Cuba Kopi Gantung Viral Perlis pula

Assalamualaikum =D

Semalam pergi Pasar Malam area rumah. Pasar Malam yang tak besar mana. Sikit, tapi masih boleh “have fun” dalam pilih makanan yang ada. Kalau banyak sangat pun, tak boleh. Sebab kang, tak tau nak beli makanan mana satu hehe. Jalan punya jalan, ternampak pula “Kopi Gantung Viral Perlis,”.

Kopi Gantung Viral
Tentang rasa. Rasa dia sedap, dan kena dengan taste huda.

Huda jenis tak boleh rasa kopi pahit sangat, nanti pening dan sakit kepala. 
Kopi tu kena manis sikit.

Kalau beli kopi gantung, atau kopi ikat tepi ni jangan la dok gantung kat kereta korang gitu saja. Ada tertumpah kang. 

Kopi Gantung Viral
Letak dalam mangkuk, atau tempat yang selamat macam ni.
Atau minta je dalam cup.

Senang. Korang drive pun, air tu tak akan tumpah.

Since huda nak terasa beli air “ikat tepi”, so huda beli je Kopi Gantung Perlis.

Cakap pasal air ikat tepi, teringat kisah first time beli air yang diikat tepi masa huda study kat Pahang. First day duduk hostel, pakcik tu bagi milo ais ikat tepi. Sis terkezut guys. Siap, sis takutlah air sis tiba - tiba tertumpah ke apa. Mujur tak jatuh, dan tumpah. Iyelah, since dia ikat tepi, so kita pegang tepi je kan. Sebab tu takut tumpah, masa tu. Dekat JB mana ada air ikat tepi bagai, tapi kat kolej kediaman sis, semua jenis air diikat tepi.

Lately jelah kat JB ada ikat tepi, tu pun kopi. Kopi viral, and harga dia tak murah. 

p/s - Alhamdulillah, bulan ni tak addicted coffee, tapi terasa nak minum coffee hehe. Cukuplah huda addicted coffee last month

Untuk coffee ni, memang ada orang suka dan boleh minum coffee most of the day. But not for me, sebab nanti adalah side effect dia, pening, sakit kepala dan rasa tak sedap badan.

Sekarang kan, banyak je coffee fest event area JB pun. Tapi huda tak pernah pergi sebab bukan peminat coffee.



Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.