Percayalah, kami sentiasa mendoakan anda pesakit COVID19 walaupun dari jauh

Assalamualaikum, 

Hai korang. Hari ni kita dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah, iaitu isteri kepada Shuib Sepahtu. beliau pergi, disebabkan wabak covid19, dan selepas bertarung nyawa melahirkan seorang putera. I will not going talking much about it. Tapi apa yang huda nak sampaikan, "ketahuilah bahawa kami juga mendoakan pesakit COVID19 walaupun dari jauh. Mendoakan yang baik - baik buat keluarga anda, mahupun hidup, atau yang telah pergi,". 

Huda terpena bila dengar dan baca sendiri ayat ini, "dia artis, so semua orang ingat dia,". Tidak. 

Percayalah, kami sentiasa mendoakan anda pesakit COVID19 walaupun dari jauh
Mungkin pemergian Siti Sarah, adalah asbab untuk kita ingat pada family. Rakam setiap detik bersama family (walaupun tak upload kat media social. Terpulang kepada individu). 

Kita doakan yang baik - baik buat arwah, dan mereka yang telah pergi. 

Personally, huda pun cemburu bila dengar orang meninggal Syahid ni. Kita tak pasti, kita punya pengakhiran macam mana.

InsyaAllah, setiap orang ada kebaikannya. Setiap orang akan mengingati, kebaikan seseorang secara peribadi. Ada je, yang selalu ingat pada keluarga kita yang telah pergi. Kita tak tahu. Semua tu, orang buat secara senyap.

Huda speechless mendengarnya, itu yang sampai terjadi entry ni. Iye betul guys, dia artis. Even huda kenal Arwah Siti Sarah dari zaman persekolahan. Mula kenal, mula tahu, since abah suka juga dengar lagu Siti Sarah duet dengan Jamal Abdilah dulu. So kekadang, kalau naik kereta terdengar je lagu Siti Sarah dengan Jamal Abdilah. Dari situ, huda follow juga beberapa lagu Siti Sarah walaupun tak semua. Walaupun huda bukan peminat dia. Recent year, memang huda follow dia sebab dia rajin posting kat media social.

Even yang rasa best pun, huda follow. Sekarang lagi tengah popular Reels kat Instagram. So entah siapa - siapa punya posting, huda just tengok randomly. Kadang sampai terleka, hehe. Kalau macam huda keep follow, even bukan artis pun huda akan tekan button follow terus, sebab nak jadi followers dia.

Even dia tak ramai followers, huda follow.

Percayalah, kami sentiasa mendoakan anda pesakit COVID19 walaupun dari jauh

Sama dengan isu, mereka pergi kami tetap doakan. Tahu ada family susah, tapi kami tak dapat hulurkan bantuan, tak dapat hulur bantuan dengan wang ringgit, kami tetap mendoakan mereka. Supaya dengan doakan kami, ada yang lebih better ekonomi, atau pihak JKM tolong mereka sekeluarga. Nampak je posting mereka di Instagram, Twitter or Facebook, kami tetap mendoakan.

Setiap yang meninggal pasti akan terasa kesannya terhadap semua ahli keluarga, dan sahabat handai yang mengenali. Even, huda pun pernah rasa kehilangan (atok, pakcik meninggal). Kalau you public figure, of course peminat akan terasa kehilangan juga. Ini norms. Ini yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Jadi pada huda, isu yang rasa artis meninggal dunia dapat doa yang banyak tu, terserah pada individu tu sendiri. Kita manusia, as a Islam, kalau ada dengar - dengar ada orang sakit, ada orang meninggal, mesti automatic kita sedekah kan Al-Fatihah dan randomly baca yassin.

Kita tak tahu, kalau ada je orang doakan family kita, even ada doakan kita sendiri dalam diam.

Percayalah, kami sentiasa mendoakan anda pesakit COVID19 walaupun dari jauh

So apa pun, expectation dan perception orang berbeza. Ianya sama macam perception orang, kenapa nak tunjuk happy je dekat laman social. 

Itu pun satu. Laman social ni, "diari" untuk sesetengah orang. Kita tak tahu, kalau account tu private. Account private individu tersebut, hanya dibuat khas untuk family, sedara dan rakan - rakan mereka sahaja. So dekat situ, mereka saja nak tulis "diari". Sebab tu, kita boleh perasan, ramai je kawan  - kawan yang tulis, "simpan sini", atau "simpan sini sebagai kenangan".

For me ya, expectation orang berbeza - beza. Apa pun, take it as positivity. 

Kekadang laman social juga toxic. So tengok macam mana kita manage. Even huda pun, try to manage dengan laman social ni.

p/s: huda pun ada dengar berita, kawan baik sendiri positive. Akak kepada kawan (yang tak berapa rapat), positive. Akak sedara positive. Allahuakbar. Sedih korang. Kami yang mendengar tetap doakan mereka supaya cepat sembuh.

InsyaAllah, kita pasti menang. Ambillah vaksin as protection. Janganlah anggap, vaksin ni sebagai something yang boleh mudaratkan. Allah pun ada pesan, kita kena ikthiar. So maybe vaksin tu, adalah salah satu ikhtiar kita. 

Apa pun take care.

Kami sentiasa doakan pesakit COVID19 cepat sembuh. Mana yang pergi, kami juga mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat, dan diletakkan dikalangan orang beriman.
Percayalah, kami sentiasa mendoakan anda pesakit COVID19 walaupun dari jauh Percayalah, kami sentiasa mendoakan anda pesakit COVID19 walaupun dari jauh Reviewed by Farah on August 09, 2021 Rating: 5

No comments:

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.