Dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, dengan hanya satu click

FARAH
6

Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Kalau korang malas nak driving dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, dengan hanya satu click sahaja korang boleh tempah tiket flight secara online, book hotel, dan find cheap KLIA transit fare online je dekat Traveloka. Jadi bagi korang yang suka travel, korang boleh menggunakan perkhidmatan KLIA Transit ni bagi memudahkan korang untuk ke KLIA atau KLIA2, dengan hanya estimate time 28 minit hingga 33 minit sahaja. Oh ye, dekat Traveloka, korang juga boleh dapatkan best KLIA express promotions online tau. 

Dah alang - alang korang plan nak ke JB, ni huda nak share dengan korang sikit pasal Legoland Malaysia. Selain dari Taman Tema, kini Legoland telah memperkenalkan Sealife Malaysia pada para pengunjung. Nak tahu apa itu Sealife Malaysia? Untuk makluman, Sealife Malaysia adalah salah satu Aquarium Terbesar di Malaysia. Apa yang menakjubkan, Sealife Malaysia merupakan yang pertama mengetengahkan tema 'Lego' dalam setiap Aquarium. Terdapat lebih 13,000 hidupan laut dari 120 species yang berasal dari 11 habitat yang berbeza, dipamerkan di Sealife Malaysia. Antaranya Bala Shark, kuda laut, Ikan Pari Parang (atau lebih dikenali sebagai Blue Spotted Ray), Zebra Shark dan macam - macam lagi jenis habitat yang ada dekat sini.

Salah satu lego yang dipamerkan dalam Aquarium yang terdapat di Sealife Malaysia. 

Oh ye bukan tu je tau, kalau korang nak tahu Sealife Malaysia juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat sendiri "Behind The Scene" Sealife Malaysia.  Dekat "Behind The Scene" ni, korang dapat melihat dan tahu sendiri bagaimana mereka memberi rawatan kepada ikan - ikan yang dikuarantinkan akibat sakit, korang juga akan diberi penerangan bagaimana penjagaan ikan - ikan dekat sini, dan apakah makanan yang diberikan kepada ikan - ikan yang terdapat di Sealife Malaysia. 

Baru - baru ini juga, Legoland telah menjemput semua pengunjung untuk melihat sendiri "Lego Friends Live Show". Dekat Lego Friends Live Show ni, korang boleh bertemu dengan Olivia, Emma, ​​Stephanie, Mia dan Andrea. Saksikan juga live show mereka, yang menceritakan kehidupan mereka di Heartlake City,dan korang boleh melihat sendiri bagaimana mereka saling bantu - membantu sesama sendiri ke arah yang lebih baik. Pengajaran yang di bawa di dalam live show ini adalah, setiap individu ada character yang berbeza. Walaubagaimanapun, perbezaan itulah yang membawa keakraban sesama rakan sebaya. 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton Lego Friend Live Show bersama keluarga dan sahabat handai. 

Ha, kalau nak cakap pasal Legoland ni karang entry huda berjela. So kalau korang berkesempatan , jemputlah singgah Legoland bersama keluarga dan sahabat handai. Beli Annual Past 12 month dan korang boleh rasai sendiri pengalaman berada di Legoland. Yang menariknya juga, bila korang beli Annual Past 12 month tu, korang juga dapat tengok Lego Friend Live Show. Mesti anak - anak suka tengok Live Show tu kan? Sebab Selain tengok Live Show, anak - anak dapat bergambar dengan 5 watak tersebut. Jangan lepaskan peluang ini!

Image result for sanrio hello kitty town

Dah alang - alang korang dekat Legoland, area Nusajaya, Johor Bahru. Apa kata korang singgah juga  dekat Sanrio Hello Kitty Town, Johor Bahru dan The Little Big Club, Johor Bahru. Ini adalah antara tempat yang menjadi kegemaran kanak - kanak. Bukan itu sahaja, korang juga boleh window shopping dekat Johor Premium Outlet (JPO). Terdapat pelbagai jenama yang turut diketengahkan di situ. 

Related image

Bila dah penat window shopping, korang juga boleh menikmati suasana yang mendamaikan di Forest City Water Park, yang terletak di Gelang Patah. Forest City Water Park ini adalah salah satu Taman Tema Air yang terdapat di Johor Bahru. Selain itu, korang juga boleh lepak dekat tepi pantai sambil menikmati mood yang tenang di sana.

Bila dah dekat Johor Bahru, rugi pula kalau korang tak jalan - jalan dekat Bandar Johor Bahru (JB). Jadi jemputlah datang ke sini juga. Di sini, korang bolehlah menikmati makanan tradisi orang Johor sendiri. Antaranya Laksa Johor, Rojak Asma, Mee Rebus Johor, Kacang Pool dan macam - macam lagi makanan tradisi yang korang boleh nikmati di sini.

Kalau korang ada masa jemputlah datang dan jalan - jalan ke Johor Bahru, dan korang boleh explore more lagi perkara menarik dekat JB ni.

Oklah korang, sampai sini je yang sempat huda update. Thanks baca entry huda kali ni. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Berapa harga Sealife Malaysia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM95 per adult, RM74 per child.
      For more info visit this entry https://www.byfarahh.com/2019/05/sealife-malaysia-legoland-malaysia.html

      Delete
  2. mudah je kan..Nak pergi semua tempat dengan satu klik je...best²

    ReplyDelete
  3. kita yang duk johor ni pun belum puas explore kat sini..hahahah

    ReplyDelete
  4. kannn macam2 dah ada kat johor ni.. cuma bahagian nature attraction ja state government tak berapa nak push untuk naikkan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !