Bezanya zaman study dan zaman kerja

July 16, 2018


Assalamualaikum, =D

Hi,

Dulu masa zaman study, tak sabar nak habis study. Nak kerja. Nak rasa dunia kerja.

Bila dah kerja, rasa rindu sangat nak balik ke alam study. Sampai kadang, even tak update blog pun, selalu je baca entry - entry, masa zaman study. Diary yang dah huda tulis dulu.

Rindu. Serious rindu. 

Dulu, rasa ujian masa study tulah sangat kuat, sangat tak boleh tahan. Sampai nangis, melalak sebab stress sangat. Sampai nak cakap, hari - hari call mak dan abah. 

Bila kerja, lagi rasa macam apa jer, sampai tak terluah dek kata - kata. Last - last, diam jelah.

Sebab diam tu, lagi tenang hati. 
Tapi, kadang terluah juga dengan family dan kawan baik.
Alhamdulillah masih ada memahami. 

Cuma, bila dah bekerja, bila dah bergaul dengan orang yang lebih matang, lebih dewasa, kita banyak belajar dari situ.

Even cara kerja pun, banyak belajar daripada diorang juga. Sekarang pun, aku rasa masih banyak benda lagi perlu aku belajar. 

So kepada student, korang belajarlah dan nikmatilah zaman belajar korang. Kalau ada masalah, biasalah tu dek. Even kerja pun, bukan masalah kerja jer, masalah lain pun ada juga. Biasalah tu. Orang kata, kerja ni lagi struggle. 

Dah kerja. Nak kena fikir commitment pula. 

Aku ada terbaca satu statement dulu, "go and find the job, because no one will pay your bill unless you".

Kepada fresh graduate, bakat korang boleh di asah once korang dah dapat peluang pekerjaan. Grab lah peluang tu dengan baik. Ada seseorang pernah cakap, "biasanya fresh graduate ni, diorang ada bakat dan pengetahuan, tapi cuma sometimes diorang tak dapat nak kembangkan je dekat mana. Sebab masih belum dapat peluang dalam bidang mereka belajar. Jadi kalau dah dapat peluang dalam bidang kita belajar, buatlah dengan terbaik, tunjukkan bakat dan pengetahuan yang kita ada".

Kerja dengan betul. Ikut peraturan semua. Ingat tau, kerja takdenya bos akan cakap "ok, hari ni kerja batal", macam kelas cancel dulu. Haha. Lawak tak? Seriouslah, huda memang suka buat lawak hambar. 

Lagi satu, kalau kat tempat kerja ni kena jadi friendly. Aku pun, masa mula - mula tu agak kekok jugalah sebab diorang, yang lebih tua dari aku. Yelah, mana taknye. Dulu masa study jumpa sebaya. Kalau muda pun, muda setahun dua. Kitalah paling tua kat situ. Tapi bila dah kerja, kena jugalah belajar jadi friendly, barulah senang nak komunikasi dengan diorang. Nak buat kerja pun senang. 

Betul tak?

So oklah sampai sini jer yang sempat di tulisnya. Thanks sudi luangkan masa baca entry kita. 

Assalamualaikum =D


4 comments:

  1. betul, rindu ngat zaman stdy :(

    ReplyDelete
  2. hmmm...rindu jugak zaman study...keja nak enjoy je kan..hahahhaa..

    ReplyDelete
  3. memang seronok time study. nak gelak juga baca "hari ini kerja batal".haha.. bestkan kalo tiba2 bos bagi cuti. heaven..
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. kalaulah study itu satu pekerjaan. relaaaa study selamanya =D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.