Antara Kedai Kek yang sedap dekat Johor Bahru - Bellytreatsjb


Assalamualaikum =D

Hi semua,

Antara Kedai Kek yang sedap dekat Johor Bahru - Bellytreats JB. Ok kalau korang datang JB, one of kedai kek yang huda suggest adalah Bellytreats. Bukan sekadar kedai kek biasa, tapi kalau korang nak tahu kek dekat kedai ni antara yang popular, dan yang bestnya semua cake adalah homemade! Rasa dia pula padu weh.

Bukan puji sekadar puji, sebab huda dah follow one of owner Bellytreats, dari dia buat business homebaking, hantar kek dekat butik, sampailah dia buka kedai. 

Walaupun huda tak selalu singgah kedai dia, once singgah mesti rasa nak singgah lagi kalau ada masa lapang. Kebetulan Ahad lepas, huda jumpa kawan huda dekat Larkin jadi terus decide lepak dekat Bellytreats, yang kebetulan tak jauh dari rumah kawan huda.

 Sorry guys, aku lupa nama dua kek ni hahaha.
dah dapat bantuan nama kek ni dari Kak SunahSalted Caramel Almond Cheesecake dan Pecan Butterscotch Cake. Thanks akak ❤.

Tapi serious, dua - dua kek ni sedap. 

Dan paling aku suka, belah kiri tu. Nice sangat rasa dia.

Oh ye, kalau korang dekat Bellytreats ni, kebanyakan kek dia memang sedap. Korang boleh refer instagram diorg (link huda share dekat akhir entry ni nanti).

Tengah sibuk bebual, boleh pula ternampak orang depan meja makan corndog, maka kiteorg pun nak try lah. Apa lagi, seorang huda bangun dan order. Beberapa minit kemudian corndog pun sampai.

Yes cheese ni pun boleh tarik tinggi ye (those minat cheese mungkin boleh cuba).

And this one - corndog versi Bellytreats.
RM10

Disebabkan aku bukan seorang peminat corndog dan first time try, pada aku rasa dia oklah.

Menu dia banyak. Bukan kek je ada tau, macaroni cheese, tauhu begedil, cookies, verity air pun ada di jual di sini. Oh ye, kalau korang nak buat tempahan cake pun boleh ye (more details boleh contact diorang (info all diorang letak kat instagram). 

Alamat Bellytreats:
No.16, Jalan Dataran Larkin 5, 83050 Johor Bahru, Johor.

Instagram :

Ok guys, sampai di sini je huda sempat tulis. Next time if ada masa huda share entry lagi ok. Thanks singgah and baca entry dekat blog huda.





28 comments:

  1. wahh.. memang nampak sedap kek tu huda.. next time jalan2 area sana boleh la singgah.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau free singgah tau kak, serious best! hehe

      Delete
  2. Salted Caramel Almond Cheesecake...my febret gak tu...sebelah tu macam Pecan Butterscotch Cake..pun kegemaran gak...dah pernah rasa Durian Cake dia? masya Allahhhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak, kita dah edit hehe.

      Belum pernah, sedap ke durian kek dia? ok will try nanti hehe.

      Delete
  3. menggodanya kek tu.. sedap je nmpk

    ReplyDelete
  4. wow.. puas hati dapat makan kek homemade sedap mcm ni.. tak puas makan sepotong saja ni..

    ReplyDelete
  5. Wuu cake dia tu mmg both tu nampak sedapp! Ni kalau dekat ni insyaAllah mmg dh pi try jugak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat. Nanti kalau dtg jb meh ler lepak Bellytreats hehe

      Delete
  6. Butter scotch cake memang sedap. My faveourite. Kat JB boleh la singgah nanti.

    ReplyDelete
  7. Mahal jua Corndog dia. Kat TTDI sini baru RM8 dan sikit besar saiznya. Mungkin rasanya lebih sedap ni. Biasa kalau kedai pastri memang kena rasa dulu baru tau macam mana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul a bit mahai dia punya corndog. Rasa dia oklah juga.

      Delete
  8. wah..sedapnya nampak kek pecan tu. nanti balik johor boleh la singgah sini rasa kek die

    ReplyDelete
  9. Sedapnya walaupun nampak beberapa slice jer kek tu tapi menyelerakan hurmmm dan yang nampak sedap juga corndog versi Bellytreats macam besar giler jer hehehe nanti pergi JB kita akan cuba kedai ni hurmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Corndog dia besar lepas tu cheese banyak haha. Rasa dia oklah. Ok nanti try tau kek with others food kat sini

      Delete
  10. Nnt gi JB nak try lah. Kita mmg suka apa sahaja yang berasaakan salted caramel

    ReplyDelete
  11. pecan butterscotch nampak sedap laa tapi jauh nau nak gi kat johor huhu ada rezeki kalau melawat kawan kat sana boleh lah singgah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe nanti once dtg meh la singgah Bellytreats, hehe

      Delete
  12. Kek tu memang menggoda betul rupa dia. Nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul menggoda kan. Pula tu cepat habis, nasib hari tu pergi masih ada lagi jd dptlah merasa juga hehe

      Delete
  13. Alamak.. Kek2 dia nampak sedap la... Nanti kalau ke jb boleh la try satu..

    ReplyDelete
  14. Teringin nak rasa corndog tu. Namapk sedaplah pulak. Sebelum ni selalu nampak dkt dalam TV je.

    ReplyDelete
  15. Woww... Nampak sedap lak kek kat sini... Sekarang susah nak jumpa kedai kek yg betul2 sedap kan.. Tp kt jb jgn risau sbb banyak pilihan..

    ReplyDelete
  16. Oh dekat area dataran larkin eh? Next time ke jb boleh la singgah cuba. Kalau sedap boleh suggest dekat kakak & abg yg mmg tinggal kat jb.

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.