Event CSR Ayam Brand™ - Suku - Suku Separuh dijalankan di Johor Bahru

October 09, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Bila sebut Ayam Brand™, semua mesti dah familiar dah dengan Jenama ni. Ayam Brand™ adalah salah satu jenama tempatan dan terkenal dengan makanan dalam tin yang berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, paling penting sihat dan mudah untuk disediakan. 

Sejajar dengan tema "Ayam Brand ™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now", kempen ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan lagi pengetahuan tentang Pinggan Sihat 3S Malaysia kepada kanak - kanak lebih dari 10 Negeri.

Apa itu Pinggan Sihat 3S?
3S itu adalah Suku - Suku Separuh yang merangkumi suku dari Protein, Suku dari Karbohidrat, Separuh dari Buah - buahan dan Sayur - sayuran. 

Bagus bukan program seperti ini dijalankan?

Pada hari Rabu  bersamaan 8 October 2019, Event Ayam Brand™ telah berlangsung di JCW, Johor Bahru. Seramai 32 orang peserta dari 4 buah pusat kebajikan dan 4 buah sekolah rendah telah turut serta memeriahkan lagi event pada kali ini. 

Kesemua peserta yang menyertai Event Suku - Suku Spearuh by Ayam Brand yang berlangsung di Johor.


Mereka adalah dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Villa Paulos Johor Bahru, Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria, Pusat Jagaan Care Haven, Pertubuhan Kebajikan dan Rumah Anak Yatim Shafar, SK Infant Jesus Convert (SK Convert), SK Taman Daya 2, SK Seri Perling 2 dan SK (P) Sultan Ibrahim Girl (SIGS). 

Sebelum acara dimulakan adik - adik ini diberikan penerangan khusus oleh Emcee yang bertugas, tentang apa itu Kempen Pinggan Sihat 3S (Suku - Suku Separuh). Kemudian setiap kumpulan diminta untuk membuat 3 hidangan dengan mengikut resepi yang telah disediakan oleh pihak Ayam Brand. 

Sebelum diorang start nak buat hidangan, diorang kena pilih bahan dulu. Bahan semua dah disediakan. 

Lepas dah pilih bahan, diorang kena start buat hidangan. Hidangan siapa yang lengkap dengan mengikut tema 3S, kumpulan tersebut akan dinobatkan sebagai juara. 

Nampak tu, dari 3 resepi ni maka terciptalah satu hidangan Pinggan Sihat 3S. 
Hidangan ini disediakan oleh adik - adik dari SIGS. 

Meriah betul bila tengok adik - adik ni bertungkus lumus dalam menyediakan Pinggan Sihat 3S mereka tu. 

Bila masa dah tamat mestilah ada juri yang akan menilai setiap hidangan yang disediakan.

Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand dilihat melayari hidangan Suku-Suku Separuh yang disediakan oleh para peserta.


Antara hidangan - hidangan yang telah disediakan oleh adik - adik yang join event CSR ni:-






Menarik bukan?

Hidangan pemenang Suku-Suku Separuh yang disediakan oleh Pusat Jagaan Care Haven.

Pemenang Festival Kesihatan Ayam Brand Suku-Suku Separuh  2019 di Johor. Pasukan pemenang (tengah), Pusat Jagaan Care Haven dengan tempat kedua dimenangi oleh SK Seri Perling 2 (kanan) dan Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria (kiri).


Congrats buat adik - adik yang menang. 


Full Video Event SCR Ayam Brand di Johor Bahru, byfarahh.

Ok guys, sampai sini je yang sempat huda update. Thanks singgah dan baca entry byfarahh.com

3 comments:

  1. selepas datang event ni , teruslagi faham maksud suku suku separuh tu..hehehe..

    ReplyDelete
  2. terliurnya tengok masakan adik-adik ni. pandai dan kreatif betul

    ReplyDelete

Powered by Blogger.