Cerita tiru resepi - resepi di media social (part 1)

Farah
0
Mungkin lepas minum secawan kopi, lalu terasa nak update blog. Moga esok tak lesu, sebab biasanya Jumaat tu hari busy aku, untuk nak settle - kan kerja weekend sekali. 

Assalamualaikum, and hai. Pertama sekali, aku ni tak adalah pandai dan rajin mana masak, paling pandai masak nasi goreng jer guys. Tapi apa pun, kadang ada rasa nak cuba few resepi, yang orang share di media social. Kalau rajin follow, tapi ada jer tak tulis di blog. Kali ni, baru terasa macam nak share kat blog. Tak apalah blog kita wakkkk, why not hehehe.

Semua ni cerita throwback. Bukan blog Farah, kalau tak pernah ada entry throwback tu.

1. Sambal Goreng Pengantin
Dah lama sangat nak masak sambal goreng penantin ni. Tapi hari tu masa raya, baru first try and rasa fail sikit sebenarnya. Mungkin kena practice lagi kot. Untuk Sambal Goreng Pengantin ni, aku memang cari TikTok Singaporean. Kebetulan ada seorang pengguna TikTok dari Singapore  share resepi ni, jadi aku follow la resepi tu. 

Cerita tiru masak raya dan tiru resepi - resepi di media social (part 1)
Tak amik gambar proper pula. Itu jela gambar yang ada. 
Well basically oklah, cuma perlu kan banyak improvement dari diri sendiri. 
Honestly, tak berapa rasa sedap ye. Aduhai 🫣.

2. Mee Kari
Ni Kali kedua aku masak Mee Kari. Kali ni follow resepi dari kawan blog saya - Kak Suzie, tapi ada juga tambah beberapa bahan,  tips yang aku baca dari Threads.

Cerita tiru masak raya dan tiru resepi - resepi di media social (part 1)
So ni Mee Kari saya. Also ok, tapi ada kena improve juga. Rasa dia ok, not bad.

Senang rupanyaaaa buat Mee Kari ni. 

Oh ok, ni entry Kak Suzie, korang boleh follow tau :-

P/s: cuma buah keras takde. Daun Kari lupa letak. 

Tapi ada tips dekat Threads cakap, letak 1 packet kecil rempah kurma. Dan lagi satu cakap, rebus kentang, blend, masukkan dalam kuah kari tu untuk pekatkan kuah. 2 tips ni, aku follow dan masukkan dalam kuah Mee Kari aku.

Cerita tiru masak raya dan tiru resepi - resepi di media social (part 1)
Semua bahan - bahan lain, aku rebus betul - betul. Sejenis tak reti nak main celur - celur. 

Ni aku pack untuk kawan - kawan, since we plan nak buat potluck raya. I choose buat Mee Kari. Entry tu tak update lagi, next will update ok. Tapi biasalah wakkkk, kita suka update entry throwback gitewww.

3. Mee Hoon Sup
Sesungguhnya, Mee Hoon Sup pun aku tak pernah langsung buat. 2 hari tengok YouTube Che Nom tu, hadam macam mana Che Nom buat. Kawan kat office pun cakap, better follow Che Nom punya resepi, mostly memang menjadi. Details beliau terangkan.

Cerita tiru masak raya dan tiru resepi - resepi di media social (part 1)
Taraaaa….. Mee Hoon Sup saya.
Yang ni boleh dikata kata menjadi. 
Alhamdulillah.

So ni purposely masak untuk birthday Mak tempoh hari.
Hari sebelum,beli barang after balik kerja. Esoknya balik kerja, masak pula. Adik pun dah keluarkan bahan aku beli, so senang. Tinggal masak. Bawang pun adik dah tolong kupaskan, macehhhh adik saya hehe. 

Resepi Mee Hoon Sup Che Nom


Sekian geng. Walaupun tak busy dengan kehidupan tapi saya jarang masak. Hahaa tp maybe, next?
Bila lagi I nak rajin try resepi lain ek 😅🙃✌🏻.

Thanks anyway singgah baca, and the reason tulis entry ni sebab rindu nak tulis sesuatu di blog saya.  




Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !