Program Jelajah Pesona Selangor 2019

FARAH
0


Assalamualaikum, =D

Hye semua,

Program Jelajah Pesona Selangor 2019 | Beberapa hari lepas, huda dan beberapa orang rakan blogger dari JDT Blogger berkesempatan untuk sertai Program Jelajah Pesona Selangor 2019. Program ini dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor dengan usahasama dari pihak Tourism 3 buah negeri yang terpilih, iaitu di Bandar Alor Setar, Kedah, Johor Bahru dan Ipoh, Perak.



Program Jelajah Selangor di Johor Bahru mendapat sambutan yang sangat baik dan turut disertai oleh delegasi dari Negeri Selangor yang terdiri daripada wakil Pejabat EXCO Pelancongan Negeri Selangor, Tourism Selangor, MATTA, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBt), dan lebih dari 10 operator product pelancongan Negeri Selangor. 

Tujuan program ini dijalankan kerana ianya memberi manfaat yang baik antara Negeri Selangor dan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri dan secara tak langsung, dapat meningkatkan lagi bilangan pelancong domestik dan antarabangsa, sempena Kempen Melawat Malaysia 2020. 

Bukan itu sahaja, sesi pertemuan business - to - business (B-2-B), turut dianjurkan di dalam program ini. Di sini para operator dari Negeri Selangor, dan Badan Pelancongan Negeri juga Agensi Pelancongan Tempatan, dapatlah bekerjasama disamping dapat mempromosikan product kepada mereka.



"Program Jelajah Pesona Selangor 2019 menjadi landasan kepada penggiat industri pelancongan untuk menjalinkan kerjasama dengan Bandan Pelancongan Negeri serta Kerajaan Negeri secara amnya. Hal ini secara tak langsung, dapat membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat pelan promosi pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan" ucapan dari Y.B Datuk Abdul Rashid bin Asari, Pengurus Jawatan Kuasa Tetap Pelancongan dan Kebudayaan, Peradan Melayu dan Warisan Negeri Selangor. 

Tarikan produk pelancongan Negeri Selangor telah berjaya menyumbang kepada pelancong seramai 25.38 juta dari Januari hingga September 2019. Ini secara tidak langsung, telah menunjukkan peningkatan sebanyak 4% berbanding pada tahun 2018. 

Seiiring dengan Kempen #Discover Selangor dan #Take Me Anyware yang telah giat dipromosikan di laman social Facebook, Instagram, dan Twitter. Program Jelajah Selangor 2019 merupakan penambahan yang significan kerana potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terpilih di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Selangor Travel (klik pada pautan)

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !