" Drama Klise, tapi akulah penontonnya - Drama Marry Me Seniorita - FARAH

Drama Klise, tapi akulah penontonnya - Drama Marry Me Seniorita

by - March 13, 2021

Assalamualaikum, =D

Hye korang.  Korang huda baru tahu yang Marry Me Seniorita ni adalah adaptasi novel. Haha, serious ketinggalan aku ni. Bila dok follow up, baru sedar dia adalah adaptasi novel. 

Itulah huda, kekadang memang ada je novel yang tak beli. Sekali bila layan drama tu, baru tahu itu merupakan sebuah drama adaptasi. 

Walaupun ianya agak klise, tapi huda ni merupakan salah seorang penonton yang follow up drama tersebut. Ha, tak tahulah kenapa huda ni. 

Review Drama Marry Me Saniorita

Sinopsis Marry Me Saniorita. 
Sekarang aku tengah geram dengan Chef Riz. Eh kau nak si Sofi, tapi kau ganas macam tu? Eh, kau kenapa ni? Apa masalah kau? (Seorang huda bermonolog sendiri). Tapi geram juga dekat Sofi, kalau dah rasa you just 'felt' hubungan tu adalah sebagai seorang kawan, then just cakap dari awal. Sebab kekadang kan, its life tau. Even berlaku pun in real life. Kalau kita keluar dengan dia, nanti dia kata kita bagi harapan. 

But at the first place, if masing - masing just tahu korang rapat hanya sebagai seorang kawan, tak apa tau. Yang jadi masalahnya, bila salah seorang tu ada perasaan dekat awak. So better awak cakap yang awak anggap dia sebagai kawan, tak lebih dari tu. At least dia tahu. Tak adalah dia syok sendiri kan. 

Sebelum Sofi berjumpa dengan Chef Riz, Sofi dah pernah berkahwin dengan seorang Pemain Tenis Negara, Isa. Sofi ni, dia berpisah dengan ex - husband dia pun sebab dia nak 'korbankan' cinta dia, dan nak bagi 'mummy' Isa happy. Aku sebagai penonton tak setuju, dah tentu - tentu diorang saling mencintai. Dah kenapa perlukan pencerian? Sedangkan nenek dan atuk Isa, suka dengan Sofi. Lainlah Isa tu memang ada affair dengan si perempuan miang tu, then worth la kau nak sakit hati sangat sampai minta cerai. 

Perempuan miang tu,  nama dia Rossa, dan seorang insta famous. Derrr, kau insta famous je pun, nak berlagak macam kau retis. Hurm geram pula aku dengan watak annoying dia dalam drama ni. Eyuhhh sangat. 

Yang si Isa pun bengong, apahal kau pergi ceraikan si Sofi. Ha lepas tu masing - masing mencari semula. Now masing - masing nak berbaik semula. 

Eh geram ek aku dengan cerita ni. 

Yang melegakan hati aku, Tina dah baik, dan insaf lepas dia tahu dia ada sakit. Tina ni, merupakan kawan lama Sofi dari kampung. Lepas Sofi di halau keluar dari Kampung oleh Mak Sedara dia, dia pergi KL dan jumpa si Tina. Tina ni memang jahatlah jugalah, sampai nak jelous dan dendam tak tentu pasal dengan si Sofi. 

Jadi musuh Sofi tinggal 1 je. Musuh yang tiba - tiba kau nak musuh. Insta Famous tulah. Bak kata dia kan, "Kalau dia tak dapat si Isa, orang lain pun tak boleh dapat Isa". Itu yang dia bengkek (dendam) sangat dengan si Sofi tu. 

Tapi yang Chef Riz pun tak puas hati dah kenapa?
Eh geramlah!

Tambah pula lagi 1 watak antagonis ni. Aduhai. 

Jap, tapi betul ke watak Chef Riz dan Rossa ni, adalah watak antagonis dalam drama ni? Atau ada watak antagonis yang lain selain mereka? Atau watak antagonis yang kita sendiri tak sangka, rupanya dialah dalang, dan punca dalam semua masalah ni?

Nak tahu kesudahannya?
jomlah tengok drama ni sama - sama. 
Untk more info boleh tengok secara online dekat Astro Ria. Kalau nak tengok online, boleh singgah page dfm2u.

You May Also Like

0 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D