Staycation Amansari Desaru dan dapat package Desaru Coast

Assalamualaikum

Bila kerajaan dah umumkan pembukaan pelbagai industries, termasuk industri pelancongan inilah peluang keemasan kita untuk pergi bercuti. Dengan kelonggaran yang kerajaan bagi ni, pasti ramai yang dah set siap - siap, ke mana destinasi yang harus dituju bukan? Kalau sebelum ni, hanya sektor pelancongan di Langkawi sahaja di buka, kini rata - rata negeri di Malaysia, sudah boleh dilawati. Bercuti dalam Negara pun best. Banyak sangat tempat yang boleh dikunjungi dalam Malaysia tau. Tapi kali ni, huda nak share cerita huda dan kawan - kawan blog pergi bercuti, dan staycation dekat Amansari Desaru, Johor. Menariknya, package kami pilih ini, merupakan package room + ticket ke Desaru Coast.

Amansari Desaru Hotel
Perkarangan Amansari Desaru, Johor.

Amansari Desaru Hotel
Lobi Amansari Desaru, Johor.

Harga pun berpatutan. Untuk pengetahuan semua,  Amansari Desaru merupakan salah satu hotel 3 bintang, yang terletak di Bandar Penawar, Johor. Masuk je dari Tol Desaru, korang dah boleh nampak bangunan hijau dan putih, yang tersergam indah. Hotel ini, terletak betul - betul bersebelahan dengan Petronas dan belakang tu ada SKS Mall. 

Apa yang menarik, sekitar Amansari Desaru ni terdapat pelbagai kemudahan. Ada SKS Mall, KFC, Secret Recipe, gerai makan thai, ada shopping complex, pokoknya semua ada. Kalau korang nak main bowling, boleh singgah SKS Mall. Dekat SKS Mall pun, macam - macam ada, termasuklah ada DIY, kedai - kedai jual tudung, baju (Ya Allah, serious talk, kalau perempuan ni mesti tersangkut sebab harga berpatutan), dan ada juga satu kedai menarik ni, menjual perkakas dapur, dari perkakas dapur kat rumah, sampailah perkakas dapur untuk meniaga. Kalau nak beli barang business makanan pun, boleh singgah sini).

Amansari Desaru Hotel

Jom kita buat room tour. Huda amik package Family Room + Ticket Desaru Coast. Untuk Family Room ni, tak silap harga start from RM260++. 


Room Tour, Family Room - Amansari Desaru Hotel
Ruang tamu luas.
Ada meja makan, boleh kopi - kopi, buat teh, ada peti ais.
Santai - santai tengok TV.

Room Tour, Family Room - Amansari Desaru Hotel
Katil Queen. Boleh muat 2 or 3 orang.
Siap ada TV. Konon - konon before tidur, boleh tengok TV githuuu.

Room Tour, Family Room - Amansari Desaru Hotel
Kerusi ni, merupakan sofa bed. So kalau ada family lebih dari 3 orang boleh lah tidur kat sofa ni, or kalau ada nak tambah katil (yang ni kena tanya pihak hotel).

Personally, family room ni besar, dan selesa.

Room Tour, Family Room - Amansari Desaru Hotel

Room Tour, Family Room - Amansari Desaru Hotel
dalam bilik ni, ada almari pakaian (siap ada peti simpan barang kemas), iron pun ada, hair dryer, 1 toilet (without bath tub).

ada cermin kecik, so kita as perempuan bolehlah makeup kat situ.

ROOM TOUR (video) - Instagram Reels - byfarahh

Room Tour, Family Room - Amansari Desaru Hotel
Bilik huda dapat ni, tingkat 12. Kalau stress boleh tengok pemandangan luar gitu. Serious cantik sangat pemandangan dia. SubhanAllah.

Room Tour, Family Room - Amansari Desaru Hotel
Cantikkan? Huda sendiri rasa teruja ya amat. Rindunya pemandangan ni. Dan rindu sangat nak staycation dekat Bandar Penawar. Maklumlah I ex-student kat area sini.

p/s: jangan tengok bawah sangat. Huda lama - lama pun gayat. Kejap - kejap boleh.


Desaru Coast
Lepas lunch, dan zohor, kiteorang gerak pergi Desaru Coast pula. Ini kali pertama kot, huda singgah ke Desaru Coast. Alhamdulillah, tak adalah sesak sangat, sebab pergi hari Jumaat. Tapi still ramai orang, sebab kat Johor ada half yang bercuti, dan ada yang bekerja. Huda amik cuti Jumaat tu.

Desaru Coast Malaysia

Desaru Coast Malaysia
Tiket yang dibeli dengan package bilik.
Kalau ada nak buat penambahan ticket Desaru Coast ni dengan Amansari Desaru, Hotel. Korang just tambah RM45 each ticket.

Desaru Coast Malaysia

Desaru Coast Malaysia
Kalau agak tersesat, boleh refer map ni.

Desaru Coast Malaysia


Desaru Coast Malaysia
Penawar Falls,


Desaru Coast Malaysia
Tidal Wave Beach
Pukulan ombak dia, kuat. best juga layan beach kat sini. Seronok dapat main ombak.

Awas, jangan duduk near tebing. Kalau ombak datang, mau sakit badan. Better dok tengah - tengah tu, at least tak sakit. Seronok je melayan ombak hehe.

Desaru Coast Malaysia
Ni tempat mainan budak - budak.

Desaru Coast Malaysia
Pemandangan ketika lewat petang

Desaru Coast Malaysia
Budak - budak pun boleh main kat sini. Pakai safety jacket. Even yang dewasa pun, dinasihatkan pakai safety jacket. Sebab kalau dipukul ombak tak adalah sakit sangat badan tu.

Dan kalau yang tak reti berenang macam huda ni, sangat memudahkan kalau pakai safety jacket.

Amansari Desaru x Desaru Coast

Untuk tempahan, boleh layari laman web - https://www.amansarihotels.com/

Makan - Makan dekat Amansari Desaru, Johor.

Ini antara menu kalau buat gathering/atau meeting dekat Amansari Desaru, Johor.

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel


makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel


makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel

makan dekat Amansari Desaru Hotel
All photo taken by me - @byfarahhdotcom

Rakan media Johor/Blogger Johor

Rakan media Johor/Blogger Johor
Part of JDT Blogger =D

Rakan media Johor/Blogger Johor

Rakan media Johor/Blogger Johor
Thank you semua! =D
Till we meet again. A very nice staycation with you guys.

See u guys again, InsyaAllah =D

farah nama diberiLast day, so kita selfie with pemandangan kat luar hehhehee.

Ada lagi benda nak story, huda tulis entry one by one dulu =D

6 comments:

  1. kem salam yang sheisfarahain tu yer 不不不不不

    ReplyDelete
  2. best juga ni. paling best sebab ada waterpark. seronok la mandi manda.

    ReplyDelete
  3. wah bestnya! boleh merancang untuk ke sini juga nanti

    ReplyDelete
  4. Enjoy sangat korang yaaa.. bestnya lahaiii..
    Nanti kalau ada kerja di sana, nak stay sini laa.. suka masuk SKS depan hotel dia...

    ReplyDelete
  5. bestnya...macam nak repeat pi lagi kat sini

    ReplyDelete
  6. syokkan.. macam tak nak balik nak repeat lagi hehehe

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.