" Jimat RM13, basuh kereta sendiri dekat rumah - FARAH

Jimat RM13, basuh kereta sendiri dekat rumah

by - November 01, 2020

Jimat RM13, basuh kereta sendiri dekat rumah | Dah la jimat, lepas tu puas hati bila basuh sendiri. Kalau time nak advance sikit, sesekali 'belanja' lah dia hantar kedai kan. Kalau rasa nak jimat, aku basuh sendiri je. 

Aku tak adalah rajin sangat basuh kereta sendiri. Tapi disebabkan kes COVID - 19 tak kebah lagi, itu yang rajin sikit basuh kereta kat rumah. Dari luar sampai ke dalam, siap sanitize, dan tambah perfume kasi wangi. 

Dari awal kes COVID - 19 lagi kot, aku ni kerjanya sanitize kereta je. 

Yelah, kes tengah naik masa bulan 3,4 itu hari, dalam masa yang sama aku sibuk ke hulur - ke hilir ada kerja luar. Jumpa orang sana sini. Masa tu, berzikir dan doa je banyak - banyak. Itulah salah satu puncanya, aku kena rajin sanitize kereta aku.

Aku belajar basuh kereta ni, tengok abah dengan abang aku kat rumah. Lepas tu bila hantar kereta, tengok orang yang basuh kereta aku tu buat kerja. Senang je. 

So ni caranya korang nak basuh kereta sendiri,

Cara basuh kereta dengan mudah :-
Bahagian luar/body kereta:-
1. Ada air, basahkan satu kereta dengan pancit je air tu kasi rata.
2. Guna sabun basuh kereta.
3. Guna kain lap kereta.
*kain lap kereta tau. Boleh beli dekat kedai. 
4. Tuang satu cup sabun kereta dalam baldi (cup tu, guna penutup botol sabun kereta tersebut), lepas tu campur dengan air. Sukatan air tu, separuh baldi. Then cuci dengan rasa bahagia. Lap hingga hilang segala daki dan habuk dekat kereta tu.
5. Tayar jangan lupa, cuci sekali. Biasanya, huda buat last sekali lepas habis sabunkan body kereta
6. Bilas satu kereta dengan air. 
7. Lap guna kain basuh kereta yang kering. Sambil lap, perah - perah kain tu. Lepas tu lap lagi. Sampailah betul - betul kering.
8. kalau nak letak pengilat tayar, letak je. apa nama dia haha sis lupa tetibe.

Taraaaa siap dah kereta korang.
Eh kejap! Itu baru bahagian luar. Bahagian dalam tak settle lagi.

Bahagian dalam,
9. Vaccum kereta
10. Buang habuk kat alas kaki, dan vaccuum la sikit.
11. Vaccum seat kereta korang. Buang segala habuk.
12. Sanitize dan lap bahagian dalam kereta pula. 
13. Selesai.
Mudah bukan?

ni cara basuh kereta yang very theeee simple la hakak abang. Kalau nak wax, polish kenalah hantar luar, haha. 

basicly, aku guna kain lap kereta tu je. 
lap - lap dengan rasa gembira. 

Lepas tu barulah buang habuk dekat alas kaki tu. 
Kebas - kebas je kat luar. 

Kalau rajin, nak cuci boleh je. 

Lepas kebas - kebas, vaccum la sikit. 
Vacuum juga seat kereta. 

Last sekali baru sanitize kereta. 

Aku guna febreze je. 
Ianya mampu membuang kuman 99%. Jadi belilah febreze (sama macam iklan tak, bila korang baca?)

Cara aku, tuang sikit febreze tu kat tisu basah lepas tu lap la steering ke, dashboard ke.
Senang je. Semudah abc. 

extra tips:-
selain daripada pewangi kereta yang membantu kereta korang bau wangi yang semerbak tu. 
Tambah la juga, pewangi ni. 
Bagi kereta korang rasa fresh.

barulah ada mood nak kerja esok. 
Hope takde Monday Blues. Tak gitu?

p/s: ini juga adalah salah satu exercise ye akak abang. Memang berpeluh bila basuh kereta. Badan pun rasa fresh. 

You May Also Like

18 Comments

  1. aku tertarik dengan ayat bagi kereta korang rasa freshhhh... Kemain boleh rasa tau... ahhahaaha.. Eh bagus ni... pecah lemak jugak.. sebab kena gigih untuk mencuci kereta... Peluh tiak agi... fuhhh! Jimat dan kurus dalam satu pakej.. nice woi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ye non. jimat dan sekali dengan package boleh bersenam haha =D

      Delete
  2. Aduhai.... rajinnya dik. Saya belum pernah cuci kereta sendiri. Betul tu, cuci kereta juga satu cara untuk keluarkan peluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kena rajin kak, sebab kadang - kadang malas nak pergi kedai basuh kereta. tak boleh tgok kereta 'berkarat' sangat hehe.

      Delete
  3. Rajin bebenor la Sis Farah ni cuci kereta. Lepas satu round mesti rasa macam penat lagi dari berjogging kan? kereta wangi, puas hati.. Gitcchheeewww~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jogging lagi penat. ni macam lalri - lari anak. tapi have fun juga kak, sebab sambil basuh kereta boleh dgar lagu haha

      Delete
  4. rajin sekali yee basuh kereta. kalau scha, servis lah jawabnyaa heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe. takde lah rajin sangat, sebab kereta dah kotor tu basuh je hehe

      Delete
  5. banyak bakar kalori tu, Huda.

    Akk hantar kat kawan, cuci, vacum & sanitize RM20. Berkilat kereta akk, hahah. Dulu zaman muda boleh lagi cuci kete sendiri macam Huda ni, skrg tak larat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ye membantu bakar kalori juga. takpe kak faham, sebab kekadang busy tak sempat nak cuci. kita pun, bila rajin je cuci haha :P

      Delete
  6. Rajinnya dia...Sis pun ada masa rajin cuci gak sendiri, cuma tak berapa gemar sebab malas nak vakum dan mengelap sendiri bahagian dalam hahahahaha takpe laa hntr kedai anggap aje sedekah kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye sis. kadang huda pun hantar kedai juga.

      Delete
  7. BASUH KERETA PUN NAK JADIKAN ENTRY HAHAHAHA.. NO IDEA DAH KE? FUNNY LA AWAK NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha, tak lawak pun awak. sebab kiteorang as blogger, kekadang apa yang jadi hari tu boleh buat make a story as long as for us ianya memberi info pada orang. tidak salah bukan buat entry cuci kereta?

      Delete
  8. Replies
    1. hehe takpe kalau ada masa boleh basuh kereta

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D