Perbezaan Kluster, Indeks dan bagaimana wujudnya generasi dalam kes COVID-19

Farah
19
Assalamualaikum, =D

Perbezaan Kluster, Indeks dan bagaimana wujudnya generasi dalam kes COVID-19 | Hye semua, semalam huda tertengok Syariah Meja Bulat TV3, yang disiarkan setiap hari jam 11 malam. Perbicangan secara live itu di hoskan oleh Ally Iskandar.

Sub - topic pertama yang dibincangkan dalam topic Jujur dan Syukur, adalah tentang kejujuran semasa datang check kesihatan dekat KKM atau di hospital. Juga sentuh tentang pemahaman Perbezaan Kluster, Indeks dan bagaimana wujudnya generasi dalam kes COVID-19. 


Menurut Dr Badrul Hisyam, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit, kluster yang besar di Malaysia adalah kes yang berlaku tentang jemaah tabligh, Masjid Sri Petaling. 

Kemudian ada beberapa Kluster lain yang wujud misalnya, Kes Keagamaan di Kuching Sarawak, Majlis Perkahwinan di B.B.Bangi, dan sebagainya. 

Wujudnya klaster Jemaah Sri Petaling bila ada kes pengesanan awal yang dikesan di Brunei. Itu adalah kes pertama Perhimpunan Tabligh 27 Feb - 3 March di Sri Petaling. Kemudian pihak Brunai maklumkan pada pihak KKM, start dari situ pihak KKM arahkan semua jemaah tabligh untuk buat check - up.

Pengesanan Kluster Jemaah Tabligh. 

Credit Picture - Twitter @DGHisham

Macam mana Kluster boleh wujud dalam kalangan Jemaah Sri Petaling?

Andaikan, ada seorang jemaah yang ada wabak COVID - 19 tanpa dia ketahui, dari mana asalnya tak pasti. Dia merupakan Indeks kepada tersebarnya penyakit berjangkit di kalangan Jemaah Sri Petaling.

Melalui Indeks tersebut, penyakit berjangkit mula tersebar dekat Individu pertama peserta/jemaah tabligh Sri Petaling. Kes pertama ini di kesan di Brunei. 

Bermula dengan kes kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, mula wujudnya kes tanpa mereka sedari (ini adalah Generasi Pertama dari Jemaah Sri Petaling di Malaysia).

Bila setiap jemaah pulang ke rumah masing - masing, mereka adalah Indeks kepada penyebaran wabak COVID-19 terhadap keluarga dan kenalan rapat tanpa mereka sedar. Bila dah tersebar dekat ahli keluarga, dan kenalan rapat, itu wujudnya klaster dan generasi yang lain. 

Nota : 
Indeks : bermaksud pembawa penyakit tanpa mereka sedar).
Kluster : Kes besar - besaran penyebaran penyakit berjangkit (tanpa mereka sedar).

Contact dikenal pasti melalui :-
- 1 hari berapa lama meluangkan masa, dengan siapa (Siapa yang ada wabak, pembawa wabak, dan contact rapat dengan pesakit COVID-19).
- berbuaL/bercakap dengan close contact.
- dan ada lagi beberapa kriteria yang lain.

Meaning Contact rapat :-
berjumpa/berkumpul dengan :-
- ahli keluarga
- tempat kerja
- acara keagamaan

Contoh kalau pergi KKM nak check/buat saringan :-
1. Disaring seorang demi seorang (jarak 1 meter)
 - akan tanya soalan demi soalan
 - akan check suhu badan dan sebagainya.

Gejala wabak COVID-19

Credit picture : Harian Metro (Info Grafik)

Kalau rasa ada wabak macam mana nak buat?
Hubungi Crisis Preparedness & Response Centre Kebangsaan (CPRC) di talian 03 - 8881 0200/ 03 - 8881 0600 / 03 - 8881 0700. 

Atau boleh check secara atas talian (online) di laman web Doctor On Call - Click Here
Dekat laman web tersebut boleh uji risiko COVID-19 secara online, tanya doctor secara percuma di forum yang disediakan, beli ubat secara online, boleh berhubungan dengan doctor (ada cas tertentu yang dikenakan. Tak pasti berapa), dan ada lagi beberapa service lain ditawarkan. 

