Pengalaman Melawat Kampung Sungai Sireh



Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Lepas habis je aktiviti kiteorang bergambar dan bergembira dekat Sky Mirror, kiteorang teruskan lagi perjalanan ke Kampung Sungai Sireh. Tujuan utama kami di sini adalah untuk melawat Homestay Sungai Sireh yang diperkatakan ramai, dan buat beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh mereka. 

Sampai je dekat Sungai Sireh, aku teruja tengok pemandangan sawah padi dari atas bas. Tapi yang tak bestnya time kiteorang datang, musim menuai padi dah habis. Jadi just sempat tengok padi yang penduduk kampung situ baru tanam. Takde rezeki nak tengok padi yang cantik. 

Tapi pemandangan kat sana serious cantik! Kalau padi dah masak, lagi cantik pemandangan dia tu. Aku memang suka tengok padi pun, sebab dia hijau dan menenangkan. 


Turun je dari bas, kami berkumpul di Balai Raya Kampung Sungai Sireh. Santapan tengah hari turut disediakan. Sambil kiteorang menikmati juadah makanan kampung, sambil tu wakil Agrotourism Kampung Sungai Sireh brief tentang beberapa aktiviti, yang akan kami lakukan sepanjang kami berada di sana. 

Lepas makan dan solat, aktiviti dimulakan dengan :-

1. Mencanteng batik

Lukisan batik dan peralatan mewarna telah disediakan oleh pihak Kampung Sungai Sireh. Jadi kami hanya tinggal mewarna lukisan batik tersebut. 

Ini pengalaman pertama aku colour batik dengan menggunakan peralatan mewarna yang telah disediakan. Menarik juga sesekali mencanteng balik ni. 

Kami diberi masa dalam 30 minit macam tu, untuk mencanteng batik. Selesai mencanteng, masing - masing kena tulis nama supaya ianya tidak tertukar, kemudian keringkan di tempat yang telah disediakan. 


Tadaaaa, masing - masing dah siap mencanteng batik. 

2. Melawat Homestay Kampung Sireh
Selesai mencanteng batik, kiteorang pergi pula melawat Homestay Kampung Sungai Sireh. Can't wait! Sebab diorang cakap rumah yang bakal kiteorang lawati kali ni,punyai keistemewaan tersendiri. Nak tahu apa istemewanya, ha jomlah baca sampai habis. 


Perkara yang paling seronok bagi aku masa ni, kiteorang dapat naik bajak. Menarik sangat weh, naik bajak dalam Kampung Sungai Sireh. Mana nak dapat pengalaman macam ni?

Hanya di Kampung Sungai Sireh.

Ok selfie jap atas bajak.
Selain daripada bajak ni, bas juga turut disediakan.

Dekat belakang tu, bas mem'follow'. I follow you...

Beberapa minit selepas menaiki bajak dan bas, kiteorang tiba di Homestay yang mereka maksudkan. Homestay ni nampak macam rumah kampung biasa, tapi jangan tak tahu, dekat Homestay ni ada keunikannya tersendiri tau. 

Kalau korang nak tahu, keunikan Homestay Kampung Sungai Sireh ni terletak pada seni binanya. Specialnya rumah ni, ianya dibina sendiri oleh tuan rumah dengan menggunakan kayu - kayu yang berkualiti tinggi yang diambil dari dalam hutan. 

Yes, beliau ambil kayu dan hantar proses,lepas tu baru rumah ini dibina. Rumah ni juga merupakan rumah paling lama dalam Kampung Sungai Sireh.

Homestay Kampung Sungai Sireh ini juga telah didaftarkan dibawah Majlis Daerah Kuala Selangor. 

Korang dapat lihat sendiri pelbagai ulam - ulaman, tanaman herba, dan beberapa jenis tanaman yang lain turut ditanam di sini. Selain tanaman, ada beberapa haiwan peliharaan juga yang boleh korang tengok dekat sini. Antaranya ayam, itik dan beberapa haiwan peliharaan penduduk kampung. 

Sampai je sini, kami di briefing kejap sebelum kami melakukan aktiviti yang dianjurkan mereka. 

Aktiviti yang dianjurkan nampak simple tapi menarik. Di mana kami diberi satu silang kata, di dalam silang kata tu kiteorang kena cari dan ambil gambar beberapa ulam - ulaman, dan tanaman herba yang ditanam di situ. Siapa menang, dia pandailah bab - bab ni, haha. 

Ada juga beberapa jenis ulam - ulaman dan tanaman herba yang aku tak kenal, tapi bila main game tu, baru kenal. 

Selesai aktiviti silang kata, kiteorang diperkenalkan pula dengan beberapa peralatan yang dibuat oleh tuan rumah sendiri. 

Selain tukang kayu, pemilik rumah ini juga merupakan seorang petani. Dekat sini, korang juga boleh tengok sendiri alat - alat pertanian yang lama yang digunakan oleh tuan rumah semasa bertani dulu. 

3. Memancing, Menanam Padi dan Menggagau Ikan
Selesai aktviti di rumah ni, kiteorang bergegas pula ke satu tempat dengan menaiki bajak dan bas. Di situ kita akan buat beberapa aktiviti.

Kami diberikan dalam dua kumpulan. Kumpulan dari Selatan dan Utara akan memancing, manakala mereka dari Pantai Timur, Sabah dan Sarawak akan menanam Padi. 

Ada yang dapat ikan, dan ada pula yang sekadar dapat pengalaman memancing.

Aku lah tu one of them, yang setakat dapat pengalaman memancing hahaha. 
Waduh lama tunggu ikan, tak kunjung tiba. Tak makan pun umpan aku. 

Umpan yang digunakan adalah hati ayam. Memancing pula kiteorang gunakan buluh yang dah diikat dengan tali tangsi. First time ye aku memancing, hehe. 


Mereka menanam padi. Bestnya dapat pengalaman ni...

Acara menggagau Ikan - Ikan Keli.

Seronok tengok diorang menggagau ikan keli tu dari atas.

4. Mandi dalam Palong
Settle je semua aktiviti ni, kiteorang jalan pula cari palong yang terdekat. Ha, sapa yang nak mandi dalam Palong di dipersilakan. Diorang cakap air dalam palong tu, sejuk. 


Nampak seronok je diorang dok dalam palong tu. Nak join, tapi malas pula nak basah - basah haha. Padahal masa tu kaki dah gatal nak masuk dalam palong weh. Dek sebab fikir malas nak salin kang, better tak masuk.

Last sekali, kita bergambar ramai - ramai dekat tepi sawah padi. 

Kita nak juga ambil gambar sebagai kenang - kenangan, gitu. 

Hari pun dah petang, jadi masa kiteorang kat sini semakin suntuk dan kiteorang pun dah nak balik. Lepas habis je aktiviti, kiteorang terus naik bas masing - masing. 

Dan pergi makan malam - Restoran Aroma Ikan Bakar.

So guys, kalau korang minat nak bercuti kat kampung sambil tengok sawah padi dan buat beberapa aktiviti dekat kampung, Kampung Sungai Sireh nilah yang huda suggest dekat korang semua. Kalau korang pergi, mesti korang nak pergi lagi. 

Macam aku story kat atas tu, selain aktiviti yang kiteorang buat, ada juga aktiviti lain yang dianjurkan tau. Contohnya, kalau musim menuai dah tiba, akan ada aktiviti yang diorang anjurkan. Selain tu, korang juga boleh berkayak, jungle tracking dan banyak lagi aktiviti kat sini yang korang boleh buat bersama family dan sahabat handai. 

Selain homestay, ada juga surau, tempat berkemah dan lain - lain kemudahan turut disediakan.

Pelbagai pakej yang ditawarkan di sini dan bayaran atas pakej - pekej tersebut :-
RM40.00 - RM110.00 seorang untuk pelajar, 
RM60.00 – RM200 seorang untuk pelancong

For more information korang boleh layari laman web Majlis Daerah Kuala Selangor

De Seri Niaga Enterprise
Agrotourism Homestay Sungai Sireh
Alamat : Pusat Penerangan Pelancongan Parit Satu Kampung Ampangan, 45500 Tanjung Karang
No Tel : 019-346 7372 / 03-3269 2400
Ok sampai sini je yang sempat huda tulis, nanti huda share lagi story dan aktiviti yang kiteorang buat, sepanjang media trip temph hari. Thanks baca dan singgah blog huda. 

13 comments:

  1. best aktiviti dia kan...jomm kita buat jdt blogger lak

    ReplyDelete
  2. Wahhh bestnya kampung nie. Macam2 aktiviti kmpung ada dna boleh dilakukan. Xbanyak kampung masih boleh lakukan aktiviti mcm nie. Sy yg duduk kampung pon xd benda2 nie

    ReplyDelete
  3. Mulakan nak gak merasa masuk lumpur tu, tapi fikir dah takde baju nak salinnya, lupakan aje laaa niatnya hahahaha...tapi serius ar memang excited masuk kampung!!

    ReplyDelete
  4. terselit jgk gambar kita walaupun kcik..hihi

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dapat buat aktiviti kampung macam ni. Teringin pula nak memancing dan cuba menanam padi. Rumah tu teringat rumah lama di kampung, rumah tinggi. Ada masa nak dtg lah ke Homestay Sg Sireh.

    ReplyDelete
  6. Bestnye dapat buat aktiviti nie ngn rakan2 yg lain.. Suasana tenang dan aman je tgok.. Nak2 view kt sawah padi tue cantik sangat..

    ReplyDelete
  7. Nampak ada suasana kampung di sana. Mesti menjadi satu perkara yang menarik di tambah pula ada banyak aktiviti yang boleh di lakukan. Terima kasih sudi berkongsi tempat yang menarik ini.

    ReplyDelete
  8. wah seronoknya. macam2 aktiviti ada. rindu pulak dekat kampung saya yg banyak bendang @ sawah padi tu :)

    ReplyDelete
  9. Wow this looks fun, a trip out in the countryside and it's really affordable too, will suggest it to my friends.

    ReplyDelete
  10. pengalaman yang super best! bolehlah jadikan salah satu aktiviti untuk anak2 nanti

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat pengalaman tanam padi macam tu. Sebab ni pun budak bandar tak pernah ada pengalaman macam ni

    ReplyDelete
  12. Mesti seronok masuk kampung...masuk sawah padi lagi tu...belajar tanam padi...mcm2 aktiviti diadakan...meriah!

    ReplyDelete
  13. Seronok buat aktiviti di homestay. Paling geli tangkap ikan tu. hahaha. Paling best makan la kan. kuih tradisional, nasi berlauk, air sirap orang kawen. hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.