7 idea resepi berbuka puasa bersama Ayam Brand & Menangi hadiah menarik

FARAH
36


Assalamualaikum, =D

7 idea resepi berbuka puasa bersama Ayam Brand & menangi hadiah menarik. Hye semua, seperti yang korang tahu Ayam Brand merupakan salah satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia Tenggara, yang cukup dikenali selama 125 tahun. Makanan tin yang dikeluarkan oleh Ayam Brand pun semuanya berkualiti tinggi, hingga jenama mereka tersenarai dalam 10 jenama FMCG pilihan Malaysia. Wow sangat kan!

Specialnya entry kali ni, huda nak share dengan korang 7 resepi pencuci mulut atau manisan yang menggunakan product - product dari Ayam Brand Malaysia. Kalau nak tahu, korang kenalah baca entry ni sampai habis ok. Paling best, kalau korang try tujuh - tujuh resepi ni, atau masak kuih - muih berasaskan product Ayam Brand, korang boleh menang hadiah tau. Bestkan?

Nak tahu tak macam mana? Mesti, mesti huda akan bagitahu korang punya. Tapi kenalah baca entry huda ni sampai habis, hehe.

Dengan beberapa product ni, korang boleh gunakan untuk 7 resepi ni tau.

Tapi make sure ada bahan - bahan lain juga ye. Jom tengok resepi - resepi di bawah ni.

Resepi 1 : Bubur Jagung (Credit : Resepi by Ayam Brand)

Masa Memasak: 20 Minit
Hidangan: 4 

1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis  
220ml Ayam Brand Santan Superlight
1 sudu garam
1 sudu besar
Sagu (secukup rasa)

CARA MEMBUATNYA:
1.   Dalam periuk, masukkan Santan Superlight. Gaul pada api sederhana.
2.   Masukkan Krim Jagung Manis dan Jagung Manis.
3.   Tambahkan sagu, gula merah dan garam. Masak sehingga mendidih.

4.   Hidang ketika masih panas 


Option 2 : Resepi Bubur Jagung byfarahh
Bahan - bahan yang diperlukan
2 kotak santan kecil (jenama Ayam Brand)
1 tin jagung manis (Ayam Brand)
1 tin jagung biasa (Ayam Brand)
2 sudu besar sagu
5 sudu besar gula pasir putih
1 buku Gula Melaka (if besar). If kecil, amik 2 buku @ boleh ganti dengan 5 sudu besar gula pasir (merah)
Air
Secubit garam

Cara - cara memasak
1. Masukkan 1/2 paras air dalam periuk. Masak hingga mendidih. 
2. Masukkan sagu, gaul rata dan biarkan ianya kembang seketika. 
3. Masukkan pula 1 tin jagung manis  & 1 tin jagung (Ayam Brand), gaul rata. 
4. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Gaul rata. 
5. Masukkan secubit garam (untuk dia rasa lemak manis). Gaul rata. 
6. Last sekali, masukkan 2 kotak kecil santan (Ayam Brand). Gaul rata dan biarkan mendidih rata. 

*rasa korang punya bubur tu cukup manis ke tidak. Kalau tak manis, korang boleh add on gula pasir sedikit demi sedikit. Pastikan masa add on tu, korang rasa. 

Kalau dah cukup rasa bubur tu. Matikan api, biarkan sejuk seketika. Kemudian bolehlah korang hidangkan. 

Resepi 2 : Resepi bubur kacang dan jagung (Credit : Resepi by Ayam Brand)

Masa Memasak: 20 Minit
Hidangan: 4

200g kacang hijau, di cuci bersih
2 liter air
100g biji sagu, dicuci bersih
2 helai daun pandan, dicuci dan diikat
100g gula melaka
Secubit garam
1 tin Ayam Brand Sweet Corn
400ml Ayam Brand Santan

CARA MEMBUATNYA:
1.  Didihkan air di dalam periuk. Kemudian masukkan kacang hijau, air dan daun pandan dalam kuali. Masak dengan api yang sederhana besar dan sebaiknya ditutup.
2.  Selepas kacang hijau telah separuh masak, masukkan sagu untuk direneh bersama.
3.  Kacau terus secara perlahan-lahan sehingga kacang hijau dan sagu masak sepenuhnya.
4.  Tambahkan gula melaka dan garam secukupnya bersama dengan santan dan jagung.
5.  Matikan api, keluarkan daun pandan dan hidangkan!


Option 2 : Resepi byfarahh
Bahan - bahan
2 kotak kecil santan (Ayam Brand)
1 tin jagung (Ayam Brand)
1 magkuk kacang hijau (rendam 1 jam sebelum rebus)
2 sudu besar sagu
5 sudu besar gula pasir putih
1 buku Gula Melaka (if besar). If kecil, amik 2 buku @ boleh ganti dengan 5 sudu besar gula pasir (merah)
Air
Secubit garam

Cara memasak
1. Masukkan 1/2 paras air dalam periuk. Masak hingga mendidih. 
2. Masukkan kacang hijau yang dah direndam 1 jam ke dalam periuk. Masak hingga empuk. 
3. Masukkan pula sagu, masak hingga sagu kembang. 
4. Masukkan 1 tin jagung (Ayam Brand), gaul rata.
5. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Gaul rata. 
6. Masukkan secubit garam (untuk dia rasa lemak manis). Gaul rata. 
7. Last sekali, masukkan 2 kotak kecil santan (Ayam Brand). Gaul rata dan biarkan mendidih rata. 

*rasa korang punya bubur tu cukup manis ke tidak. Kalau tak manis, korang boleh add on gula pasir sedikit demi sedikit. Pastikan masa add on tu, korang rasa. 

Kalau dah cukup rasa bubur tu. Matikan api, biarkan sejuk seketika. Kemudian bolehlah korang hidangkan. 

Resepi 3 : Puding Jagung (Credit : Resepi by Ayam Brand)

Masa Memasak: 30 Minit
Hidangan: 12

1 tin Ayam Brand Jagung Manis Ala Krim
1 tin Ayam Brand Jagung Cawan Manis  
1 pek Ayam Brand Santan Superlight 330ml
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
½ tin susu pekat manis
1 sudu kecil garam
Hirisan keju parmesan, mengikut citarasa

CARA MEMBUATNYA:
1.   Dalam periuk, masukkan santan, krim jagung dan jagung manis.
2.   Campurkan dengan tepung kastard dan gula.  
3.   Masukkan susu dan garam. Campurkan semua pada api sederhana.
4.   Masukkan kedalam bekas gelas atau mold dan simpan di peti sejuk sehingga keras.   
5.   Tambahkan keju di atas dan hidang. 



Option 2 : Resepi byfarahh
Bahan - bahan yang diperlukan:-
1. 1 tin jagung manis (Ayam Brand)
2. 7 sudu tepung kastard
3. 5 sudu gula pasir (kalau kurang boleh tambah)
4. 1 tin susu cair
5. 1 tin air (means, guna sukatan bekas susu cair)
6. Secubit garam

Cara memasak
1. Masukkan 1 tin susu cair. 
2. Masukkan 1 tin air (guna je bekas tin susu cair tadi)
3. Masukkan 1 tin jagung manis (Ayam Brand)
4. Masukkan secubit garam. 
5. Masukkan 5 sudu besar gula. Gaul rata. Biarkan ianya mendidih. (rasa dulu cukup manis tak, kalau masih tak manis. Korang boleh tambah gula lagi sedikit demi sikit, sampai rasa dia cukup manis). 
6. Masukkan 7 sudu besar tepung kastard. Gaul rata, dan make sure adunan korang tu jadi pekat dan likat. 

*make sure masak dengan api yang sederhana. Bila dah masuk tepung kastard tu, memang kena rajin gaul. Kalau tak, takut hangus. 

* dah siap, masukkan dalam bekas adunan (biasa huda letak dekat bekas Tupperware je). Kalau korang nak letak dalam bekas adunan yang cantik pun boleh. Biarkan sejuk sikit, lepas tu masuk dalam peti ais dan bekukan 1- 2 jam. Then boleh hidangkan. 

Resepi Kuah Kastard (Credit : Resepi byfarahh)

bahan - bahan yang diperlukan
1. 1 tin susu cair
2. 1 tin air (guna sukatan susu cair).
3. 1 sudu tepung kastard
4. Secubit garam

Cara untuk memasak
1. Masukkan 1 tin susu cair.
2. Masukkan pula 1 tin air
3. Masukkan secubit garam
4. Masukkan tepung kastard, gaul rata (masak dengan api yang sederhana). Masak hingga kuah tu pekat. 

Dah siap. 

Ambil ais, ambil puding jagung yang korang dah sejukkan kejap tadi, lepas tu tuang kuah dalam mangkuk. Peh, nikmat sangat ni guys! Favourite kot. hehehe

Resepi 4 : Resepi Kuah Talam (Credit : Ayam Brand Malaysia)

Bahan - bahan :-
Lapisan atas
250ml Ayam Brand Santan Superlight
30 gram tepung beras
30 gram tepung jagung
50ml air
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam

Lapisan bawah
300gram Ayam Brand Jagung Manis
250ml Ayam Brand Santan Superlight
100 gram gula pasir
50 gram tepung jagung
½ sudu teh perasa vanilla
½ sudu teh garam



Cara untuk memasak:

Lapisan bawah:
1.  Kisar jagung dengan santan dan tapis
2.  Masukkan gula pasir, tepung jagung dan vanilla dan kacau sebati
3.  Tuang ¾ campuran ke dalam acuan yang telah diletakkan dengan minyak masak
4.  Kukus lebih kurang 10 minit


Lapisan atas:
5.  Panaskan santan bersama daun pandan dengan api yang kecil sehingga mendidih
6.  Dalam mangkuk, kacau semua bahan tadi dan tapis
7.  Tuangkan campuran ke dalam acuan
8.  Teruskan mengukus selama 20 minit sehingga masak
9.  Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mengeluarkannya dari acuan

Resepi 5 : Resepi Agar - agar buah (Credit : Resepi by Ayam Brand)

Masa Memasak: 2 jam
Hidangan: 6

Lapisan buah
2 cawan air sejuk
¼ cawan gula
½ cawan air laici
1¾ sudu kecil tepung agar agar 
2 cawan potongan buah mengikut citarasa seperti Strawberry, Kiwi, Orange, Blueberries
Lapisan Santan
¾ cawan Ayam Brand Santan Superlight
¼ cawan air
¾ sudu kecil + ⅛ sudu kecil tepung agar agar
3 sudu besar gula
Secubit garam
4 inci daun pandan(optional)

CARA MEMBUATNYA:
1. Dalam pot kecil tanpa api, masukkan air sejuk, air laici, tepung agar-agar dan campurkan sehingga licin
2. Kemudian, hidupkan api dan biar didih sehingga semua cair. Sentiasa kacau.
3. Masukkan gula dan didih sehingga cair. Matikan api dan masukkan ¼ kedalam bekas agar-agar.
4. Masukkan potongan buah-buahan.
5. Letakkan agar-agar yang selebihnya diatas menutupi buah.
6. Biarkan sejuk selama 20 minit atau sehingga bahagian atas kukuh untuk menampung acuan lapisan kedua.

Sambil menunggu lapisan buah mengeras, buat bahagian santan:
7. Didalam periuk kecil tanpa api, campurkan santan dan tepung agar-agar. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan daun pandan dan hidupkan api. Biarkan didih dan sentiasa kacau campuran sehingga agar-agar telah cair secukupnya.
9. Masukkan gula dan garam. Campur sehingga cair. Buang daun pandan.
10.Pastikan bahagian buah telah mengeras dan kering, tuangkan campuran santan diatasnya dengan sudu.
11.Masukkan ke dalam peti ais selama satu jam (atau lebih) sehingga ia keras sebelum dihidang.


Option 2 : Resepi byfarahh
Bahan - bahan untuk lapisan 1 : Lapisan Santan
1. 1 packet agar - agar.
2. 1/2 kotak santan superlight (Ayam Brand)
3. Gula secukup rasa.
4. Secubit garam

Bahan - bahan untuk lapisan 2 : Lapisan buah - buahan
1. 1 tin longan
2. 1 biji buah kiwi dan strawberry, atau aneka buah - buahan pilihan korang.
3. 1 tin susu sejat (susu cair) 
4. Gula secukup rasa
5. 1 packet agar - agar.

Cara - cara memasak lapisan 1 : Lapisan Santan
1. Sediakan periuk, panaskan air (setengah periuk) dan biarkan ianya mendidih. (api jangan besar sangat).

2. Masukkan satu packet agar - agar ke dalam air yang sudah didihkan tadi, dan biarkan agar - agar tu larut.

3. Masukkan 1/2 kotak santan Superlight (Ayam Brand)

4. Masukkan gula secukup rasa. Masukkan pula secubit garam. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih rata.
(Rasa dulu agar - agar tersebut, if tak cukup manis, boleh tambah gula lagi sampai ianya rasa sebati).

5. Ambil bekas, masukkan agar - agar yang dah siap tadi dalam bekas. Biarkan ia sejuk seketika (suhu bilik).

6. Bila dah sejuk sikit, seperti keadaan suam - suam kuku (tak terlalu panas, tak terlalu sejuk), masukkan dalam peti ais selama beberapa jam.

Cara - cara memasak Lapisan 2 : Lapisan buah - buahan
1. Sediakan periuk, panaskan air (setengah periuk) dan biarkan ianya mendidih. (api jangan besar sangat).

2. Masukkan satu packet agar - agar ke dalam air yang sudah didihkan tadi, dan biarkan agar - agar tu larut.

3. Sambil nak tunggu agar - agar tu larut, asingkan air dan buah longan dibekas yang berasingan. Kemudian carik - carikkan buah longan tu jadi kecil. Dalam masa yang sama, boleh potong strawberry dan kiwi dalam bentuk dadu.

4. Bila agar - agar dah larut, masukkan air longan (yang telah diasingkan tadi). Kemudian masukkan pula susu cair dan gula secukup rasa. (Kalau kurang manis, boleh tambah gula lagi). Gaul rata, dan biarkan ianya mendidih seketika.

5. Bila dah ok semua, masukkan buah longan yang dah diracik tadi, buah kiwi dan strawberry. Gaul rata, dan biarkan ianya mendidih seketika. Bila dah mendidih, tutup.

6. Ambil bekas yang berisi lapisan 1 (lapisan santan), yang telah disejukkan. Kemudian masukkan pula agar - agar buah yang dah siap ke dalam bekas tersebut. Biarkan ia sejuk seketika (suhu bilik).

7. Bila dah sejuk sikit, seperti keadaan suam - suam kuku (tak terlalu panas, tak terlalu sejuk), masukkan dalam peti ais selama beberapa jam.

Resepi 6 : Kuih Seri Muka (Credit : Resepi Ayam Brand Malaysia)
Bahan - bahan yang diperlukan :-
Lapisan bawah
300g beras pulut, rendam selama 3 jam dan toskan
150ml Santan Ayam Brand
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula (optional)

Lapisan atas
200ml Santan Ayam Brand
4 biji telur bersaiz sederhana
180g gula
50g tepung gandum
20g tepung jagung
8 helai daun pandan



Cara untuk memasak :
1.  Campurkan beras pulut yang telah ditos dengan santan kelapa, garam dan gula untuk    lapisan bawah. Kukus pada suhu tinggi selama 15-20 minit.
2.  Sambil itu, campurkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam satu mangkuk.
     Kisar tepung bersama gula, daun pandan, garam dan santan kelapa sehingga cair.
3.  Menggunakan kaedah double boil, masak campuran untuk lapisan atas sehingga pekat.
4.  Keluarkan lapisan bawah tadi dan ratakan sehingga padat.
5.  Tuangkan campuran untuk lapisan atas, ke atas lapisan bawah.
6.  Kukus selama 30-40 minit.
7.  Sejukkan sebelum dipotong (sebaiknya guna pisau plastik) mengikut citarasa.


Resepi 7 : Kuih Kaswi Labu (Credit : Resepi Ayam Brand Malaysia)
Bahan - bahan yang diperlukan :-
4 cawan tepung ubi
700g labu kuning
300ml Santan Ayam Brand
3 cawan air
7 gram tepung agar agar
2 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
Kelapa parut untuk ditabur, mengikut citarasa


Cara memasak
1.   Kukus labu selama 30 minit sehingga lembut. Lenyekkan dan biar sejuk.
2.   Dalam mangkuk yang kecil, cairkan gula dan garam dalam air.
3.   Dalam mangkuk yang sederhana, campurkan tepung ubi dan tepung agar-agar.
4.   Masukkan ubi, santan dan campuran air gula. Campurkan semua sehingga licin.
5.   Saringkan dan tuang ke dalam bekas. Stim selama 1 jam.
6.   Biar sejuk dan letak di peti ais sehingga mengeras.
7.   Potong mengikut bentuk yang disukai dan gaulkan bersama kelapa parut. Hidang


Selamat mencuba semua hidangan di atas. 


Menangi hadiah menarik bersama Ayam Brand

Peraduan ini bermula 5 April hingga 14 Jun. Ada 16 hadiah mingguan, dan dua hadiah utama untuk dimenangi. Apa lagi? Jom jom join. Follow syarat pernyataan seperti dibawah.

Syarat penyertaan :-
1. Tiada bukti pembelian diperlukan untuk menyertai Peraduan ini.
2. Muatnaik gambar resipi yang menggunakan Santan Ayam Brand ke Instagram atau Facebook.
3. Pastikan hashtag #beRAYAmbrand #ayambrandmy digunnakan. Tag @ayambrandmy di Instagram
Hanya gambar yang dimuatnaik dalam tempoh peraduan akan dilayan

Hadiah :-
- 2 Pemenang Utama: Tefal Cookware bernilai RM300 dan Ayam Brand Goodie Bag berjumlah RM100 untuk setiap pemenang
- 2 Pemenang Mingguan untuk 8 minggu (berjumlah 16 Pemenang): Ayam Brand Goodie bag berjumlah RM50 untuk setiap pemenang

Peraduan ini akan diadakan dari 06/04/2020 hingga 31/05/2020

Tertakluk T&C



Post a Comment

36Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. teringat2 pulak bubur jagung hari tu..sedapnyaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Tq farah share resepi2 ni. Best2 semuanya.😍😍 Memang sesuai sangat buat untuk bukak puasa.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi resepi ni. Senang nak buat resepi ni. Ramadhan dah nak tiba harap2 sempatlah kita menyambut ramadhan kali ni. #stayathone

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. selamat mencuba time puasa nanti.

