Mood tengah nak baca buku dalam 'waiting list' | Suka baca karya Damya Hanna

Assalamualaikum, =D

Mood tengah nak baca buku dalam "waiting list". Apa maksud buku dalam "waiting list" ni? - ianya bermaksud, buku yang dibeli tapi hanya disusun dalam rak. buku - buku tersebut, akan dibaca bila you ada 'mood', free time, dan time nak rehatkan minda. Trust me, membaca pun boleh buat you rehatkan minda. Even boleh buat kita berfikir, bila kita decide untuk baca buku yang berbentuk motivation. So kalau nak rasa macam 'dunia fantasi' kejap, baca lah novel. 


koleksi buku byfarahh
Antara koleksi buku byfarahh (ni antara je, nak amik yang lain I segan hehe).

buku ni semua dah dibaca, 2 rak ni antara favourite buku. "Waiting list", rak bawah tu.

Bila dah 'tua' ni, kurang sikit baca novel. Mungkin dulu dah rasa 'syok' sangat baca novel. Dari sekolah menengah, sampai ke diploma huda 'gilaaa sakan' dengan novel. Ada je nak beli novel, masa tu. Sekali beli, kadang bukan 1, tapi 2. 2 tu pun rasa tak cukup. Sebab tak sampai sebulan je dah habis. Since huda sambung belajar kat Pahang, time tu memang dah 'slow' baca novel. Saja busy kan diri dengan study,  aim nak habiskan studies on time. Alhamdulillah, berjaya habis on time.

Masa kat Pahang kan, kalau huda baca novel je. Huda terus tidur. Baru baca satu muka surat, dah ngantok. Sekarang pun. Sebab tulah sekarang, kalau rasa nak beli novel je, baru huda beli. Tak 'gila novel', macam zaman remaja dulu.

Suka baca novel karya Damya Hanna
But aim, nak beli novel on January 2022, sebab kak Damya Hanna nak keluarkan novel lagi. Ya Allah, huda really - really fanatic dengan novel karya Damya Hanna since umur huda 14 tahun. Opsss, kantoi pula. Huda start baca novel "Bicara hati" karya Damya Hanna. Start dari situlah, huda suka sangat dengan semua karya Damya Hanna. Bayangkan novel yang ada sambungan even dah berapa tahun pun, huda sanggup beli! 

koleksi damya hanna - byfarahh
Dua novel ni, baru beli. bulan 3, 2021. 
Saat Kasih bersemi tu, antara novel paling latest (2021), yang kak Damya keluarkan.

Sekilas Kenangan, keluaran tahun 2020. Tapi 2021 baru huda beli hehe.

koleksi novel damya hanna - byfarahh
Oh mai god! I dapat tanda tangan kak Damya Hanna. Ni beli direct dengan Kak Damya. 

Pernah tau, dulu tiap kali ada pameran buku kat KL tu rasa nak pergi. Dapat gambar and tanda tangan pun ok. Tapi fikir KL, jauh nau. But at last I dapat gak Kak Damya punya sign.

Dia rasa macam "awwwww", sebab favourite novelis kan. Sama juga kalau those minat kpop tu, rasa best je kalau dapat beli album yang ada poster or tanda tangan diorang hahaha :P.


koleksi novel damya hanna - byfarahh
Antara koleksi - koleksi buku terbitan terdahulu, karya Damya Hanna.

Siap berbalut. Siap letak tag nama. 
Semua buku dalam simpanan, memang nampak cantik lagi walaupun dah lebih 10 tahun. 
Tips : jangan buka buku "terbuka besar". Aim supaya tepi buku tu tak berbekas.

Banyak je novel dah bagi orang, hehe. Tahun ni. Tu pun "gagahkan hati". Serious tak gagah, sebab entah sayang. so tahun 2021 ni, huda "besarkan" hati to not keep my old things and bagi orang. Tapi yang I suka, I simpan lagi.

koleksi novel damya hanna - byfarahh
Nilah dia maksud huda, kalau ada buku sambungan huda beli.
Saat Cinta Bersemi, huda beli 10 years++ back. 

Saat kasih bersemi, diterbitkan 2021.

Sebenarnya cerita dia sama, sebiji! Cuma kak damya hanna olah menjadi lebih menarik, ada tambahan cerita, dan tambahan bab. tu lagi menarik. 

awww I love the new version! =D

p/s: nanti I buat review tau, nak buat review tapi MasyaAllah hahaha. Tahu jelah, huda kan update blog time weekdays (belah malam), weekend. I think, I need schedule my time lerr. Dia macam terlari tempoh jap ni, dulu rajin buat schedule topic untuk blog. 

Panjang pula story, ingatnya tadi nak buat short entry (peach) =D

6 comments:

  1. Akak pun banyak buku dalam waiting list ni, Farah. Masalahnya, baru baca dua tiga muka, buku dah tersembam, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Sama la. kita ada tiga dalam waiting list. tak ada mood nak baca. haha

    Damya Hanna antara penulis favorite masa minat novel dulu.

    ReplyDelete
  3. kalau dulu kan, memang suka sangat baca novel, boleh habiskan sehari je kalau bac novel.Memang tak jadi keje la jawabnya.Tapi lama dah meninggalkan novel-novel ni..Novel pun banyak entah ke mana.Mak sedekah kat orang kot

    ReplyDelete
  4. wah sama lah feveret author kita. Damya Hanna..

    ReplyDelete
  5. Noelnya memang best best...tapi sekarang pun aku jarang dha baca..terrsangat jarang

    ReplyDelete
  6. Ammi sekarang ni mood membaca kelaut..boleh tak kadang-kadang baca satu novel sampai 5 bulan?

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.