Mangga Susu sedap! - Captain Mango

February 22, 2020

Assalamualaikum =D

Hai semua,

Mangga Susu Sedap! - Captain Mango - Kalau korang ada dekat area Johor Bahru, bolehlah singgah Food Truck Captain Mango ni guys. Huda suka since pertama kali huda beli dan rasa.


Nak tahu macam mana huda tertarik? Masa mula - mula nampak tiap kali datang Bandar Baru Uda, mesti ramai orang beratur. Beberapa kali datang, ramai juga yang beratur. Apa lagi guys, huda pun terbeli.

First impression, sedap. Once singgah sini je mesti huda repeat beli. Hari ni, kebetulan singgah kat situ, ramai juga beratur. Sampai stock mangga yang diorang dah siap kopek tu, habis. Dah kena amik new stock, haha. Masa tu baru 6.15pm. Laku betul!

Satu cawan RM5. Mangga Susu yang pada aku, padu. Siap ada topping mangga fresh lagi. Oh ye, kalau korang nak tahu, mangga susu ni memang dibuat dari buah mangga yang fresh. Dekat situ lah dia bland, dan buat. Lepas tu terus hidang, kasi customer. Kita minum pun rasa fresh, tu yang lagi best tu.


Tengok tu Air Mangga Susu dia, peh.
Dengan potongan buah mangga yang fresh. Padu betul, rasa dia!

Terletak dekat deretan Kedai Business Centre, Bandar Baru Uda - Jalan Padi Emas 1/6.

Dekat dengan MBH Flagships juga.

Jangan lupa singgah tau kalau alang - alang korang singgah sini.

6 comments:

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.