Untuk sebarang maklumat lain berkenaan dengan COVID-19 di laman web Doctor On Call - Click Here.

Baca juga : Dapatkan Info Sahih COVID-19

#dudukrumah #stayathome #kitajagakita
Tags

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. COVID-19 is really making us change our lifestyle now. let's stay at home and stay safe with our family ok

    ReplyDelete
  2. itu lah, ada baca juga pasal ni..info yang sangat berguna untuk kita faham isu sekarang ni..lagi2 bab close contact dan casual contact...close contact terus jatuh PUI, sementara casual contact biasanya hanya akan disuruh kuarantin di rumah dan tunggu KKM panggil aje untuk buat test bila2..

    ReplyDelete
  3. sekarang memang risau nak keluar, sebab kita pun tak pasti siapa yang dah dijangkiti, paling kesian pesakit yang tak jujut, kesian frontliners

    ReplyDelete
  4. kian meningkat data.
    namun data yg sihat pun alhamdulillah tinggi. syukur sgt.
    moga this pkp fasa ketiga dpt mengekang bilangan pui yg baru, kan.
    aduhai. nak sgt beraya nanti happy happy. tiada pkp. tapi maintain the social distancing la kan.

    ReplyDelete
  5. ok, faham dah perbezaan kluster dengan indeks. moga lebih ramai kluster yang tampil keluar. dengar-dengar masih ada yang belum tampil check kesihatan kan.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih share. Info yg menarik. Semoga cepatlah berakhir pandemik ni dan semuanya pulih semula.

    ReplyDelete
  7. Paling senang faham adalah dari Kluster Tabligh sebab mereka dah sediakan gambar rajah. Kalau mereka sediakan semua Kluster gambar camtu lg senang nak nampak bigger picture. sebab netizen salahkan kluster tabligh aje. Kluster UDA, Kluster Majlis Perkahwinan, Kluster Kayangan. Betul tak kak?

    ReplyDelete
  8. Masa mula-mula diaorang mention pasal generasi tu, serius tak faham langsung. Bila ada baca siap aentah explain, baru faham. Seram kan covid19 ni

    ReplyDelete
  9. Sangat komplited. Nampak benda mudah sahaja. Hanya sekadar virus kecil. Tapi dah buatkan seluruh dunia kucar-kacir. Allahuakbar.

    ReplyDelete
  10. Bagus info ni. Baru kita tahu lebih details lagi mengenai perbezaan penyebaran covid19. Thanks for the info

    ReplyDelete
  11. Semua harus tahu berkaitan isu nih, kena banyak membaca! jangan buat endah tak endah, sayangkan nyawa sendiri dan ahli keluarga yang lain jangan ingkar PKP yea.. #stayathome

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Harap kita semua faham bagaimana wabak ini boleh merebak dari satu orang ke satu orang tanpa kita sedari. Jika rasa mempunyai wabak mak bersedia untuk memberi jawapan2 jujur apabila pergi membuat saringan kesihatan. Harap semua ini berakhir segera

    ReplyDelete
  13. Senang je kan dia berjangkit..Tup2 terus banyak macam tu.Sampai banyak kluster keluar..ermm..haraplan semua ni pulih

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing! This will be beneficial for those who don't understand in English.
    great content!

    ReplyDelete
  15. Covid-19 ni memang bahaya. Kita mmg x tau kita ni adalah index atau pembawa. Jadi kalau gov dah umumkan kluster2 tertentu tu harap sgt rakyat bg kerjasama utk dtg buat pemeriksaan. Kesian la keluarga dan org d sekeliling kita. Jangan biarkan kita jadi punca tersebarnya covid-19 ni. Hope sangat rantaian covid-19 dapat d putuskan segera

    ReplyDelete
  16. Paling penting kita bagi kerjasama dengan mwngikut segala arahan yang diberikan

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing. Info yang menarik kita pelajari ketika time COVID ni banyak terms baru yang kita boleh belajar sama-sama

    ReplyDelete
  18. Info yang berguna. Ramai yang masih tak faham tentang terma yang digunakan. Moga kita berjaya mengharungi saat getir ini bersama.

    ReplyDelete
  19. Sejak-sejak ni data mendata dan kes kematian menurun, harapnya semakin hari semakin pulih dan fasa 3 ini fasa terakhir kita berPKP...insyaAllah ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !