Selepas setahun lebih pakai braces

Farah
7


Assalamualaikum =D


Hi,

Huda dah pernah cerita pengalaman pakai braces, setahun lepas. Korang boleh baca dekat entry ni - cabaran memakai braces dan pengalaman pakai braces . Untuk entry kali ni, huda nak share pengalaman huda buat treatment pula.

Sebelum tu nak cakap, jenis treatment tu berbeza pada keadaan gigi seseorang ye. Sebab pakai braces ni, bukan sekadar nak betulkan structure gigi sahaja, tapi banyak lagi treatment sampingan yang doctor buat, semata - mata nak bagi yang buat braces ni puas hati dengan service diorang. 


Pengalaman selepas setahun lebih pakai braces

Pernah tak besi pengikat tertanggal?
Eh, apa pula tak pernah. Mestilah pernah. Masa baru - baru pakai je dulu. 
Sejak dua, tiga kali, besi pengikat aku tercabut, jadi aku dah 'insaf' sikit dan behave bila makan. 

Treatment?
Ok jenis treatment ni, based on condition gigi pesakit.

Setiap kali treatment, doctor akan bersihkan gigi, tukar pengikat gigi atau pendakap gigi yang lama, kepada yang baru dan doctor akan buat treatment apa yang patut dekat gigi korang tu.

Sepanjang aku jalani rawatan braces ni, macam - macam treatment dah aku lalui. Dari treatment yang boleh tahan sakit, sampailah treatment yang tak boleh nak tahan sangat sakit tu.

Kenapa ada treatment yang boleh tahan dengan yang tak boleh tahan? Treatment yang boleh tahan tu, bila doctor buat treatment yang biasa - biasa. Treatment yang tak boleh tahan, bila doctor mula bius gigi aku, lepas tu pasang something (yang kalau aku nak cerita pun, maybe korang 'ngeri' kot dengar). Kiranya bila kena bius dan buat treatment yang berkenaan, mesti akan dapat ubat tahan sakit dari klinik. Balik je dari klinik, aku terus beli bubur and makan ubat lepas tu apa lagi tidur lah nak kurangkan kesakitan tu.

Macam aku pernah cakaplah, setiap orang berbeza treatmentnya.

Mujurlah aku dapat doctor yang sporting, siap buat lawak bagai masa buat treatment. So bila buat treatment tu terhiburlah hati, walaupun tengah menahan kesakitan masa buat treatment.


Berapa kali kena pergi treatment sepanjang pakai braces?
Depends on the doctor. Macam doctor aku, sebulan sekali kena datang buat treatment. Tapi pernah je delay sampai dekat dua bulan.
Bak kata nurse kat situ, jangan lebih 3 bulan. 
Kenapa?
Sebab braces ni, dia akan bagi 'petanda - petanda', yang dia memang nak kena pergi treatment dah.
Kalau macam delay, lambat je. Nanti terasa braces 'longgar' dan rasa tak selesa. So pergilah tukar pengikat baru dan buat treatment ye. 

Apa benda yang paling tak sabar?
Aku paling tak sabar nak buka braces weh. Tu je. 

Sebab sekarang treatment dia tak 'friendly' rasa, huhu. (Macam huda cakap tadi, dia based on condition gigi pesakit). Sebab tu huda rasa macam treatment lately tak berapa nak 'friendly' macam selalu. Sebab lepas treatment je, sakit dia macam apa je rasa. Pening kepala lain macam kot.

So oklah, sampai sini je yang huda sempat share. Thanks singgah dan baca entry kali ni =D

Post a Comment

7Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pernah survey nak buat braces. Lepastu duit nak buat braces buat pergi beli laptop. Hahahaha. Tangguh lah dulu hehehehee. Hampeh tullll

    ReplyDelete
  2. Pernah dulu nak pakai gak, tapi banyak betul baca review semua kata sakit, terus tak jadi, dah le Sis ko ni pemakan orangnya hahahaha

    ReplyDelete
  3. Saya mula-mula pakai dulu lepas ketatkan balik every month takdelah sakit sgt. Tapi sekarang ni sakit die lain macam sampai ke otak haha. Harap-harap ni petanda dah tak lama nak bukak. haha..

    ☆ Atheera ☆

    ReplyDelete
  4. I dah 2 tahun pakai braces, tak sabar nak bukak even though tak nampak beza sangat alignment gigi ni diperbetulkan. Tapi nak bukak sebab tak sanggup nak pakai. Seksa T_T Maybe nak bertahan sampai hujung tahun je. Ni pun my getah braces dah tanggal sebab tak pantang makan hahaha

    ReplyDelete
  5. rumit jugak treatment dia ya..memang salute la dekat orang yang pakai braces ni..kawan akak pun ada sorang yang pakai dulu, sebab gigi dia berlapis..memang banyak prosedurnya dari cabut gigi-gigi geraham sampai la sekarang da cantik da gigi dia..chaiyok huda! you can do it! ecewahhh

    ReplyDelete
  6. Fuhyooo, teringin nak try....lehla kuruss japgii, makan buburr je...bahahaha~
    Tak sabar gan nak nengok hasilnya tuu, heheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !