Control apa yang kita boleh control

Assalamualaikum, =D

Dulu masa aku study, aku tak sabar nak habis study dan nak kerja. Nak tengok sendiri, macam mana life orang bekerja. Yelah lecturer selalu cakap, bila kerja semua benda kita akan nampak, dan mula pegang tanggungjawab besar dalam life. Tidak sabar ye. Tapi bila dah kerja, rasa macam nak balik ke zaman study semula. Rindu! Tapi kat mana pun kita berada, control apa yang kita boleh control.

Orang selalu cakap dekat I, "Ignore je apa orang nak cakap belakang kita. Kita control apa kita boleh control,". And now, aku rasa aku cuba buat benda tu. Slowly la weh. Tapi kadang, aku ni konon nak jaga hati orang. Tapi dalam diam, tak perasan buat hati orang terguris juga dengan tindakan aku. I slowly la try to tackle people (ambil hati). Yang part ni pun, slowly belajar. 



Maksud Control Apa yang Kita boleh Control :-
Kawal sesuatu yang kita boleh kawal. Contohnya perasaan kita, kelakuan kita. 
Kita tak boleh nak kawal tindak tanduk manusia, kita tak boleh nak buat orang suka kita. Tapi kita just boleh control diri kita.

Huda tak reti sangat nak cakap benda macam ni sangat, for more info korang boleh google atau tengok dekat Instagram dan Laman Youtube Aiman Azlan, atau motivator lain yang korang kenal.

Huda selalu baca Aiman Azlan punya IG STORY, Control apa yang kita boleh control. Susah at first, dan aku masih belajar. 

Simple tips nak kuatkan hati/ kuatkan diri.
1. Dekatkan diri dengan Allah.
2. Solat 5 waktu, jangan tinggal.
3. Baca Yassin, Al Kahfi (10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir), atau Al Quran (baca mana yang sempat, dan ikut masa lapang kita).
4. Try and error.
5. Focus on what you are doing.Contoh focus pada kerja hakiki, focus pada task kat office, focus pada kerja rumah, dan kerja - kerja berkaitan dengan life kita.
6. Think positive =D
7. Read motivation qoute, read tips, or follow motivator dekat laman social.
8. Minta pandangan dan nasihat pada orang yang kita percaya (family, kawan yang kita percaya inc bestfriends). 
9. Try your best, don't give up. Chill.

p/s: Untuk mendapatkan kekuatan dalaman, kena selitkan unsur spritual juga (dengan dekatkan diri pada Allah). InsyaAllah its help.

Dan banyak lagi cara. Apa yang penting, do your best and try your best! =D

(nasihat buat diri sendiri).
Control apa yang kita boleh control Control apa yang kita boleh control Reviewed by Farah on September 21, 2021 Rating: 5

2 comments:

  1. betul! we can't control what's on people mind ..but we can control what's on our mind 😍

    ReplyDelete
  2. kena pilih2 juga bila dengar apa yang orang cakap kat kite kan, kalau membina why not, kalau menyakitkan hati, buat bodo je hehe

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.