Cara mudah baca dan tinggalkan comment di blog | Assalamualaikum, sekali lagi huda rasa nak edit, dan republish entry lama supaya ia tampak fresh dan mudah di baca. Entry kali ni berkisar tentang cara mudah baca dan tinggalkan comment di blog.
Umum tahu, blog merupakan salah sebuah diary digital bagi mereka yang gemar menulis tentang lifestyle, pengalaman, info, minat, dan pelbagai topic lagi. Biarpun zaman kegemilangan blog tidak serancak awal 2000-an dulu, tapi percayalah setiap blogger ada pembacanya sendiri. Mana datang pembaca semua tu? Para pembaca akan hadir bila, keyword yang seseorang cari di Google, dan keyword tu sama dengan apa yang di tulis oleh seorang blogger, besar kemungkinan para pembaca akan klik dan baca entry blogger tersebut. Itu sebabnya ada entry ini. Entry ni, akan membantu korang untuk lebih mudah excess, baca, tahu function blog, dan tinggalkan comment di blog tersebut.
Untuk pengetahuan umum, para blogger biasanya akan menulis random topik tentang lifestyle, info, minat, pengalaman, atau apa jua topic yang berkaitan niche mereka. Disebabkan itu, blogger dah mudahkan pembaca untuk pilih topic berdasarkan beberapa kategori di blog mereka. Dalam entry ni, huda share cara mudah untuk korang access ke blog mereka.
Ini adalah contoh, jika korang cari ‘keyword’ dan beberapa result akan keluar di carian tersebut. Biasanya korang akan click secara rawak.
Bila korang dah click entry secara rawak, korang akan di bawa ke entry yang korang click tu.
view blog farah jika korang buka sesuatu entry.
Jika anda ingin info lanjut, boleh teruskan bacaan entry ni.
Penerangan selanjutnya dibuat dalam bentuk gambar.
Cara mudah baca blog, bila you guys click link sesebuah entry blog
1. Entry blog
Nota : Maaf ye jika blog Farah ni banyak Iklan dari Google.
2. Penerangan untuk baca entry dan item penting yang berkaitan (picture).
Setiap keyword yang berwarna biru, atau warna lain tu di dalam sesebuah entry, maksud perkataan tu telah di linkkan (dipautkan) ke sesebuah entry, atau page lain. Ianya membolehkan para pembaca click, dan baca entry lain di dalam keyword yang sama.
Di bawah ni pula penerangan lanjut, bila korang scroll sampai diakhir entry.
If nak baca entry lain di sesebuah blog, boleh refer gambar dibawah ini.
Kalau korang perasan, ada beberapa blogger akan buat Label. Label ini adalah keyword specific yang digunakan oleh para blogger bagi memudahkan para pembaca untuk baca topic yang berkaitan.
Reason kenapa dalam blog pun ada banyak keyword?
- Penggunaan keyword sangat penting untuk blogger, supaya sesebuah entry blog match dengan carian di Google. Bila gunakan keyword yang sesuai dengan carian, ianya akan tarik pembaca yang berminat dengan sesebuah topic tersebut.
- Bantu Google faham topic blog kita. Contoh, seseorang blogger guna keyword “cara baca blog” dan kerap di sebut di dalam entry. Ianya mudahkan Google faham yang entry tu tentang ‘cara baca blog’ dan lebih mudahlah sesebuah entry tu naik dengan first page google. Bila sesebuah entry tu berada di halama pertama google, besar kemungkinan ramai yang akan baca entry tersebut.
- Keyword merupakan element penting dalam SEO Google. SEO merupakan salah satu teknik untuk pastikan sesebuah blog, atau laman web senang dijumpai melalui engine carian, contohnya Google. Untuk lebih faham topic ni, korang boleh Google dan baca di laman web yang terangkan more tentang SEO Google ni.
Betul tu kat blog banyak main keyword tapi tu la kekadang susah jugak nak jadikan teranking. Hihi
ReplyDeleteYe, susah. Lagi saya ni, skrg sangat jarang update blog 🥲. Nak kekalkan rank blog pun payah sikit 🙈.
DeleteSaya main belasah je bab blogging ni, tak tengok pun SEO dan ranking2 ni hehe. Tulis sekadar hobi je dan utk kenangan / rujukan di masa depan.
ReplyDelete