      #stayathome #kitajagakita

      Delete
  4. Ramaj juga yg dapat produk Ayam Brand n ya sbb dah banyak kali baca. Anyway good for those yg selalu guna Ayam Brand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita pun one of pengguna ayam brand dari dulu hehe

      Delete
  5. Teringin pulak tengok menu2 atas ni. Mudah la plak. Done bookmark.

    ReplyDelete
  6. Ada dua resepi Sis dah cuba guna santan Ayam Brand tu haaa..nanti nak kongsi di blog dan di IG, mana le tau ada rezeki boleh memang hadiah Ayam Brand kan heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sis, boleh tu menang ehehe. Good luck sis =)

      Delete
  7. Ayam brand ni saya pernah cuba sardin je. Santan kelapa belum lagi. Lepas ni boleh try santan brand ni. Banyak masakan boleh dicuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. santan dia pun not bad. huda dah banyak kali beli and try. Nanti cuba tau santan from Ayam Brand.

      Delete
  8. Ini kalau orang tak tau masak pun boleh masak ni. Pendekata, tempoh PKP ini membolehkan sesiapa yang tak pandai masak cuba masak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, pula tu time PKP ramai yang share resepi. Resepi pula mudah - mudah. Bosan - bosan kat rumah boleh try dan makan bersama seisi keluarga.

      Delete
  9. ok kita masuk balik kat sini, nak save resepi. sangat mudah seharian nak masak dengan ayam brand kan. kita memang suka pilih ayam brand punya product :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awk. Ya sama, kita pun selalu guna Ayam Brand lagi lagi Sardin tu haha

      Delete
  10. saya pun suka dgn brand Ayam Brand ni... MEmang berkualiti & kesedapan pun terjamin! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat, 100% setuju. Makanan tin Ayam Brand semuanya berkualiti tinggi, and mostly sedap - sedap pula tu.

      Delete
  11. sedapnya lahai semua resepi ni. saya suka sangat buat kuih. terima kasih share resepi

    ReplyDelete
  12. Sedap2 nyaaa resepi ni! Rajin atau malas je issue nya! :p Product ayambrand memang dijamin berkualiti! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul, product ayam brand semuanya berkualiti tinggi.

      Delete
  13. masuk blog awak ni perut kita terus berbunyi. banyaknya resepi makanan sedap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaaa. Yes, banyak resepi yang best best yang ayam brand share bersama pengguna. thanks farah singgah blog kita =D

      Delete
  14. Banyak dari produk tu hanya pernah try santan kotak biasa sahaja. Santan light tu lepas ni nak carilah. Bolehlah cuba buat dessert dengan resepi tu pakai Ayam Brand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, santan kotak dia is not bad. ye nanti huda pun nak try beli lagi santan light tu, senang nak buat dessert ke apa. Selamat mencuba kak bell =D

      Delete
  15. Fuyooo macam2 resepi kuih muih ada kat sini. Sis tertarik gan bubuq jagung tu,memang suka buat. Seri muka pun suka tapi tak pandai buat. Ada resepi ni leh le cuba. Nanti nak try gak masuk contest tu, nak kena cr ayam brand dulu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul bnyk resepi yang best yang ayam brand share bersama pengguna. this is part of idea for contest. Good luck ye untuk contest =D

      Delete
  16. Sedapnya bubur tu. Lama tak buat bubur jagung. HAsih mudah dengan ayam brand ni..nak carila..boleh buat..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee, selamat mencuba semua resepi ni =D

      Delete
  17. Wah. Menariknya resipi dia - yang penting bagi seorang yang tak pandai masak, resipinya mudah nak disediakan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, resepi dia menarik semuanya. Selamat mencuba

      Delete
  18. Banyaknya menu best-best..
    Terliur pulak tengoknya dalam keadaan dok lapar ni haaa.
    Hahaha

    Kita pun pengguna Ayam Brand juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan, semua gambar ni buat orang lapar.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !