Entry ni sebenarnya version re-update 😅. Entry ni bukan tips kerja, aku belum betul- betul kukuh untuk bagi tips kerja. Tapi ianya sekadar borak kosong, dan apa aku fikir. Oh ye, actually ni entry lama tau. Aku re-update semula. Maklumlah, algorithm ni berubah, dulu benda ni tak pernah sangat naik dekat blog aku, tapi sekarang tiba-tiba random muncul balik sampai masuk top 10 carta blog Farah 🫣. Jujur cakap, bila “diary” lama naik semula, mood introvert terus datang sebab rasa malu sendiri baca balik 😭. Tapi bila fikir semula, itu juga sebahagian proses hidup dan pengalaman yang pernah dilalui. So sebab tu aku decide, update semula entry ni.
Pasal kerja pula, bila dah hampir 8 tahun bekerja dan dah masuk 3 company dengan department berbeza, memang banyak benda yang buat aku sedar, yang kita perlu sentiasa kena belajar (even berapa tinggi level education kau). Kadang aku rasa benda basic pun ambil masa nak faham 🫣. Sekarang aku lebih cuba jadi tenang, humble, fokus buat kerja sendiri dan belajar kawal stress bila tiba “heavy time”. Kalau dulu aku jenis takut nak bersuara, sekarang kalau rasa sesuatu tak betul aku akan spoke out.
Setiap company memang ada environment dan cabaran masing-masing, termasuk bab toxic, cuma pengalaman lama banyak ajar macam mana nak adapt dengan lebih baik.

Dalam kerja ni, senang cerita setiap orang akan ada pengalaman “social” dekat tempat kerja yang berbeza. Dan ini adalah antara Perkara Yang Aku Wish Aku Tahu Lebih Awal Tentang Cara Social di Tempat Kerja
Tak kisahlah siapa kau, apa kau. Tapi kalau dah kerja, kerja je. Buat kerja dengan baik, lepas tu balik 😅. Benda boleh baiki, baiki. Kalau rasa dah “tak boleh go” jangan push diri. Kalau masih muda, boleh teruskan perjalanan, cari company lain. Jangan lah stay terlalu lama kalau usia kita ni muda. Kalau umur macam I 30++ pun, ada je peluang untuk move pada kerja lain. Tapi apa pun, setiap apa kita buat kena fikir commitment, keluarga (bagi yang dah berkahwin). Kalau single, commitment pada diri dan parents ✌🏻.
- Aku dah sedar, yang buat hal sendiri dan focus kerja sendiri tu lebih tenang. Dan tak perlu paksa orang untuk rapat, atau faham kita tu adalah benda paling safe. Accept siapa yang boleh accept kita. Kalau orang ignore, biar je. Sebab reaksi, cara fikir dan apa orang cakap tentang kita, or pasal topic lain tu semua, bukan dalam kawalan kita.
- Belajar kawal diri — jangan overreact, jangan oversharing, dan kena pandai baca situasi. Memang bukan mudah nak faham orang atau baca reaksi orang, tapi pengalaman akan banyak ajar kita perlahan-lahan.
- Jaga hubungan dengan orang office secara professional. Tak perlu rapat dengan semua orang, cukup tegur dan senyum. Jangan ada rasa nak dengki, sebab kita tak tahu bila kifarah datang dekat diri sendiri.
- Communication skills sangat penting dan benda ni memang kena sentiasa improve. Boleh belajar melalui pembacaan, podcast, pemerhatian cara orang bercakap, atau pengalaman sendiri dekat tempat kerja.
- Belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Untuk aku faham journey aku, aku push diri sekarang untuk tulis journal secara ringkas, tengok apa yang perlu diperbaiki dan macam mana nak belajar lenturkan ego sedikit demi sedikit.
- Pada aku setiap tempat kerja ada cabaran dan pengalaman berbeza. Apa yang kita lalui tu sebenarnya banyak mematangkan cara fikir, cara adapt dan cara handle situasi. Walaupun ada benda yang aku sendiri banyak kena baiki, dari all aspect, tapi sekarang aku suka diri aku yang tengah slow untuk belajar tentang diri. Well, lain - lain, biar ia tersimpan rapi dalam journal sendiri.
- Dan aku percaya pada kata - kata, selagi masih ada rezeki dan peluang bekerja, gunakan peluang tu untuk terus belajar dan perbaiki diri. Kalau nak berubah, lebih baik buat dalam diam tanpa perlu terlalu banyak update pada orang. Kalau nak update, update pada trusted people. Setiap orang memang perlukan seorang pendengar yang baik.
- Kalau rasa terlalu stress atau mental penat, jangan takut untuk cari bantuan professional seperti kaunselor. Kadang kita memang perlukan orang bantu kita susun semula apa yang kita rasa.
Well, dekat mana - mana sama.
Jadi aku pegang pada kata - aku belajar untuk professional dengan sapa professional dengan aku. Aku hormat orang yang hormat orang. Aku pegang pada peluang yang HOD, senior, ketua, atau bos aku bagi. Selagi ada peluang, selagi ada benda yang aku boleh betulkan, aku akan cuba sebaik aku.
Sebab setiap hari kita belajar benda baru. Setiap kesalahan perlu di perbaiki. Pengalaman aku hanyalah sikit, berbanding dengan orang lain. Baru berapa tahun, dan aku rasa aku masih banyak benda kena belajar. Aku masih belum ada rezeki, untuk capai matlamat aku. Sedih. Tapi setiap pengalaman tu mengajar aku.
Thanks untuk keadaan sekarang, yang ajar secara tak langsung untuk nampak sesuatu benda tu lebih positive. Sekali lagi entry ni, bukan tips kerja. Tapi perkara yang aku wish untuk aku tahu awal.
Dan mungkin, status dekat bawah ni pun selalu kita dengar.



Kesimpulannya, pengalaman di tempat kerja banyak mengajar tentang cara mengawal diri, berfikir secara matang dan memahami bahawa tidak semua perkara berada dalam kawalan kita. Apa yang penting ialah fokus pada perkembangan diri, belajar dari pengalaman sendiri dan orang lain, serta mengekalkan sikap profesional dalam setiap situasi.
Dalam kerja ni, setiap orang melalui cabaran yang berbeza, jadi proses untuk faham orang, adapt dengan persekitaran dan bina kemahiran komunikasi memang mengambil masa. Yang paling utama, terus perbaiki diri secara perlahan, jaga kesihatan mental, dan hargai setiap pengalaman sebagai proses untuk menjadi lebih baik.

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.