Buffet Dinner is back - International Buffet Dinner at Renaissance Johor Bahru Hotel

by - August 10, 2020

After work meet them guys. Dah lama tak jumpa since early PKP hari tu. 
Akak - akak I semua ni 💕.

Buffet Dinner is back - International Buffet Dinner at Renaissance Johor Bahru Hotel | Hai semua, yes exactly buffet dinner is back guys!  Balik - balik kerja, lepas siap closing huda terus je berdezuppp start enjin dari office ke Renaissance Johor Bahru Hotel. 

Sampai je dekat lobi kena daftar diri, check suhu (normal SOP nowadays). Sampai je dekat BLD Cafe, staff dekat situ pass sarung tangan. Sarung tangan tu digunakan untuk ambil lauk - pauk. Sampai je meja, buka kejap dan sanitize tangan macam biasa (huda suggest korang bekal je sanitizer dekat bag korang). Bila tangan dah bersih, barulah selesa nak makan. 

International Buffet Dinner dekat Renaissance bawakan korang pelbagai hidangan yang popular dekat Malaysia, mahupun Luar Negara. Sushi, Salad, Aneka Rojak, Malay Culture, and many more ada disediakan di sini. 

Ini antara pembuka selera yang huda pilih, sesampai je dekat BLD Cafe. 

Maaflah ye, susunan dekat pinggan tak berapa nak lawa. Sis dah lapar sangat mungkin. 

Tadi makan ringan je guys. Ni sambung makan main menu pula, haha. 
Nampak tidak di situ? Seorang huda mana boleh tak repeat makan yer guys. 

Kali ni kita tambah dengan Aglio Olio Pasta, Beef BBQ dan again Cheezy Sausage. 

nampak tu Roasted Beef Brisket dia nampak menyelerakan bukan? Tambah pula dengan blackpaper sauce dia, pehhh lagi sedap tu guys. 

Huda nak close up la korang Cheezy Sausage dia. Tak tau kenapa sedap sampai I repeat laaa dua kali. 

Puding roti pun ada guys. Ya Allah menyelerakan, huda nak je amik tapi serious dah kenyang memang tak boleh masuk dah guys. Tapi nampak sedap, kalau pergi lagi boleh tak I repeat? 

Aneka kek pun ada ye guys. 

Ini pun huda kalah tau korang. Huda terambil dan makan. Ya Allah. Siap cakap dengan diri, takpelah buat rasa - rasa. Sedap korang. 
Dalam makan, huda teringat pula dekat bubur cha cha. Takpelah bubur kacang merah ni pun sedap, kira macam dia pengubat rindu kepada bubur cha cha lah.

Last but not least, buah ni mestilah kena makan sebagai pencuci mulut gitu. 
Sebenarnya lagi bagus, makan sebelum makan main dishes. Tapi nak buat macam mana, huda balik dari kerja. Closing pula tu, mestilah huda teringat main dishes kan.

So that's why terambil buah ni last. 

Oh ye, dah nama International mestilah dari dalam Malaysia ke International punya makan tersedia. Sushi,  salad, makanan ala malay culture, makanan ala indian culture, dan macam - macam lagi ada guys. Masya - Allah, semua tu menyelerakan tekak huda ni. Korang tau tak, huda sejenis goyah juga dengan sushi tu, tapi sebab dah kenyang, huda pujuk diri sendiri ckp takpe nanti jelah kot datang lagi, sis makan. 

Hisyh kalau korang dengar huda membebel ni, sampai esok tak habis tau. Korang kalau nak ber - buffet dinner bersama family, atau kawan - kawan huda suggest sangat korang pergi dekat Renaissance Johor Bahru Hotel ni ok. Harga pula murah dari biasa tau korang. 

Ok details as below :-
Location : BLD Cafe (located at Level Lobi Renaissance Hotel Johor Bahru)
Internation Buffet Dinner available every Friday and Saturday only (6pm to 9pm).
Price : RM88 nett per person

To booking please visit http://bit.ly/TableAppCafeBLD or can whatsapp https://wa.me/60177713327.

Oh, kalau korang nak dinner on weekdays pun boleh - (Weekdays Dinner Buffet), available only Wednesday and Thursday only. 6pm tp 9pm. Price RM70nett per person.

Jangan lupa tempah buffet dinner dekat Renaissance tau. Harga murah dari biasa. 

Thanks korang singgah baca entry dekat blog huda

You May Also Like

4 Comments

  1. satay menjadi rebutan hari tu..kejap2 datang, habis..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye masa kita datang dah berkurang haha

      Delete
  2. Uishhh kecur tetiba nengok balikk...rasa nak repeat aje makan, tak puas makan malam tu hahahaha...nak gado-gado...

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan buffet, bila dapat peluang ek apalagi, segala apa da depan meja licin hahahaha

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D