Resepi Maggi Goreng Simple

Assalamualaikum =D

Hai korang. Rehat jap, dari edit blog. Kali ni huda nak share resepi terpaling simple. Campak - campak siap.

Resepi Maggi Goreng Simple ni, tak ada ayam, tak ada telur. Sebab adik aku tengah dok pantang, makan telur dan ayam. At first, aku tak berapa yakin ye. Dengan bismillah, aku campak - campak je bahan sambil doa, hope jadilah.

First time ye, masak tak ada telur dan tak ada ayam (or udang, sotong, udang kering, etc etc yang buat sedap bila masak mee atau maggi).

Resepi Maggi Goreng Simple byfarahh

Alhamdulillah diterima baik, dan adik cakap sedap ye. Tapi. (Ada tapi ye). Tapi pedas (alamak, saya terletak cili padi lebih hehe).
Uiiiii, sapa tak kembang seh bila orang puji dia masak.

So ini dia, Resepi Maggi Goreng Simple

Bahan - bahan
Maggi Kosong (Jenama Cintan) - yang ni memang untuk masak.
1 biji bawang besar - potong kecik
2 ulas bawang putih - potong kecik
5 batang cili padi (ikut tahap pedas korang) - potong kecil.
1 kiub ikan bilis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat manis
Garam, ajinamoto secukup rasa
Daun kari
Kentang - potong dadu. Dan goreng dulu kejap.
Fish Ball


Cara memasak.
1. Rebus dulu Maggi jenama Cintan. Dah rebus, toskan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, kiub ikan bilis. Tumis sampai masak.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair, kicap pekat manis. Gaul rata, dan biar sampai mendidih.
4. Masukkan kentang (yang telah digoreng), fish ball, daun kari. Gaul rata.
5. Masukkan maggie yang dah direbus. Gaul rata.
6. Biarkan mendidih kejap. Bila dah masak, boleh hidang.

Simple sangatkan?
Selamat mencuba.

p/s: huda jenis suka simpan resepi yang direka dalam blog. So in future huda boleh refer semula hehe.

Thanks kat kawan - kawan masa study kat Pahang, sebab ajar huda masak simple - simple dulu. Personally, first belajar masak simple masak spaghetti. Lepas tu terus laaaaa, kalau nak jimat masak sendiri.

4 comments:

  1. pedas2 tu sedap.. kalo pedas sgt lidah kebas xrs ape dh.. haha

    ReplyDelete
  2. Baca memalam ni lapo pulak. esok pagi la buat sarapan. hehe

    ReplyDelete
  3. masak simple pun sedap juga. yang penting kerajinan

    ReplyDelete
  4. pantang makan telur & ayam..tapi ada sos tiram & sos ikan tu takpe ke?
    pantang sebab ada alergi ke pantang nak diet?

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.