Santai petang dengan Coconut Shake dan Kacang Pool, dekat Medan Selera Iskandar Malaysia

October 08, 2019

Wah panjang gitu tajuk entry kita kali ni ye, hehe. 

Assalamualaikum, 

Hye guys. 

So petang - petang macam ni, sedapkan kalau dapat pekena Coconut Shake dengan Kacang Pool.?Orang cakap, juadah minum petang. 

So kali ni, huda nak bawa korang singgah dan minum petang dekat Medan Selera Iskandar Malaysia. Macam - macam hidangan ada jual dekat sana tau. Tapi bila dah petang ni, kenalah focus dekat kedai R&R Coconut Shake dan Melor Kacang Pool


Apa yang ada dekat Gerai R&R Coconut Shake?
Ada macam - macam guys, dari kepelbagaian minuman, waffle dan jagung turut di jual dekat sini. 

Waffle tu, kalau dapat petang - petang pun sedap juga kan?

Aduh menyelerakan betullah bila tengok Coconut Shake dengan Ice Blended Mangga tu. 
Bagi penggemar Green Tea, korang boleh rasa Green Tea ni juga tau. 

Coconut Shake 
RM4.50 

Air Kelapa yang biasa tu, RM3.50

Ice Blended Mango, RM6

Ice Milk Green Tea - RM5

Memandangkan boba semakin popular, viral, dan disukai ramai, dekat R&R Coconut Shake pun ada jual Boba tau. Jom try...

Boba Milk Green Tea RM6
Boba Milk Red Tea RM6

Melor Kacang Pool 

Nampak tu kacang pool dia, 
sedap and not bad tau rasa dia. 

Kacang Pool - RM6

Selain hidangan Kacang Pool, terdapat lagi dua hidangan lain. Peh bila tengok gambar rasa lapar pula, petang - petang ni ye. 

Mee Kari dan Laksa Penang, turut dijual di sini. 

Kuah Laksa Penang dia, berasa dan sedap tau rasa dia. 
'Home - made' sangat rasa dia. 

Laksa Penang - RM6


Aku kalah dengan rasa cik ni punya Mee Kari. Sedap, boleh repeat lagi makan. Menyelerakan betul rasa dia. 
Pekat, taste kari dia rasa and semua cukuplah pada huda.

Mee Kari - RM6

Selain daripada 3 hidangan ni, Melor Kacang Pool ada juga menjual beberapa hidangan lain, termasuk:-
- Bubur Ayam, Rojak Tahu dan Rojak Buah (semua ni RM5)

Ok guys, sampai di sini je yang sempat huda tulis. 

So kalau korang ada dekat area Gelang Patah, Nusajaya dan berdekatan dengan kawasan tersebut, bolehlah singgah dekat Medan Selera Iskandar Malaysia dan rasa juadah dari Melor Kacang Pool dan R&R Coconut Shake ni. 

Anyway thanks singgah blog huda, guys. 

Selamat menjamu selera di petang hari. 

7 comments:

  1. cocobut shake dgn laksa tu mmg tempting sgt! :P

    ReplyDelete
  2. Alaaa apa ni.. HAhhahaah. terus rasa nak makan laksa. Ohh tidak, mana nak dapat kat United States ni. >.<

    ReplyDelete
  3. sedapnya huda.. fav semua tu.. boleh la order kalau pegi sana lagi..

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap, sejuk aje mata memandangnya hehehehe

    ReplyDelete
  5. laksa penang tu mengundang betul la!

    ReplyDelete
  6. nii kalauu dah sampaiii kawasan situ.. xpening dah carik tempat...datang sini aje kann..

    ReplyDelete
  7. pemggemar green tea di sini! kalau dekat memang dah lama sampai ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.