" 9.50pm terpacak tengok Mr Queen | Review Mr Queen (Drama Korea) - FARAH

9.50pm terpacak tengok Mr Queen | Review Mr Queen (Drama Korea)

by - January 25, 2021

Assalamualaikum =D

Hai korang. Sekarang aku dah jarang sangat layan drama korea on time! Selalunya aku suka layan, bila dia dah habis full episode. Lepas tu barulah, aku decide untuk marathon drama tersebut. 

But not for this time, memandangkan aku dah tak sabar sangat, so aku sanggup ek terpacak depan TV pukul 9.50pm (setiap hari Ahad dan Isnin), semata - mata nak tengok drama korea bersiri Mr Queen. 

Serious best! Walaupun drama korea pun kadang - kadang, ada 'klise' - nya tersendiri. But I still enjoy. Samalah dengan drama tempatan, drama melayu. Yang orang kata, ala drama melayu 'klise', tapi korang tengok jugakan drama pukul 7petang tu, haha. 

Review Mr Queen (Drama Korea)



Ni cerita dongeng je. But ya korang boleh imagine tak roh seorang lelaki, terperangkap dalam badan seorang perempuan?

Dalam drama Mr Queen ni, diorang tertukar antara satu sama lain ketika masing - masing berada di dalam laut. Entah macam mana, ianya tertukar. 

Sorry guys, I banyak ter - skip episode lepas - lepas. Tertengok pun masa diorang dah bertukar roh antara satu sama lain. Jadi tak boleh cerita sangat dari episode awal. Cuma boleh cerita sikit, mana part aku tengok je. 

Kenapa best sangat Mr Queen ni? 
(ok jom layan short sinopsis ni) :-

Cerita dia, Jang Bong - hwan merupakan seorang Chef yang terkemuka di salah sebuah restoran terkenal di Korea. Tak silap dia like ada masalah, lepas tu dia macam terjun dari tempat tinggi. Entah macam mana, dia boleh termasuk dalam air. 

Masa dalam air tulah, dia berjumpa dengan Queen Cheorin (Kim So-Yong). Dan masa tu jugalah, roh diorang dah bertukar antara satu sama lain. 

Bila Jang Bong -hwan (jasad Queen Cheorin) tersedar je, dia terkejut sebab dia ada dekat dalam Istana, dan masa tu adalah Zaman Perintahan Joseon. Hari yang dia terbangun tu, adalah hari perkahwinan dia dengan raja. 


Kau boleh bayangkan tak, macam mana riuh rendahnya dia masa nak kahwin tu? Tapi dia tak boleh buat apa, dia terpaksalah berkahwin. Lama - lama dia baik dengan raja. 

Ala, nak cerita tak best. Tapi sekarang tengah episode dia sweet - sweet dengan raja. Aduh lawak. 

Tapi yang bestnya, dengan kehandalan dia memasak (of course lah), dia pun seorang chef kat dunia moden kan. So dia pun cuba pikat hati nenda mertua dia, dengan kehandalan memasak tu. Ini semua tektik dia, untuk gunakan kuasa dia sebagai seorang queen, untuk dapat green light supaya air tasik tu penuh. Bila air tasik tu penuh, bolehlah dia kembali ke dunia nyata.

Tapi rancangan dia, semua tak berhasil. 

Dalam setiap kegagalan rancangan dia tulah, banyak scene yang menarik sangat.

Sekarang dah episode 14 tau (25/1/2020). Dalam episode 14 ni, banyak episode yang kelakar gak haha. Dan sebenarnya, dia dah mula rasa naluri sebenar Queen Cheorin terhadap raja, dia dah dapat ingatan Queen Cheorin sikit demi sikit, and ada lagi beberapa episode yang menarik sangat dalam episode pertengahan ni. 

Eh dah nak habis sebenarnya drama ni tau. Sebab bila google, total 20 episode. Means lagi 6 episode jelah. Wuuuu, can't wait nak tunggu episode - episode seterusnya? Dapat ke Chef tu balik ke dunia nyata dia? 

Dan yang best, Qing dah tunjuk kuasa sebenar. Dan dia tak tunduk pada nenda dia, dan Keluarga Kim. Aku geram je dengan Keluarga Kim, yang nak kenakan Qing tak habis - habis. Apa dia dapat? Oh yelah, dia nak rampas tahkta. Keluarga Kim geram gak, kenapa tiba - tiba raja bijak. Sebab selalu raja ok je, follow apa nenda dia cakap. Nenda dia, adalah penasihat raja. But after raja bijak, bye bye nenda dia dah kena letak jawatan as penasihat raja. Secara tak langsung, raja memerintah dunia seorang dengan aman. Tapi persoalannya, dapat ke raja memerintah dengan aman guys? Sebab Keluarga Kim 'panas bontot', tengok raja memerintah dengan bijak.

Aku tak boleh cerita habis lagi guys, sebab dah bersambung. 


p/s: Tapi kan korang, aku suka tau kebijaksanaan si Mr Queen ni. Aku suka tengok cara dia tackle orang dalam Istana tu. Iyelah means kat sini, dia kan dari dunia moden. But dia boleh sesuaikan diri dia, bila dia ada kat dalam Zaman Perintahan Joseon . Deabak!

Aduh - duh. Tiap kali bersambung rasa macam, hisyh tak best sungguh. Sebab kena tunggu sambungan dia hari ahad dan Isnin next week pula. 

Korang tengok ke Mr Queen ni? Atau ada drama korea yang best, yang korang boleh suggest kat huda? Kala ada, share ler dengan kita awak. Nanti free kita nak marathon, hehe. 

Baca full review drama kat Wikipedia : Mr Queen

You May Also Like

3 Comments

  1. Ramai kata best, ingat nak tengok juga.. tapi duk laaa layan drama Indon hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe betul drama korea best. wow cerita infon pun kekadang banyak yg best, tapi lama dah tak layan. sekarang cerita apa yg best sis? sis tgok kat channel mana?

      Delete
  2. Dah layan best2 lawak betul, pandai heroin tu berlakon

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D