" Layan drama sampai pukul 2 pagi | Review Drama Bidadari Salju - FARAH

Layan drama sampai pukul 2 pagi | Review Drama Bidadari Salju

by - January 22, 2021

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Perangai tidur lambat, semata tengok drama ni kadang - kadang je berlaku. Tak selalu. Sebab mood marathon drama ni, tak akan datang selalu. Orang single pun busy juga weh, sebab tu kekadang sampai tak sempat nak tengok tv, atau follow up drama. Drama pukul 7 pun, dah jarang tengok. 

Tapi bila ada mood nak marathon drama tu, itu yang sanggup stay up. Kalau tak, tak tahulah bila 'mood' tu nak datang kembali. 

Dijadikan cerita, semalam aku tidur around 2 pagi, semata nak habiskan 2 episod terakhir, Bidadari Salju dekat laman web Iflix. 

So meh aku story sikit tentang Drama Bidadari Salju. 

Review Drama Bidadari Salju.


Sebenarnya aku tak berapa nak tengok dari awal, aku tertengok pun dah episode berapa dah. Masa tu, si Kaira dah bekerja dengan bapak Haris. Lepas tu, tiba - tiba pula Haris masuk office. On the day juga, Kaira first time jumpa musuh dia masa zaman sekolah. 

Start dari situlah aku follow up, semata nak tahu cerita selanjutnya tentang Kaira dan Haris. 

Walaupun drama tu memang klise, tapi kekadang kita kena tengok 'sisi best' drama tersebut. Apa yang menarik tentang drama tu. 

Ok sambung review Drama Bidadari Salju,

Cut it short, bila diorang dah syok bekerjasama entah macam mana pula diorang boleh jatuh suka antara satu sama lain. Oh ini pun plan kan diorang disatukan oleh parents diorang. 

Bila dah kahwin, kenalah cuba terima each other kan? Jadi Kaira ni pun cubalah terima Haris. Si Haris pun dalam masa yang sama, memang dah lama suka si Kaira ni kan. So apa lagi, dia cubalah rebut dan hati dan pikat si Kaira. 

Bila dah berjaya rebut hati si Kaira, muncul pula si Jenny yang gedik gemalai tu. Eeee, aku pun geram dengan si Jenny tu tau. Tang mana sedara, boleh jadi macam adik dan abang. Tang mana? Kan lepastu dah terangkat. Haisyh. Geram jelah ek. 

Kat situlah berlaku perselisihan faham antara Kaira dan Haris. 

Aku geram part si Jenny tu. Tapi tak adalah antagonis sangat watak si Jenny ni. Eh tapi geram jugalah dengan si Jenny, yang dok sengaja nak perangkap cousin sendiri. Nak sakitkan hati Kaira. Kau dah kenapa? Kau suka si Haris tu oklah, tapi kau tengok jugalah dia tu single ke dah kahwin ke. 

Eh, tak nak la cakap lebih - lebih. Aku pun belum kahwin gak. Tapi serious ah geram. 

Emosi gak aku tengok drama ni, dengan perangai si Jenny.

Lepas tu, aku pun emosi tengok babak yang si Kaira hilang, Haris down. Bila dah jumpa semula, lain pula jadi dia. Ya Allah, serious sedih sangat. 

But finally kan, happy ending juga.

Sekian review saya. Untuk tonton online boleh singgah laman web Iflix. Link di bawah :-


You May Also Like

1 Comments

  1. cerita melayu ni last ending mesti entah pape dan nak cepat je

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D