A Blog for My Story: Reason Tulis Blog untuk Self Therapy Walaupun Sibuk

Farah
8
Assalamualaikum. Entry ni asalnya catatan diary Huda masa zaman study, publish tahun 2016. Sekarang Huda update semula, sebab masih ada yang baca. Cerita dalam entry ni dulu - tentang laptop Huda yang rosak masa tengah buat FYP (Final Year Project), semasa semester terakhir. Malangnya, semua file penting hilang, termasuk segala info FYP, sebab terkena virus. Mujur ada backup kat email teammates, jadi boleh re-download & re-write. Tapi artikel & bahan rujukan FYP tersebut kena cari semula. Banyak lagi file hilang termasuk file personal, gambar, dan beberapa cerpen yang Huda karang pun hilang. Sejak tu, Huda mula simpan hasil karya dalam blog, termasuk mini cerpen & mini novel yang di tulis huda sendiri. Laptop tu kena virus dulu, Huda terclick link dalam email. Pengajaran di sini, tu janganlah klik link merapu dalam email ya, takut terkena virus. Mujurlah ada abang yang kerja dalam bidang IT, dan format semula laptop.


A Blog for My Story: Tulis Blog untuk Self Therapy Walaupun Sibuk

A Blog for My Story: Tulis Blog untuk Self Therapy Walaupun Sibuk
Ni entry yang huda tulis masa zaman final year. Niat saja tulis,untuk tatapan sendiri. Huda terkejut bila tengok ramai yang view. Bila ramai yang view, Huda buat entry baru dari keyword yang datang. 

A Blog for My Story: Tulis Blog untuk Self Therapy Walaupun Sibuk
Ni entry baru, dari keyword orang selalu cari. Kita blogger bole trace. I rajin dengan tak rajin, je buat gini. 
Sebab tu, bila orang tanya - Huda update apa kat blog. I jawab - Random.

Nilah, nama dia update entry based on SEO Google. Ada sikit penerangan di akhir entry ni.
Thanks tau siapa yang tengah belajar tu, yang view entry kita.

Berbalik pada entry ni. Since Huda trace entry ni masih ada yang click dan baca sampai sekarang, itu yang rasa nak update semula. Tujuan Huda update entry ni semula, sebab nak bagi ‘fresh’. Tajuk Asal memang A blog for my story. 

A Blog for My Story: Reason Tulis Blog untuk Self Therapy Walaupun Sibuk
Sebenarnya dari awal Huda anggap blog ni sebagai self - therapy. Bermula dengan minat tulis cerpen di laptop, lepas tu kita saja publish dekat blog. Then slowly, masa awal start blogging tu memang dah perbaiki cara tulis entry blog dari rakan blogger. Huda google, apa Huda nak masa tu, sampailah jumpa few tips dan tutorial yang related. Time tu, Huda buat semua sendiri — dari edit blog sampai update entry. Try and error. Paling aktif blogging tahun 2011–2016, tapi bila masuk fasa sibuk buat FYP , Huda slow - kan blogging. Waktu weekend (time study dulu), huda update entry sebagai self - therapy, dan mula belajar untuk focus pada niche. Bila dah ada niche, Huda jarang share hal personal kecuali yang related dengan minat. Mood blogging pun turun naik, dan pageview pun ikut mood, hehe. Kisah more blogging here - kenangan blogging masa zaman remaja.

Mungkin ada tertanya - Apa tu niche?
Niche ni adalah topic - topic khusus yang kami pilih untuk blog atau laman web kami. Contoh macam topic travel, makanan, personal, skincare, sukan, politik, dan ada pelbagai topic lain yang boleh di cover. Just choose whatever topic yang you nak. 

Nak update entry blog, better ada niche dan update entry yang align dengan SEO Gooogle. 

A Blog for My Story: Reason Tulis Blog untuk Self Therapy Walaupun Sibuk
Ni antara yang Huda cover kat blog. Actually banyak lagi, tapi ni antara yang rajin cover ✌️

Yang huda faham tentang niche dan SEO Google. 
Bila blog kita ada niche yang jelas, contohnya travel, makanan, atau skincare, Google akan lebih senang ‘faham’ blog kita ni pasal apa. Bila kita konsisten tulis pasal satu topik yang berkaitan niche kita pilih, blog kita akan jadi ‘pakar’ dalam topik tu, dan ini bagi signal positif kat Google.

Dari situ, bila orang search keyword berkaitan niche kita, Google lebih yakin nak recommend blog kita kat search result. Itu yang orang panggil Search Engine Optimization (SEO) , yang Google boleh trace cara kita tulis, guna keyword yang betul, dan susun entry supaya senang naik ranking dalam carian.

Akhir kata, carilah hobi baru di masa lapang yang boleh buat kita tenang. Bila penat kerja, kita mesti cari self - therapy kita kan? Huda bukan tak bosan tulis blog. Walaupun sekarang, banyak je masa huda tak blogging sangat. Tapi pada Huda blog ni dia ada specfic topic. sebab ada niche. Dan huda suka random terjah, dan baca blog kawan juga (tapi as silent readers hehe). But ada je masa Huda tukar mood self therapy lain - contoh tengok movie, drama, masak, kemas bilik, tidur awal, dan ada juga masa dok scroll media sosial tu konon nak tenang. Tapi makin banyak tengok, makin serabut pula dan rasa macam otak overload dengan pelbagai story yang random dekat media social tu.

So that is the reason, kenapa I choose untuk kekal blogging. Paling utama, kena ada minat. Sebab kalau tak minat,memang dah lama stop blogging. 

Jadi choose your self therapy wisely =D

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. huaaarggg yg final year report tu kalau hilang merana nak buat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula harap sangat boleh recover balik dan ianya dalam condition yang selamat, kalau tak sedih hurm...

      Delete
  2. Dulu pernah jugak buat blog khas untuk my karya. Tapi bila dah lama stop menulis blog tu pun dah terabai, decided to delete. And now, feeling menulis dah ada, rasa menyesal pulak datang sebab delete blog tu. Huargghh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe rrai, make a new blog and write up semula. Chaiyok rrai! hihi =D

      Delete
  3. salam kak huda mcm mne nx buat private blog tu yee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam,
      pergi kat setting > Basic > then scroll bawah sekali nanti ada nampak "permission" > blog readers (click kat "edit") - sebelah edit tu ada nampak perkataan public. So dekat situ pilih "private" > then save.

      Delete
  4. Dulu menulis blog jadi part of my self theraphy, now rasa sedikit penat bila nak menulis. Harapnya minat tu tak hilang terus

    ReplyDelete
  5. Blog Cie banyak cerita makan je. Hihi. Taktau juga niche apa. Kekadang share pasal holiday, pasal makanan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !