Selepas tengok review, terus beli bag kat Shopee | Sekarang ni mudah, semua di hujung jari. Tapi tu masalah juga kadang, masalah dia bila tengok benda viral, aku dalam hati berkata….Please la, jangan keluar kat FYP aku banyak kali. Bahaya. Aku sampai hampir terfikir - fikir, bila tengok review korang tu. Masing - masing nak review, letak bag kuning. Adoi pening la macam ni. Kita bukan apa wak, kita save tau korang punya video kat tiktok kita tu. Untuk kita fikir. Tu buka tiktok, kalau buka shopee pun sama, eh terkeluar juga wak. Bila dah dekat dua bulan, dia keluar iklan dan review sana sini, kita add to cart terus. Dah seorang Huda, terpedaya beli bag hasil review korang tu 😌.

Bag ni la, hasil yang terpedaya selepas tengok review - review tu. Ni cerita throwback - kejadian tersebut bulan 1 yang lepas. Bag murah, bawah RM50 kot bag ni. Actually, Huda memang dah lama sangat nak totebag yang size medium macam ni, memandangkan huda tak suka totebag yang besar.
Medium bag, dan simple. Senang nak bawa ke mana - mana.
Basically bag ni, dia ada 2 tali. Satu tali pendek, yang boleh pegang je macam dalam gambar. Satu tali sholder.

Bag ni kira reward, untuk diri sendiri ✌🏻.
Kalau baju, aku suka warna pelbagai tone. Tapi untuk bag, tidak. Bag aku, tak warna hitam, warna putih, kalau bukan warna putih, warna nude. Bukan apa tau, aku malas nak fikir, jadi aku pilih warna selamat yang senang nak match dengan pelbagai tone warna baju aku.
Simple.
Bag ni simple. Tak ada compartment (seperti gambar di bawah) :

Kelebihan bag ni, sebab dalam dia, luas. Boleh letak banyak barang.
Kekurangan bag ni, dia tak ada any compartment. Tapi kita sebagai pengguna kena pandai arrange, supaya barang - barang kita tak terabur.
Bag ni, aku khaskan untuk bag kerja aku.
Kira ni, dah jadi bag favorite aku usung sana sini, waktu pergi, dan balik office.
And finally….Rezeki dapt totebag yang size medium dan kena dengan preference huda selama ni.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.