Pengalaman naik Grab “MakCik Travel“ khas buat wanita, di Johor Bahru

FARAH
0


Assalamualaikum,

Hai semua.

Pengalaman naik grab “Makcik Travel” khas buat wanita, di Johor Bahru. Hari tu kebetulan pula, family huda tak dapat nak hantar pergi Persada Johor, sebab mereka ada dekat luar kawasan. So my sister and my mom suggest untuk naik grab and diorang suggest dekat huda “Makcik Travel” ni.

Huda terus google, then search dekat insta search and terus huda book. Nasib baik area jb ni ada tau, fuh lega! Bukan apa, sebab huda ni tak pernah naik grab, lagi pula sorang - sorang kan, tu yang macam seriau (takut) je rasa. Tapi bila dah ada “Makcik Travel” ni,  takde lah risau sangat rasa sebab pemandu dia adalah wanita.

Melalui pembacaan huda baca dekat google, “Makcik Travel” ni pada mulanya khas untuk menghantar makcik - makcik yang nak pergi ke pasar pada waktu pagi. Then mereka commercial kan pula untuk menghantar penumpang wanita, ke mana - mana sahaja yang dikehendaki.

Kira samalah macam grab. Yang bezanya “Makcik Travel” ni, service mereka khas untuk kaum wanita sahaja tau.

Huda ada berbual juga dengan pemandu grab “Makcik Travel” ni, akak tu cakap “Makcik Travel” ni baru sahaja di commercial kan di Johor Bahru, dan service mereka di sini baru mencecah beberapa bulan (less then 1 year). Sebelum tu “Makcik Travel”,  mula popular dan mendapat sambutan di Kuala Lumpur.

Ni time huda naik Makcik Travel Jb hari tu ✌🏻

Kelebihan naik grab “Makcik Travel” - mestilah mudah ke mana - mana sahaja. Sangat selesa sebab service mereka menawarkan perkhidmatan di mana pemandu dan penumpang adalah wanita sahaja.

Jadi takde lah ragu - ragu dah nak naik grab lepas ni, betul tak?

Cuma memandangkan dia baru lagi, jadi mereka masih belum ada apps. Kalau korang nak tempah,  kenalah buat tempahan lebih  awal sebelum korang naik “Makcik Travel” ni tau.

Instagram Makcik Travel

Macam mana? Senang je, korang singgah dekat laman web MakCikTravels.com, atau amik je nombor telefon agen (mengikut Negeri masing - masing) dekat instagram mereka, then terus book.

Ini contoh cara book melalui whatsapp.

Korang isi segala details yang diperlukan. Kemudian mereka akan bagi jarak dari destinasi ke satu destinasi yang lain, berserta harga, dan terms and condition untuk para penumpang. Bila korang dah setuju dengan term and condition dan service yang ditawarkan, lepas tu barulah admin akan cari driver di bawah mereka. Bila dah dapat driver, on the spot mereka akan hantar details driver, beserta nombor plate kenderaan  yang akan korang naik nanti.

Senang bukan?

Jadi apa tunggu lagi, orang JB jangan segan silu tempah grab “Makcik Travel” ni ye. Alhamdulillah so far huda first time try,  pun rasa berpuas hati. 

Thanks “Makcik Travel” area Skudai Johor, sebab bagi good service. Maybe one day huda boleh repeat lagi.
Eh macam pntun pula kan, hahaha.

So guys thanks tau singgah dekat blog huda ni. Nanti huda update lagi ye, up coming entry travel bersama team media ✌🏻.



Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !