10 Tempat Makan Sedap Sekitar Johor Bahru

by - October 04, 2020

Assalamualaikum, =D

10 Tempat Makan Sedap Sekitar Johor Bahru | Hye korang, so hari ni huda nak share dengan korang tempat - tempat makan sedap dan best di Johor Bahru. 

 
Makanan Melayu Ala Kampung dekat Gelang Patah, Johor. 
1. Masak Lemak Cili Padi di Lomak Foodies, Gelang Patah Johor
Bukan orang Negeri Sembilan je popular dengan masak lemak ni tau. Orang Johor Bahru pun ramai yang gemar sangat dengan Masak Lemak Cili Api ni.

Kalau korang nak tahu dekat Lomak Foodies ni, mereka menyediakan aneka Masakan Lemak Cili Padi. Ada Lemak Cili Padi Daging Salai, Lemak Cili Padi Siput Sedut, Itik Salai Lemak Cili Padi dan Ayam Masak Lemak Cili Padi. Ya Allah sedapnyaaa, kalau dapat Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi tu guyssss. Ok sis dah mengidam ye.

Oh bukan setakat Lemak Cili Padi je tau, ada Asam Pedas, pelbagai jenis ulam - ulaman, dan ada lauk - pauk yang lain juga.


Restoran Seafood di JB
2. Kedai Seafood dekat Seri Bahagia, Tanjung Langsat.
Juadah yang berasaskan makanan laut ini juga, sangat popular among Malaysian. Memang dah jadi one of pilihan kita. Sekali - sekala tu mesti nak makan seafood pula. So kali ni, jomlah singgah ke Kedai Seafood dekat Seri Bahagia, Tanjung Langsat.


Huda kalau cakap bab makanan seafood je, benda pertama terlintas dekat minda adalah Ikan Siakap masak kukus, atau 3 rasa. Tapi kalau dapat makan ikan siakap goreng, dengan sambal kicap pun satu kenikmatan juga ye. Sedap guys.

Tomyam, udang goreng butter, pun sedap ye. Ya Allah, terliur dah buat entry ni haha.


3. Kedai Seafood dekat Stulang Laut
Huda pun ada dengar ramai orang kata, kalau nak makan seafood area JB, one of it kena singgah Stulang Laut. Sebab makanan - makanan dekat sini, kebanyakan sedap tau. Huda pun pernah try makan kat sini dengan kawan. 

Sambil makan tu kan, sambil ada busker dok nyanyi. Asyik betul makan, tak perasan dah habis nasi dan bertambah lauk, haha. Dekat situ banyak je Restoran Seafood, tapi dengarnya selain Restoran Samyam, masakan dekat Restoran Senoko Seafood pun sedap juga tau.

Nampak tu gambar makanan ni, Ya Allah sedapnyaaaaa guys.


4. Restoran Ateh Corner dekat Skudai, Johor Bahru.
Restoran Ateh Corner menyediakan pelbagai jenis makanan. Dari makanan goreng - goreng, makanan ala wastern, masakan berasaskan seafood juga turut ada di sajikan. Seafood lagi? Mestilah, pada huda seafood tu makanan wajib kalau kita nak makan 'mewah' sikit, sekali - sekala dekat luar dengan keluarga. Ye, tak?

Yang bestnya dekat Restoran Ateh Corner ni, kelainan dia adalah Mantou Bun. Mantou bun, makan dengan Ikan Siakap Steam Nyonya, pehhhh sedap. Dengar cerita, kalau tak nak ikan siakap, korang boleh pilih ikan lain. Lepas tu kan, Ikan Pari Bakar dia pun membuka selera sangat tu nampaknya.

Mantou Bun penaik selera. 

See? Menarik bukan?

*tiba - tiba huda terasa macam nak makan jeee Ikan Pari Bakar ni*. Favourite I kot...


5. Masakan Ala Thai Di Chaba Thai Seafood Johor Bahru.
Chaba Thai Seafood, Johor Bahru terletak dekat Taman Impian Emas, Johor Bahru. Makanan Seafood Ala Thai dekat sini pun sedap, dan tak boleh bawa bincang ye korang. Huda dan kawan - kawan pernah makan malam, dan lepak dekat sini.Harga pun not bad ye. 

Selalu korang dengar tomyam seafood, tomyam ayam je kan? Dekat Chaba Thai Seafood ni, ada tomyam poktek. Dengar je nama tu, mesti pelik kan? Samalah dengan huda, first time dengar pelik. Tapi bila rasa tu sedap tau korang tomyam poktek ni, berasa sangat. Cumanya pedas jelah. Siapa tahan makan pedas, boleh cuba tomyam poktek ni.
 

Untuk ikan siakap, kalau korang selalu dengar ikan steam limau, ikan tiga rasa. Kali ni mereka bawakan korang makanan thai yang fresh dari ladang, 'Ikan Siakap 2 Musim' nama diberi.

Ikan Siapkap 2 musim. 
Kenapa 2 musim? 


