Doctor 2021 (Tamil Movie) dekat Netflix, Review in Malay

Farah
3
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Ni second movie Tamil yang aku review dalam blog. Untuk baca review movie/drama boleh click link ni. Hari tu, aku tertengok movie Tamil, berjudul "Doctor", yang juga baru ditayangkan pada 9 October 2021. Movie Doctor ini berkisar tentang seorang doctor miliary (Varun), ex tunangnya (Padmini), dan keluarga ex - tunangnya, yang mencari Chinnu. Chinnu telah diculik di sekolah.

Ini sinopsis, dan misi mereka mencari Chinnu dalam Movie Doctor 2021 yang ditayangkan di Netflix.

Movie Tamil Doctor 2021
Dalam misi pencarian ni, ada diselitkan agenda yang kelakar juga. 

Pada hari tu, keluarga Varun ke rumah Padmini, untuk menyelesaikan isu di mana Padmini nak putuskan hubungan pertunangan mereka, sebab Padmini cakap Varun macam tak ada perasaan. Selesai perbicangan, keluarga Varun balik dulu, tapi Varun dok minum cendol depan rumah Padmini. Tengah dia sibuk menikmati cendol, tiba - tiba dia ternampak keluarga Padmini ni, kecoh - kecoh dekat luar rumah. Varun pun datang kepada mereka, dan terus tanya kenapa kecoh semua. Rupanya anak sedara Padmini, Chinnu kena culik masa balik sekolah. Of course la, bila isu kena culik, family mana yang tak resah.

Varun promised untuk tolong keluarga Padmini, since dia kesiankan family tersebut, dalam masa sama Varun baik dengan Chinnu. Varun bawa keluarga Padmini ke balai polis, sampai sana diorang buat report, dan ada seorang anngota polis ditugaskan untuk mengawasi family Padmini, iaitu Bhagat.

Mereka tunggu polis untuk mengesan siapa penculik itu, tetapi gagal. Pihak polis, menjelaskan bahawa sudah ramai anak gadis yang dilaporkan hilang, mereka tetap tidak berjaya mengesan siapa penculik itu. Family Chinnu sedih sangat. Varun masih pegang pada janji, bahawa dia akan dapatkan Chinnu untuk Padmini dan keluarga.

Misi mereka cuba merancang untuk cari Chinnu sampai dapat. Ini misi yang agak menarik.

Dengan pantas Varun merancang beberapa strategi sendiri, di bantu Padmini sekeluarga, dan pegawai polis, Bhagat. Rancangan pertama menculik seorang anak pegawai polis yang berpangkat ACP. Tujuan penculikan itu dibuat, bagi membenteras siapa penculik sebenar. Bila anak ACP ni, dah di culik. So ACP rasa macam resah, tahu pula dia rasa resah ek. Tapi sedap - sedap je cakap, "kami tak dapat mencari anak tuan puan, sebab terlalu ramai remaja yang diculik",- pada keluarga Padmini.

Dijadikan cerita, bila anak ACP ni dah diculik. So ACP suruh anggotanya, tangkap kuncu - kuncu yang menculik budak budak dekat bandar tu. Ada weh! Ramai! tu kuncu - kuncu, belum jumpa siapa ketua dia. Tujuan Varun menculik anak ACP, sebab nak tahu siapa penculik sebenar, Chinnu! Dengan bantuan Bhagat, pegawai polis. So dia dapat 3 suspect utama, yang menculik Chinnu.

Dapat. 
Bila dah dapat, tu yang Varun lepaskan anak ACP tu tadi.

Apa yang Varun, Bhagat, dan yang lain buat dengan 3 suspect penculik ni? Dekat sini dah menarik, sebab tiba klimaks cerita. Macam mana, Varun dapat ugut 3 kuncu utama ni, untuk bekerjasama dengan mereka? Macam mana Varun buat, mereka untuk bagitahu siapa dalang penculikan ni? Siapa?

Sampailah Varun jumpa dua dalang utama, si kembar Alvin dan Melvin. 2 orang kembar ni, merupakan orang kanan kepada penculik tersebut. Bila dah jumpa Alvin dan Melvin ni, macam mana pula Varun buat orang kanan penjenayah utama ni, bekerjasama dengan mereka? Dekat sini, Varun cuba 'mencuri perhatian', dengan cara 'memaksa, dan mengugut' dengan menggunakan kedua emosi Alvin dan Melvin. Sampailah, Varun berjumpa dengan suspect paling utama. 

Akhirnya mereka jumpa Chinnu dan budak - budak lain. Dekat sini, banyak insiden yang menyentuh emosi juga. 

Dekat mana Varun gunakan ilmu "doctor" dia?
Dalam movie ni, setiap misi dia akan gunakan ilmu yang dia ada. Seronok weh, tengok doctor ni membenteras jenayah. Kira dalam movie ni, dia membenteras jenayah + kepakaran sebagai doktor (even just little scene).

Apa jadi antara Varun dan Padmini? Adakah mereka akan berkahwin?

Nak tahu kisah sebenar. 
Boleh tengok Movie ni dekat Netflix.

Pada huda movie ni best, best =D


Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Eiiiii suspen pulak. Bila baca sinopsis, lupa pulak pasal tajuk dia Doctor. Bila huda mention 'doctor' tu baru teringat. Ok masuk dalam waiting list. Nak tengok juga!

    ReplyDelete
  2. Wow, thanks for ur info!
    Bebila t leh tonton..Hohoo

    ReplyDelete
  3. dah tengok..pastu gatal hidung masa tu gi makan ubat selsema. siap sambung tengok esok pagi2nya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !