Review Drama - Saat Kau Takluk Cinta Ini

Assalamualaikum, =D

Orang kata, drama melayu ni klise. La, klise tu la hiburan. Waktu kita penat dok hadap laptop or computer seharian, dekat office. Time - time penat tulah, kita kena ambil masa or peluang tengok movie or drama pilihan kita. Last week, I choose untuk marathon drama "Saat Kau Takluk Cinta,". Drama ni, diadaptasi dari Novel, juga tajuk yang sama. 

Saat Kau Takluk Cinta Ini, dilakonkan oleh dua pelakon yang kini kian menghiasi kaca televisyen - Idris Khan, Intan Najwa. For me lakonan diorang berdua ni, not bad jugalah. Ok terus kepada Review Drama - Saat Kau Takluk Cinta Ini.

Saat Kau Takluk Cinta ini mengisahkan dua keluarga yang berbeza latar belakang, dan mempunyai kisah tersendiri. Rahhal seorang lelaki yang berkelulusan tinggi, dan sudah pun bekerja di luar Negara bersama rakan - rakan karibnya. Tetapi dia terpaksa melepaskan kerjayanya di sana, sebab mak dia sakit kuat di kampung. Dia berkorban demi menjaga ibunya, memandangkan dia seorang anak tunggal.

Kisah Haira pula agak tragik, di mana dia telah dihalau oleh ibu dan bapa tirinya akibat sebuah fitnah. Keluarga tirinya percaya pada cerita tersebut, dan Haira terpaksa membawa diri jauh dari keluarganya. 

Lepas je kena halau dari rumah, Haira meminta pertolongan Fakhril, sepupu kepada Rahhal. Atas pertolongan tersebut, Haira terpaksa merialisasikan kehendak Fakhril, yang nakkan harta peninggalan atok mereka (Fakhril dan Rahhal). Atau dalam kata lain, tolong Fakhril jatuhkan Rahhal. Entahlah, si Fakhril ni dia dendam apa agaknya, dengan si Rahhal tu. Dengki benooo perangai dia tu ek.

Pertolongan itu juga, adalah satu "balasan budi, ataupun bayaran balik", terhadap pertolongan yang diberikan Fakhril sebelum ni.

Hasiyh aku yang geram dengan si Fakhril tu tau.


Review Drama - Saat Kau Takluk Cinta Ini


Yang si Haira pun pandai beno berlakon, dan sembunyikan cerita sebenar dari Rahhal dan keluarga. Mula - mula Rahhal tu nak kasi tumpang kejap je, kat rumah dia. Tapi bila Haira demam, jadi lama pula. Entah macam mana, si Rahhal boleh melamar Haira jadi isteri dia. Haira terima, sebab tengok si Rahhal tu baik.

Tapi dalam kebaikan yang diberikannya kepada Rahhal sekeluarga, dia terpaksa "tolong" si Fakhril ni juga. Yang si Fakhril punnnn, kemahen ugut sana sini. Kesian si Haira. Perbuatan Haira dah kantoi dekat Rahhal, sebab Rahhal terjumpa geran tanah yang dah dicop. 

Rahhal terus rasa dikhianati. Yelah, orang dah iikhlas terima kau bagai, lepas tu kau khianat kepercayaan tu. Sapa je tak geram. Isteri sendiri pula tu, buat macam tu. Kira macam usaha yang Rahhal buat selama ni, musnah sebab si Haira.

Disebabkan perbuatan si Haira tu, berlakulah perselisihan faham. Rahhal pun tinggalkan dia, lepas beberapa hari mak dia meninggal dunia. Haira stay kat kampung, lama juga. Dia stay, nak tunggu Rahhal balik. Hampir dua tahun dia tunggu, tak balik - balik. Last - last dia balik KL, dan balik semula ke rumah mak dan ayah tirinya.

Bila dekat KL, takdir telah menemukan mereka semula.
Apa yang akan jadi selanjutnya? Dapat ke mereka bebaik semula? Atau mereka bersama semula?

Bolehlah tengok drama ni dekat iQIYI. Download app dia je sonang, hehe.

Selamat menonton guys.

p/s: since ter-down iQIYI punya app tu, kemahen ekkk aku dok marathon cerita melayu mana yang tak sempat tengok. Hai maklumlah, bila dah kerja ni, mana nak sempat layan drama. Penat, tidur hehehe. 

3 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. I love lakonan dorang dua. First tengok dalam Tuan Danial.

    ReplyDelete
  2. Best cerita ni tapi layan da nak habis cerita ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.