Kes COVID19 di Malaysia mencecah lebih 1000 kes

by - October 26, 2020

Assalamualaikum,


Kes COVID19 di Malaysia mencecah lebih 1000 kes | Serious perkara ni amat merisaukan semua orang sebenarnya. Dah dua kali ni kes COVID 19, cecah sampai 1000 ++ kes. 

Sumber : KKM

Dalam keadaan sekarang, kita tak tahu siapa ada, siapa index dan siapa yang terkena. Cumanya sekarang, doa dan hati - hati je semua. Jujur aku cakap, aku pun tengah risau sangat ni. Sebab tiba - tiba hari Sabtu lepas, keluar kluster kat kawasan perumahan aku. 

Aku duduk dan kerja pun area yang sama. 
Semua risau. 
Tapi dah kerja, kena pergi. Itu yang rehat tadi pun dalam office je. 

Anyway guys, kita still kena buat kawalan kendiri :-
- Jaga diri dan keluarga
- Follow SOP yang telah ditetapkan (kerap basuh tangan, atau pakai hand sanitizer)
- Kalau tak ada urusan penting, duduk rumah.
- Pakai Mask kalau kat tempat sesak

Dalam masa sekarang juga, jangan salahkan seseorang dan orang positive COVID19. Kesian dekat diorang. For me, diorang pun tak tahu dari mana diorang dapat. Tan Sri Dr Nor Hisham menyeru untuk kita berhenti dalam menyalahkan antara satu sama lain

Dalam masa sekarang, kita kena bersatu hati. Follow SOP,  buat kawalan kendiri. 

Take care #kitajagakita.

You May Also Like

2 Comments

  1. Kita sama-sama doa moga semuanya akan berakhir..
    Pastikan walau kemana aje kita pergi, kita patuhi SOP ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, InsyaAllah.
      Semoga Covid19 cepat berakhir

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D