Buat cupcake semudah ABC dengan Set Bake Your Own dari Passion Food.

Farah
2
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Kini korang boleh buat cupcake semudah ABC, dengan set Bake Your Own dari Passion Food. Korang tak perlu fikir all the ingredient, sebab semua dah disediakan. Korang tinggal follow all the step yang telah disediakan. Sangat mudah. 

Set Bake Your Own ni sangat sesuai untuk kita yang busy bekerja. Weekend kan banyak masa yang kita bersama family. Sometimes dah plan this and that. Why not, kita selitkan juga aktiviti baking bersama family, atau bersama anak - anak. For me budak - budak ni dia suka buat experiment (huda tengok anak sedara huda je lah, haha. I tak kahwin lagi, layan anak sedara je so far). Budak - budak ni, dia akan enjoy apa sahaja aktiviti yang kita ajak dia buat, kan? Walaupun dia hanya mampu bertahan 5 minit, lepas tu banyak akal nak main benda lain. But for me, dia still akan enjoy as long as kita layan dia. Kita main - main dengan dia. 

Serious Set Bake Your Own ni sangat mudah nak buat, enjoy dan tak perlu pening lagi dah. 


Huda yang tak berapa reti nak bake pun, boleh buat dengan mudah je cupcake tu bila ada set "Bake Your Own" ni, hahhaa. Thanks Passion Food, for giving me this set. 

Huda dan family dah try, rasa dia not bad. A little bit sweet, but sedap dan rasa moist sangat. 

Apa yang ada dalam Set Bake Your Own dari Passion Food ni?

Tepung 3 in 1, 
Cup Liner, 
Chocolate Frosting,
Dan toping - toping yang lain (such as biscoff, oreo crumbs, almond, and salted caramel).

Tak berapa cantik kejadian I deco cake kan? hahhaa. 

Nasib baik rasa dia sedap tau, korang. 


Cara nak buat macam mana?
Step by step ada disediakan oleh Passion Food. 

Tapi ni saja huda nak share dengan korang, 

Bahan - bahan yang kena ada sebelum start bake.
1. Pertama sekali of course, kena ada Set Bake Your Own dari Passion Food. 
2. Kena ada Vegetable Oil (tapi huda guna cooking oil) je, 1 cawan.
3. Air Panas (1 cawan).
4. Telur 2 biji. 

Cara nak buat
1. Campurkan tepung 3 in 1 yang disediakan. 
2. Masukkan Cooking oil, air panas, dan 2 biji telur.
3. Gaul rata.
4. Plan ahead nak bake or nak steam? Huda pilih steam. So huda just guna ovenware. Kalau nak bake, kena guna loyang untuk masuk dalam oven. 
5. Susun Cup Liner tu dalam mangkuk, atau loyang yang korang dah pilih. 
6. Masukkan bancuhan yang korang bancuh tadi. 
7. Bake atau steam.
8. Dah siap bake or kukus? Then bolehlah letak chocolate frosting dan 4 toping yang disediakan.
9. Hidangkan. 



Senang bukan?

Untuk lebih faham, boleh tengok dekat Youtube Byfarahh. Kat situ, huda ada share all the step. 

Selamat mencuba!

Cara nak dapatkan set Bake Your Own :
Korang boleh contact mereka di Facebook dan Instagram Passion Food. Click link di bawah.

Instagram - Passion Food

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dah buat. Memang senanglah. Suami siap suruh buat lagi masa birthday nanti hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !