Berbaloi ke sambung belajar lepas SPM

June 29, 2021

Assalamualaikum, =D

Berbaloi ke sambung belajar lepas SPM? Persoalan kepada jawapan ni, ada pada diri kita sebenarnya. Terpulang pada diri kita, sama ada nak terus kan ke tidak. Peluang tu, kita tak nampak sekarang. Tapi mungkin satu masa akan datang, yang kita tak jangka. 

Jangan fikir, "ala, tak sambung belajar pun boleh berjaya,". Yes, betul. Bila dah kerja, huda nampak je benda ni. Tapi pada huda, tetap ada perbezannya. Misalnya, tangga gaji berbeza walaupun level assistant, once korang graduate. Lepas graduate, jangan lah awak aspect nak terus gaji besar. Paling tak pun minima, tangga gaji setera dengan level study korang. Satu sebabnya, korang masih tak ada pengalaman kerja lagi. Dan tengok juga, industri mana korang bekerja. 

Kalau tanya pada huda, huda memang akan suggest untuk korang sambung lah belajar, kalau peluang tu ada. Terpulang pada pilihan masing - masing. 

Berbaloi ke sambung study lepas SPM | Kepentingan sambung study

Kepentingan belajar. 
Kepentingan belajar ni, satu je iaitu untuk capai cita - cita apa yang kita nak capai. Misalnya nak jadi cikgu, then kita masuklah IPG, atau universiti - universiti yang menawarkan kursus ni. 

Tapi pada huda, tak rugi pun kalau korang sambung belajar. Kalau korang fikir 'rugi', cuba fikir pula, macam mana korang nak capai cita - cita korang, kalau korang tak sambung belajar?

Belajar ni, kita gain knowledge dan experience. 

Dan yang dapat peluang belajar, sila belajar betul - betul sampai graduate. Jangan dok main. Jangan fikir, ala kalau repeat paper nanti extend ler semester. Oh jangan ye. Repeat paper, bukan satu pengalaman yang seronok tau. 


Berbaloi ke sambung belajar lepas SPM | Kepentingan Sambung Belajar

Macam mana pula, kalau kita belajar tapi kita tak kerja dalam bidang tersebut?
Untuk umur adik - adik, jangan pandang perkara ini sebagai satu isu yang sangat besar. Lepas SPM, adik - adik terus fikir dua benda sahaja. Nak belajar, atau nak kerja. Atau nak kerja dulu, lepas tu sambung belajar. 

Terpulang kepada adik - adik, untuk menentukan lorong - lorong kehidupan korang. 

Kalau ada peluang sambung belajar, mohon cepat - cepat masa peluang masuk universiti di buka. 

Kalau belum ada peluang sambung belajar, its ok tak apa. Kerja dulu. Simpan dulu cita - cita korang, kalau ada peluang di masa depan nanti, korang terus sambung belajar dengan buat part time. 

Bezanya belajar part time ni, korang kerja + belajar. Kat sini dia struggle sikitlah. Korang ada 2 commitment. 
Kalau full time belajar, korang just fikir belajar sahaja. Tak fikir commitment kerja. 

Apa pun itu pilihan korang.

You Might Also Like

2 Comments

  1. Sambung belajar dulu . Lepas tu bru fikir pasal kerja

    ReplyDelete
  2. yup, ikut hati dan impian masing2..rancang mana yang terbaik untuk diri dan keluarga..

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.