Makanan Ala Wastern - Asian Fusion
6. Kafe Kiri Kanan, Toppen Tebrau
Toppen Tebrau adalah salah satu shopping mall baru juga dekat JB ni. Toppen bersambung dengan Ikea Tebrau. Korang singgah Ikea boleh pergi Toppen, kalau pergi Toppen boleh singgah Ikea. Bila singgah Toppen, jangan lupa pula singgah di Kafe Kiri Kanan.

Specialnya Kafe Kiri Kanan ni adalah, makanan Asian Fusion yang menjadi kegemaran ramai. Dari makanan juadah beraneka nasi, hingga ke wastern ada disajikan dekat sini tau.


nampak tu dia punya spaghetti dan chicken chop. 
Nampak sedap.


Special Istanbul Cuisine di JB
7. Istanbul Turkish Cuisine
Kalau korang nak ubah angin, dan nak makan makanan yang lain dari lain korang boleh cuba Istanbul Turkish Cuisine ni. 

Firin Beyti Kekabi
This is recommended by Chef itself. 

Turkish Coffee. Being prepare and served tradissionally. 

Those yang minat coffee, korang boleh cuba Turkish Coffee ni juga.


Makan Petang di Johor Bahru
8. 5 Tempat Makan Lok - Lok Area Johor Bahru. 
Apa itu lok - lok? Lok - lok ni sejenis makanan steamboat yang digoreng dengan tepung, dan dimakan dengan pelbagai jenis sos. Sangat sedap ye. Makanan seperti ni sesuai di makan pada waktu petang. Tapi kalau korang nak makan malam pun boleh juga. Kira makanan ni ringan, tapi jangan makan selalu ye sebab kolestrol tu.

Peh, kalau dapat lok - lok yang dalam dia ada cheese, lepas tu digoreng dengan tepung dan di makan pula, dengan sos + cheese lagi. Serious sedap tu korang. 

Konon nak makan sebatang dua, tapi kalau dah sedap sangat 4 batang lok - lok makan pun tak perasan kan?


9. Dimsum dan Pau di Pasir Gudang, Johor. 
Dimsum dan Pau ni sejenis penaik selera diwaktu petang. Lebih lagi dimsum. Makan dimsum lepas tu balas dengan sos dia, pehhh memang tak sedar dah sepinggan habis. 

Dimsum ada pelbagai jenis dan rasa. Korang tinggal pilih je. Banyak betul ye dimsum dekat yang dijual dekat Kedai Best Dim Sum dan Pau ni. 

Kalau kena dengan time promotion 3 bekas RM10. Kira murahlah tu.
Puas makan. Kalau tak cukup boleh tambah lagi. 

Makan dimsum ni, mana nak cukup sebekas dua. Sebab dimsum dia bukan besar mana. Hurm, aku lah tu tak boleh jumpa dimsum. Melebih kang makan tanpa perasan dah terlebih. Opssss...


Makan Malam di Batu Pahat, Johor
10. Wacar Burger, Parit Kadir
Selesai 'perkenalkan' beberapa tempat makan di Johor Bahru, kali ni huda nak share dengan korang pula tempat makan malam di Batu Pahat yang korang kena cuba. 

Wacar Burger, Parit Kadir, nama diberi. Dah nama pun 'burger', jadi korang boleh cuba beberapa menu burger, dan roti john dekat sini. Bukan itu sahaja, malah kat sini terdapat pelbagai menu lain. Wastern, makanan goreng, seafood pun ada tau.

Mak ai nama dia...
 Roti Janda John, Roti Dara John kemahen yeee nama dia.
Tapi tengok gambar pun dah mengiurkan ni macam mana ni Nur?
hahahaaa.

Huda tak bolehlah tengok gambar dia, dengan cheese banyak tu, meleleh sos bagai. Aku memang sejenis suka burger macam ni, cepat tergoda. 


credit all photo to blog's owner.
Thanks korang singgah blog baca entry kali ni (love), =D

You May Also Like

26 Comments

  1. Teringin nak makan montou bun tu. Mudah-mudahan ada kesempatan ke Johor Bahru dan makan di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti kalau datang JB meh la singgah hehe =D

      Delete
  2. mu tunggu kobid ni reda, ku redah semuanya. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah, hope covid cepat reda kak. Boleh kita terjah kan

      Delete
  3. Uish ni memang kena cuba ni tempat-tempat makan ni. Nak-nak lagi roti john tu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye roti john tu memang nampak menggoda ramai orang bila melihatnya

      Delete
  4. Semua sedap-sedap...tunggu masuk list dah baik kang boleh leee pi melantakkkkk

    ReplyDelete
  5. Wachaa burger tu betul2 memanggil tu.. Adooo~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul kak. wacha burger tu memang menggoda tau

      Delete
  6. Terliur pepagi singgah sinii. Hahaha... sedapnya

    ReplyDelete
  7. Meleleh air liur dibuatnya...sedapnya....yummmy.

    ReplyDelete
  8. adoii .silapbesarr sehh baca time perut tengah lapa. uahahahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa, jangan singgah baca entry makanan time lapar ain :P

      Delete
  9. nasib baik tengok ni masa da makan tengahari..hahahhahah

    ReplyDelete
  10. Rajinnya jalan2 cari makan... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin bila rasa nak reward diri. gituuu haha

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D