cerita tentang perkembangan braces I, dan pentingnya kesihatan gigi

November 28, 2020

Assalamualaikum, =D

Disebabkan hari khamis doctor half day, so aku datang lagi hari ni. Aku sebenarnya takut, takut sebab dah dekat 2 bulan juga aku tak pergi treatment weh haha. Sebab tu aku sanggup datang dua kali kat klinik tu, sampailah aku jumpa dan buat treatment dengan doctor. Sanggup ye. 

cerita tentang perkembangan braces I, dan pentingnya kesihatan gigi
gambar trademark pengalaman I pakai braces, hahaa. 

Dalam masa aku driving, aku sempat berdoa supaya doctor buat treatment biasa - biasa je. Meaning hopefully tak adalah sesi pembedahan kecil pada sekitar mulut aku ni. Pembedahan kecil itu sakit ye. Kalau treatment biasa tu rasa dia macam, kena gigit semut je. 

Alhamdulillah tak ada patient sangat. Tadi sampai dekat pukul 11 lebih (belah pagi), dan tak ada patient pun. Jadi tak adalah sesi aku tunggu lama as usual (seperti keadaan biasa yang berlaku before pkp). 

Kejap je duduk, lepas tu nurse dah panggil masuk bilik doctor. 

Mood doctor and nurse terlebih baik hari ni. 

Dalam masa treatment, doctor dengan nurse siap ajak berbual lepastu buat lawak. Aduh, aku dah lah tengah buka mulut (doctor tengah buat treatment), macam mana aku nak gelak. Boleh bayangkan tak situasi tu? Aku just gelak mana yang mampu dan selebihnya kena tahan gelak, sampai air mata aku keluar. 

Weh kelakar doctor dengan nurse hari ni. 

Ternyata doctor buat treatment aku bebiasa je. Alhamdulillah hehe. 

Doctor puji gigi aku dah semakin elok

Alhamdulillah thanks doctor. As per your effort dan dibantu oleh nurse, finally gigi huda dah rata. Jadi senanglah huda nak jaga gigi lepas ni. Lepas ni kena lebih particular.

Oh ye, untuk pengetahuan semua, keadaan gigi aku sebelum ni a bit terabur (tak adalah terabur sangat sebenarnya). Tapi mungkin structure gigi aku tu buatkan aku sukar nak bersihkan gigi dengan baik. Plus gigi aku selalu bermasalah akibat dari kecil degil, orang tua tegur jangan makan gula banyak sangat, kau makan. Then hamekkkkk gigi jadi cepat rosak. 

Bila dah jumpa doctor, Alhamdulillah masalah nak bersihkan gigi dah settle, masalah gigi rosak pun dah settle. 

Sekarang aku tunggu je bila doctor nak buka braces aku. 

Bila dah buka braces, kena pakai apa tu nama dia, retainer pula. Wuhuuu can't wait. 

Jagalah gigi, kalau tahu sakit atau rosak jangan biarkan lama.

Nasihat aku please please please, jagalah kesihatan gigi korang. 

Kalau sakit, jangan biarkan lama. Kalau berlubang jangan biarkan lama. Kalau rosak, jangan biarkan lama. Bukan apa, kalau korang biarkan ianya berlarutan, nanti kemungkinan akan jadi bertambah teruk.

Aku dah ada satu gigi, yang aku biarkan sangat lama and now teruk. Doctor siap suggest buat implant. Ni tengah fikirlah ni, hahaha. 

Kesihatan gigi tu penting

Jaga kesihatan gigi korang. Sebab dari kesihatan gigi, doctor boleh tahu korang kurang vitamin (for example). Bila kurang makan vitamin, gusi cepat bengkak. Tadi doctor tell me. Akulah tu orang yang tak suka vitamin. Tapi since aku buat treatment braces ni, aku start ambil vitamin but skip makan.

Dan ada lagi penyebab lain kenapa gusi cepat bengkak. Korang boleh google. 

Kerap berus gigi, atau kumur selepas makan.

Since pakai braces ni, memang aku kena lebih particular dalam kebersihan gigi aku. Sebab kalau makan, terselit celah braces. Malu I. Jadinya sebab tulah kekadang aku ni over gila kalau nampak sayur atau nasi dok terselit celah gigi. Jadi kena rajin berkumur.

Bagus sebenarnya tau kalau kita asyik berus gigi atau kumur, ianya akan keep bersih dan sihat. 

Marilah kita sama - sama jaga kebersihan gigi. Jangan dah teruk macam aku baru haru nak pergi buat treatment, mahal tau bukan murah. 

Nanti aku story much pasal kenapa aku sanggup buat braces ye. 

Baca juga pengalaman pakai braces - click.

You Might Also Like

9 Comments

  1. Okay... pasni saya pun akan lebih care pasal gigi sayaa....

    ReplyDelete
  2. Ada terdetik nak pakai braces juga sebenarnya atas faktor tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah pasti boleh. Tapi apa pun, do a survey dulu untuk mencari doctor yang terbaik dalam memberi service dan nasihat sepanjang kita pakai braces.

      Delete
  3. xsabar nak tunggu farah buka braces..:)

    ReplyDelete
  4. Yang penting kena jaga gigi sama bersih mcm jaga badan sendiri :)

    ReplyDelete
  5. Kadang bila dah tua gini ermmm lagi minum kopi, lantakkan aje laaa.. janji berus gigi dan cuci gigi kat klinik.. tapi bila ingat takut rongakk, makanya memang kena lbh penjagaannya.. takut lompong pagar...

    ReplyDelete
  6. senyuman makin menawan la lepas ni ;)

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.