang lain. 

Board ni korang akan nampak, setiap kali korang berada di Legoland. Mereka akan letak di setiap section as reminder kepada para pengunjung. 

#kitajagakita.

Information: Triple ticket (Sealife Malaysia, Theme Park, Water Park)
Dewasa : RM313
Kanak - kanak : RM259

boleh purchase tiket dekat Laman web Legoland Malaysia. 

For more info:
Website : Legoland Malaysia
Facebook dan Instagram Legoland Malaysia.

You May Also Like

0 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D