Beli sesikat pisang terhasil Sira Pisang dan Kek Pisang

by - April 14, 2020



Assalamualaikum, =D

Beli sesikat pisang terhasil Sira Pisang dan Kek Pisang. Hye semua, kisahnya lepas balik kerja singgah kedai runcit beli barang mak aku kirim. Sekali ternampak pisang, apa lagi terus je beli. Sebab memang dah lama sangat teringin nak makan Sira Pisang yang dok viral tu. 

Tengok orang buat macam sedap. Terliur je weh aku tengok orang buat. Bahan - bahan pun simple ya amat, semua ada kat rumah. Ok nak tahu macam mana buatnya? Jap - jap, nanti huda share. Tapi itulah dari nak buat Sira Pisang je, terbuat kek pisang sekali. Kek Pisang tu aku pergi google dengan tengok youtube la. 

Pisang Sira | Kek Pisang byfarahh

Resepi Pisang Sira

Bahan - bahan
1. Pisang
2. 3/4 butter
3. 1 sudu besar gula
4. Daun Pandan


Cara nak buat
1. Panaskan butter. 
2. Bila butter dah cair, letak gula pasir. Gaul gula hingga sebati dan larut.
3. Letak daun pandan. Gaul dan biar mendidih rata
4. Masukkan pisang. Gaul rata. Biarkan mendidih seketika. 
5. Siap, hidangkan. 


Kek Pisang.

Personally huda tak tahu baking sangat. Baking boleh dikira berapa kali jela, so ni saja je try. My first attempt of Kek Pisang, haha. 

Huda follow resepi Azie Kitchen - Kek Pisang by Azie Kitchen.

Kek Pisang kukus byfarahh (follow resepi Azie Kitchen je).

Tak berapa lawa ye saya punya kek pisang. Tapi rasa dia not bad dan perlukan improvement semestinya.

Anyway guys, selamat mencuba! =D

You May Also Like

0 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D