" Buffet Dinner 'Family Friday' at Holiday Inn, Johor Bahru - FARAH

Buffet Dinner 'Family Friday' at Holiday Inn, Johor Bahru

by - October 30, 2020

Assalamualaikum, 


Buffet Dinner 'Family Friday' at Holiday Inn, Johor Bahru | Balik je kerja hari tu, huda terus berdezuppp bawa kereta dari office, ke Bandar Johor Bahru. 

Sampai - sampai je depan JBCC, aku terus masuk parking, dan drive sampailah ke tingkat 7. 


Memandangkan ini merupakan kali pertama, aku datang sini selepas pembukaan hotel 23 hari yang lepas, aku sendiri tercari - cari mana lobi. Mujurlah perasan signboard, lobi dekat Tingkat 8. Terus naik tingkat 8, lepas tu terus bebual dan tanya staff dekat situ cafe Holiday Inn.

Sejujurnya aku rasa a bit teruja tengok interior design Holiday Inn. For me, interior design dia cantik. 
Ini antara Interior Design dekat The Lobby Lounge, yang aku suka. 
Ianya berkonsepkan family.

Dekat sini, korang boleh lepak dengan family dan member korang. Nak minum coffee pun boleh tau korang. Dengar cerita, RM10 pun dah boleh dapat secawan coffee. 

Buffet Dinner 'Family Friday', dekat Holiday Inn, Johor Bahru. 

Tepat je jam 6.30pm Dine @ Eight mula beroperasi, dan kami dibernarkan masuk. Dari counter dah boleh nampak how big ruangan Dine @ Eight ni. 

oh, sekejap. 
Sebelum masuk Dine @ Eight, kenalah follow SOP. 
Lepas tu barulah dibenarkan masuk, dengan membawa sarung tangan yang disediakan oleh pihak hotel. 

Masa nak ambil makan, pakai mask dan pakai sarung tangan yang telah disediakan. 


Dekat sini ada beberapa station buffet, dan pelbagai masakan Malaysian yang disediakan.

Specialnya, korang siap boleh order makanan panas lagi tau.
Nak order kueh teow boleh, mee goreng mamak boleh. 

Dan,
dekat sini siap ada pizza fresh dari oven juga.
Bestkan?
Bila korang makan buffet kat sini, korang akan terdengar lonceng dibunyikan sebanyak dua kali, menandakan pizza dah siap. Fresh dari oven.

Kalau nak makan pizza time panas, boleh ambil terus. Tapi pengalaman huda, makan pizza tu a bit sejuk dah (sebab terlambat ambil after dia keluar dari oven), pun still pizza tu rasa sedap. Tak liat pun.

pelbagai hidangan makanan yang disediakan secara buffet di sini.

sate pun ada.
Sate ni dibuat khas oleh chef - chef dekat sini. 

Sate dia lembut dan sedap. Kuah kacang dia pun very nice rasanya.

roti canai, capati dan roti nan, korang boleh makan dengan kari ayam yang disediakan. 
Ada juga ayam tandori, korang boleh try.

Meatball cheese dia not bad, sedap.


I paling suka daging dengan ikan dia. Sedap. 
Makan pula dengan thai sos, bertambah - tambah I amik hehe.


dim sum pun ada. Sos dia sedap juga.

Pelbagai kuih muih juga turut terhidang


Siap ada ice cream, jajan, coklat.
Anak - anak mesti suka tengok ni. Nanti adalah cakap kat parents diorang, 
"ibu...ibu....adik nak ni. Ha, adik nak tu," aduh pening dah ibu dia.

Adik adik, tertawan bukan?
Akak ada nak cerita lagi ni. Holiday Inn bawakan special dan sediakan satu station khas untuk anak - anak tau. 

Nama diberi "The Little Adult Station"

Little Adult Station
Specialnya dekat Dine @ Night dekat Holiday Inn ni, ada 'Little Adult' Station lagi tau! Little Adult ini merupakan station bagi anak - anak. Means diorang boleh pilih sendiri juadah mereka. Makanan yang disediakan pun memang kena dengan tekak budak - budak, and not spicy tu yang penting.

Little Adult Station. 
Siap ada deco askar - askar lagi, mesti kanak - kanak makin suka ni. 
close up sikit. 

Ini antara juadah dekat Little Adult Station.

Dik, akak yang tengok pun dah rasa teruja dik. Apatah lagi awak. 


Price per person:-
RM98 (per adult), 
50% discout for kids ( 6 - 12 years old),
30% discount for senior citizen (above 60 years old).

Open at 6.30pm - 10.00pm

For reservation call 07 - 207 8888

Special Offer - BUY 3 FREE 1

credit all photo byfarahh
Laman Galeri 
(Tiber ada laman galeri dekat blog farahh, haha)






Team Media JDT Blogger
photo by kak mia, and photo byfarahh


You May Also Like

1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D