Chillax Market yang pertama di Edu City, Iskandar Malaysia

FARAH
3


Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Sabtu lepas huda berkesempatan untuk singgah ke EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri. Masuk - masuk je enterance dah nampak adik - adik tunggu giliran dalam acara sukan renang. Selain acara renang yang dipertandingkan, ada juga acara lain misalnya pertandingan bola jaring, badminton, futsal dan beberapa acara lain yang turut dipertandingkan sempena Hari Sukan Negara. 

Sembilan Kampus di bawah Educity, Staf Iskandar Investment Berhad, Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd X Johore Motorsport Scene dan penduduk setempat turut memeriahkan acara pada hari tersebut. 

Dalam masa yang sama Chillax Market turut dirasmikan oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatan Kuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, dan Koperasi Negeri Johor. 

Ucapan oleh YB Sheikh Umar Bagharib Ali, sekaligus merasmikan Chillax Market yang pertama diadakan di Johor. 

Amboi kemahen Jimie posing tu. 
Kalau korang nak tahu, Jimie adalah Official Mascot untuk Sukma 2020. 

Chillax Market adalah satu kolaborasi antara EduCity dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB). Tujuan utama Chillax Market adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar dalam mengembangkan social skill dan belajar selok - belok bidang perniagaan/keusahawanan, sejajar dengan slogan mereka "Learn, Leave, Lead". 

Sembilan kampus di bawah educity adalah :
University of Southhampton Malaysia, Multimedia University, University of Reading Malaysia, Newcastle University of Medicine Malaysia, Netherlands Maritime Institute of Technology, Management Development Institute of Singapore, Raffles University, Marlborough College Malaysia dan Raffles American School.



Antara booth dan food truck yang ada dekat Chillax Market. 

Oh ye, bukan sahaja pelajar diberi peluang untuk berniaga di sini ye. Malah orang luar juga boleh buka booth di sini. 

Chillax Market akan dibuka pada:-
Setiap Hari Rabu
Start dari pukul 3 petang. 

Semua yang berada di sekitar atau nak datang ke Edu City, dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Chillax Market yang akan dibuka pada setiap Hari Rabu. 

Jika anda berminat untuk buka booth dekat Chillax Market, korang bolehlah hubungi mereka di talian 07 - 233 9000, atau email info@my-iib.com


Full Video byfarahh

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Meriah sangat! Nanti nak pergi juga. Dan salah satunya kompomlah Sis ko memborong makanan aje hahahaha

    ReplyDelete
  2. Great article Lot's of information to Read...Great Man Keep Posting and update to People..Thanks Scholarships Abroad

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !