" Just Talk : Pernah ada masalah rambut, tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung - FARAH

Just Talk : Pernah ada masalah rambut, tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung

by - November 15, 2020

Assalamualaikum, =D

Just Talk - Pernah ada masalah rambut, tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung | Just talk kali ini, nak share tentang penjagaan rambut bagi wanita bertudung. Aku pernah alami masalah rambut yang agak teruk masa zaman sekolah. Kelemumur teruk masa tu. Masa ni langsung tak terfikir, jika kita kerap bertukar - tukar shampoo, dan pakai tudung masa rambut tengah basah, boleh menyebabkan rambut rosak.




Cara atasi masalah rambut (masa sekolah).
Actually parents aku banyak tolong. Makcik dan atok perempuan pun sama tolong. 
Thanks dekat mak abah, family yang tolong huda masa tu.

Parents aku bawa pergi jumpa doctor, and bawa pergi salon. Berubat kampung cara atok perempuan aku, ada satu daun yang atok aku bawa dan minta sapu kat rambut masa mandi (sorry, lupa nama daun tu). Banyak juga yang family aku ikthiarkan masa tu. 

So dari situ, aku jaga je rambut aku supaya tak rosak lagi. Atas nasihat doctor, doctor suggest dekat aku untuk pakai shampoo baby johnson. So aku pun pakai bertahun lamanya, hinggalah aku masuk collage. Masa umur 19 ke 20 tahun, baru beranikan diri beli shampoo orang dewasa. Tu pun, buat aku sangat careful dalam pemilihan shampoo. Siap beli conditioner (tak agak), sebab iklan hasut aku.

Dekat bawah ni, aku share cara simple jaga rambut. 

Tips penjagaan rambut bagi wanita bertudung.

1. Tak ikat rambut time rambut basah.
Selepas ada masalah rambut yang teruk, tahap boleh menangis kalau ingat. Aku dah ambil langkah berjaga - jaga dengan tak ikat rambut, time rambut tu tengah basah. Kalau pagi, memang takkan basahkan rambut langsung.

Tips: Kalau korang terasa nak basahkan rambut pada waktu pagi, mandi awal 1 jam sebelum korang pakai tudung. Keringkan rambut secara normal, jangan guna hair dryer tau. Hair dryer tu boleh membuatkan rambut korang lagi kering ya amat.

2. Ikat rambut dengan longgar, atau pakai sepit rambut
Walaupun rambut korang dah kering, jangan ikat rambut terlalu ketat. Ianya boleh menyebabkan korang tak selesa semasa pakai tudung . Plus, rambut korang boleh jadi tak 'bernafas', dan boleh menyebabkan rambut bengkok (‘patah').  Kesian rambut korang, boleh semput (hahaha lawak, mohon ketawa).

Suggestion : Atau korang boleh je pakai sepit rambut. Lagi senang. Tak adalah isu rambut 'patah', hingga boleh menyebabkan rasa tak selesa semasa korang pakai tudung.

3. Shampoo rambut sekali setiap hari
Tak salah pun shampoo setiap hari. Tapi ikut oranglah. Tips yang aku dapat dari akak salon beberapa tahun lepas, dia kata its ok kalau shampoo rambut tu hari - hari. Shampoo sekarang dah semakin upgrade, so ok je kalau korang shampoo hari - hari. Plus rambut kekal bersih dan wangi. Aku memang jenis shampoo hari - hari, sebab tak reti dan tak selesa bila 1 hari tah shampoo rambut.

Tips : Shampoo pun ada try and error session, macam korang try and error skin care. Pilih shampoo yang sesuai dengan rambut korang. Kalau rasa tak ok, tukar jenama yang lain. Nasihat huda, jangan terlalu kerap tukar pelbagai jenis shampoo dalam satu masa.

4. Pakai conditioner
Ok conditioner pun item yang penting dalam penjagaan rambut. Conditioner merupakan agen yang boleh melembutkan rambut korang. 

Tips : Pilih 'light conditioner' untuk korang pakai semasa rambut korang kering. Light Conditioner dapat membantu rambut korang kekal mosturize, lembab dan wangi. Nak pakai daily pun tak ada masalah.


Light conditioner - texture dia lebih ringan dan jernih.

Conditioner - Ianya juga merupakan agen untuk melembut dan membuatkan rambut moisturize. Texture conditioner agak pekat sedikit berbanding light conditioner.

Conditioner ini juga merupakan normal conditioner yang biasa. Ianya dipakai selepas korang selesai shampoo rambut korang.Means selepas cuci shampoo tu, pakai conditioner dan biarkan selama beberapa minit. Lepas tu bilas lagi rambut korang. korang akan rasa rambut korang lembut.

*cara pakai conditioner dan light conditioner ni, jangan sampai terkena kulit rambut. Dinasihatkan juga untuk pilih dan pakai conditioner satu sahaja, dalam satu masa*.

5. Pergi salon if needed
Salon ni bukan sahaja tempat gunting dan treatment rambut, korang juga boleh dapatkan nasihat pakar. Korang boleh tanya question yang related dengan rambut korang. Aku kalau pergi salon, kecohlah aku tanya itu dan ini, nasib baik akak - akak yang potong rambut aku sangat baik untuk share tips penjagaan rambut

Once dah tahu tips, senanglah kita nak practice apa diorang share. 

Sesekali buat treatment rambut pun best juga, conth macam letak vitamin kat rambut, etc etc.

6. Scrup, vitamin rambut, pewangi, etc etc.
Aku ada nampak kawan aku jual set penjagaan rambut. Tapi aku tak berani nak buat. Even dekat drugstore (such Watson, Gardian dan Pasar Raya yang turut menjual product rambut), pun banyak je kind of vitamin, scrup, etc etc. 

Cuma aku 'tak berani' nak pandai - pandai pakai. Sebab kalau aku rasa nak buat treatment rambut, lebih baik aku pergi salon. At least ada pakar yang tolong. Yang ni sesekali kalau nak 'treat atau reward diri', dalam erti kata lain, 'me time'.

Baca juga : Tips Penjagaan Rambut (tips dari akak salon yang sangat sporting). 

Conclusionnya,
Kalau ada masalah kelemumur teruk, atau ada masalah rambut yang lain, nasihat aku, please meet the doctor first. Lepas tu barulah korang pergi salon, minta pandangan pakar, sekaligus dapatkan treatment. Buat apa yang mereka suggest, dan jaga rambut dengan baik. 

So that is why, korang kena keep jaga rambut korang. Know your own hairSebab kalau korang dah dapat masalah rambut, sorry to say kita takkan dapat rambut asal kita. Macam mana ek nak explain, tapi huda rasa korang faham kot maksud huda hehe. 

Kalau korang nak cantikkan rambut korang, kalau korang nak colour rambut korang boleh je. Tapi please jaga dengan baik dan minta nasihat orang yang buat rambut korang. Buat some research dulu, before korang buat rambut korang. Kenal rambut korang dulu sebelum korang buat apa - apa. 

Korang juga boleh share cara korang jaga rambut dekat comment bawah ni. Terima kasih.

You May Also Like

8 Comments

  1. Banyak-banyak syampoo, yang nama ni Sis tak boleh guna.. habis rontok rambutnya, tak tau kenapa... ada laa tu kan yang tak sesuainya..

    ReplyDelete
  2. ain haritu banyak rambut gugur..seraaamm betul nengokk.. tapi lama lama dia macam back to normal semula ..mungkin ubah cara pemakanan.. tak pernah kot rambut banyak gugur cm gitu...sebab risau kalau rambut botak. hahahhaa.. tapi skrg ni dah okay balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah ok. faktor pemakanan dengan hormon biasa boleh buat rambut gugur (tadi kak ain salon tu baru lepas terangkan) hahhaa

      Delete
  3. betul..susah hati betul kalau rambut gugur ni

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D