Dapatkan Potongan Harga Hangat di Ekspo Elektronik Shopee Julai Ini sehingga 90%

Farah
3


Assalamualaikum, =D

Hi,

Shopee buat sales lagi guys! Kali ni, Shopee buat sales sebanyak 90% pula tu, di Ekspo Elektronik, yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 26 Julai.

Bukan setakat buat sales jer. Pihak Shopee siap nak bagi hadiah dekat korang tau. Tapi syaratnya, korang kenalah join pertandingan yang bakal Shopee adakan, sepanjang sales di adakan. Maklumat syarat - syarat pertandingan, dan hadiah, ada di akhir entry ini.


KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2018 - Shopee, merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, yang bakal melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), pada 23 hingga 26 Julai 2018

Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta, termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%. 
Pengarah Serantau Shopee, Ian Ho berkata, “Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018, dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka, untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti, mobil & gajet, komputer & komputer riba, dan kelengkapan rumah, yang menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. 

Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite, telah berjaya dijual dengan 1,000 unit dalam tempoh lima minit. Ini telah membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia, yang telah membuat pilihan bijak, dalam memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini juga, pihak Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian, bagi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,”sambung beliau. 


Seperti yang di maklumkan, pada 23 Julai ini, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Antaranya aksesori komputer seperti papan kekunci, dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech, audio (headphones) daripada jenama Marshall, dan external drive daripada jenama Seagate, juga pelbagai rangkaian jam pintar, turut dipamerkan dalam harga diskaun.



Selain itu, di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. 


Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mencari kelengkapan rumah yang moden, dengan harga diskaun. Mereka juga, boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini. Antara produk yang dipamerkan dengan harga terendah adalah, produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. 

Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen ini.

Pertandingan yang akan berlangsung pada 26 Julai.
Bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook, pihak Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. 

Syarat - syarat pertandingan adalah seperti berikut:-
1. Cari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee.
2. Kemudian, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, 
3.Tag seorang rakan, dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. 

Hadiah pertandingan:-
Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play. 

Jadi apa tungguh lagi. Moh ler, ramai - ramai mengegarkan Ekspo Jualan Elektronik di Shopee ni. 

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ada target few things tapi ala kena join something dulu heee..

    ReplyDelete
  2. shopee memang selalu akak singgah..banyak beli barang kat sana..So kalau ada potongan harga macam ni..of courselah akak suka...hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !