Pengalaman Media Tour dekat Sepang Circuit



Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Pengalaman Media Tour dekat Sepang Circuit. Hari terakhir media trip bersama Tourism Malaysia, kami berkesempatan untuk buat Media Tour dekat Sepang Circuit, dan lihat sendiri Race of Malaysia tempoh hari. Walaupun aku tak berapa minat pada sukan permotoran, tapi tetap rasa excited bila join media tour ni. Bukan apa tau, sebab aku pernah terfikir macam mana media buat liputan dekat sini.

Korang nak tahu juga? Ok meh baca entry sampai habis. 

Sampai je kiteorang dekat Sepang Circuit, bas terus menuju dekat pintu utama masuk Paddock. Paddock ini adalah pintu masuk para media dari serata dunia, racer, pekerja, vip dan vvip. Nak masuk Paddock ni kena ada pas khas, iaitu Media Pass. 

Pass Masuk Media under Tourism Malaysia. 

Oh ye, kalau korang nak tahu Race of Malaysia ini pertama kali diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang membabitkan perlawanan antara WTCR dan EWC, sejajar dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia. Apa itu WTCR dan EWC?

WTCR (World Touring Car Cup), melibatkan perlumbaan kereta. Manakala EWC (FIM Endurance World Championship), melibatkan sukan permotoran.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata "Pihak SIC berasa bertuah kerana mendapat proposal daripada Eurosport, dan ini merupakan kali pertama SIC anjurkan acara unik seperti ini. Sekaligus ianya sejajar dengan kempen yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, iaitu Tahun Melawat Malaysia 2020". 

Race of Malaysia dianjurkan pada tempoh hari, iaitu pada 13 - 15 Disember 2019. 

Pelumba - pelumba WTCR dan EWC datang dari serata dunia, misalnya dari serata Eropah, Jepun, dan Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Seramai 51 pasukan akan berentap dalam dua perlumbaan ini. 

More info :-

Paddock Entrance yang dikawal selia oleh Pihak Security Sepang Circuit. 

Ok jom kita masuk and buat media tour. 

Masuk - masuk bergambar jap. 

Kebetulan ada pelumba EWC nak bergambar, so kita bergambar sekali dengan diorang. 

Masuk - masuk je kiteorang terus masuk dekat Media Centre. Sebelum masuk En Akil brief kiteorang serba sedikit tentang SIC, dan cerita sikit tentang latar belakang dan pengalaman beliau sepanjang bekerja di sini. 

Media Center Access. 

So dekat sinilah media - media dari serata dunia akan buat liputan. 

Entrance Media Centre.

Inilah dia bilik para media.
Masa kiteorang datang, diorang tengah sibuk menaip article. 

Sambil diorang ralit perhati pelumbaan di kaca tv, sambil tulah diorang buat liputan. Segala result akan keluar dari situ. 

Tup - tup En Akil kata ada surprise, dan inilah surprise nya. Kiteorang dapat bergambar dengan Alex Yoong. 

Tour diteruskan lagi dengan perjalanan kiteorang ke Podium Winner. Dekat sini kiteorang tengok stage para pemenang. 


Beberapa minit dekat Podium Winner, kiteorang dibawa pula ke Perdana Terrace. Kalau korang nak tahu, Perdana Terrace (Rooftop) ni tempat favourite penonton tegar acara sukan bermotor tengok pelumba diorang berlumba. 

Dengar cerita, tiket dekat Perdana Terrace ni adalah yang termahal sekali, sehingga mencecah ribuan ringgit. Orang sanggup beli sebab dari sini boleh nampak view penuh. Puas hati dengan harga yang mahal. 

Perlumbaan F3 sedang dijalankan. 

More infomation boleh visit - http://www.f3asia.com/news/3604.html

Memang sangat jelas ye bila dapat tengok perlawanan F3 ni dari Perdana Terrace. 

Dari Perdana Terrace, kiteorang dibawa makan tengah hari dekat VIP Suite. Sambil menikmati juadah makanan yang disediakan ala buffet di situ, sambil tu kiteorang layan kejap perlawanan WTCR. 

Hujan - hujan pun perlumbaan diteruskan. Cumanya kami tak sempat nak tengok perlawanan EWC sebab kesuntukan masa. 

Sempat bergambar dengan Datuk Musa Yusuf, Pengarah Pelancong Malaysia yang kebetulan ada dekat situ. 

Lepas tu ingat dah balik, rupanya kiterang dibawa tour lagi ke booth Tourism Malaysia pula. Dekat Sepang Circuit ada booth Tourism Malaysia, di mana dekat sini korang boleh tengok promosi - promosi Tahun Melawat Malaysia 2020. 

Booth - booth yang dibuka disini.

Sempat lagi diorang main game kat sini, dengan tema Tahun Melawat Malaysia 2020. 


Sampai di sini je kisah media tour kiteorang. 
Thanks Tourism Malaysia dan Sepang Circuit (En Aqil and team), sebab bagi peluang kiteorang buat Media Tour kat sini. 

Selesai media tour, kiteorang balik ke Selatan. Dari Kuala Lumpur singgah Melaka, then turun pula Johor Bahru. 

Ok guys, thanks singgah baca and support blog huda. InsyaAllah will update next entry. 

Selamat Tahun Baru semua. Semoga tahun baru 2020 lebih baik dari tahun ni (2019). InsyaAllah. Ada kereta terbang tak? hahaha. Kalau takde kereta terbang, kita sama - sama tingkatkan prestasi tahun 2020 ni. Chaiyok guys, good luck dalam apa jua bidang korang sekarang =D

Baca juga entry - entry Media Trip bersama Tourism Malaysia - Click Pautan

28 comments:

  1. tak pernah lalu Sepang ni. siapa peminat kereta litar sanggup bli tiket walaupun mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, diorg sanggup beli sbb nak tengok pelumba kesayangan dia race

      Delete
  2. Wahhh dapat bergambar kenangan dengan Alex Yoong tu! Belum pernah lagi sampai ke sini. Moga-moga satu hari nanti dapatlah singgah dan lihat sendiri F1 kat sini! Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, akan ada peluang one fine day hehe

      Delete
  3. Selalu gak laku sini tapi vrlum pernah masuk ke asepang Circuit ni sbb spt u kata lah tak minat sgt tgk racing hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nanti kan kalau lalu sini singgah sekali tau hehe

      Delete
  4. bestnya dapat jumpa Alex Yoong..nad pun tak pernah sampai sepang lagi..syok dpat join trip mcm ni pergi tempat yang belum pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul best dapat dtg sini, actually tak sangka tau dpt jumpa alex yoong tu hehe

      Delete
  5. Kita yang duduk dekat ni pun tak juga pernah masuk kat Sepang circuit tu hehehehe nanti nak pergi kalau ada orang nak ajak masuk free nak masuk time event mahal sangat wakakakak tengok kat tv jer lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau free boleh tengok tau time ada perlawanan lagi best

      Delete
  6. Wah agak menarik ye..saya jujur tak pernah sampai lagi sini hahahahah walau ddk area lembah klang je pun

    ReplyDelete
  7. Bestnye berpeluang ke sana. Tak pernah jejak ke circuit sepang.

    ReplyDelete
  8. Memang besar tempat nie kan. Kita pon first time masuk sana tahun lepas. Agak bingit bunyi kereta race

    ReplyDelete
  9. Wah Alex Yoong! Crush masa muda remaja dulu2. Bestnya dpt tour kt dalam ni.. Kita xpernah lagi pi ke sini

    ReplyDelete
  10. mesti best ni, saya tak pernah terlintas nak tengok lumba di Sepang sebab selalunya fikir tempatnya panas dan bising. rupanya best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best. Memang bising sebab dia race kan tp best kalau sesekali dpt tgok

      Delete
  11. nice nice! meriahnya nampak! pernah jugak kesana sekali. environment dia lain macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul best. Sesekali tgok environment yg berbeza dari biasa best sbb ianya juga satu pengalaman yang berharga kan? 😊

      Delete
  12. omg bestnyaaaa dpt bergambar dgn alex yoong! #jeles and the buffet lunch kt VIP suites sounds like an amazing experience!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg pun tak sangka dapat jumpa alex yoong hehe

      Delete
  13. Dulu minat Alex Yoong. Bestnya dapat jumpa

    ReplyDelete
  14. Kalau tak silap pernah pergi sekali je litar sepang ni. Itu pun sebab ada event yang company anjurkan. Hehe

    ReplyDelete
  15. Haha... media of the day! Nice article on what is media doing for a day, busy for coverage, photos and write up! Great job! Thanks for sharing the media tour experience!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.