Weekend dekat Event Team Building

February 20, 2019

Assalamualaikum, =D


Hye semua,

Sorry lah, tak sempat update blog lately. Nak tengok phone, balas whatsapp pun tak sempat, apatah lagi nak update blog. So selama seminggu ni, memang kira pergi kerja, balik kerja dan rehat. Tu jelah citer dia. And bila dah hari Jumaat rasa lega sikit, sebab esoknya team building. Cant wait, haha. 

So, hari yang di tunggu - tunggu tiba. Awal pagi dah bangun, awal pagi dah pergi office dan naik bas. Awal pagi juga, aku dah sarapan kat kedai mamak dengan staff, dan driver company kiteorang. Sempat juga singgah solat kat tengah jalan, jumpa masjid then solat subuh jap. Lepas tu teruskan perjalanan ke Felda Residence Tanjung Leman. 

Sampai - sampai sana, kiteorang di arahkan untuk letak bag dekat bilik yang disediakan. Kiranya semua beg dikumpulkan dalam satu bilik. Tak boleh check in lagi, sebab maklumlah, diorang dah set untuk  check in pukul 3. 

Roger. 

Maka, kami follow jela. 

Sampai - sampai admin cakap, ok kita makan dulu. 
Hisyh, mestilah semua terjah dewan makan. Mana yang belum makan, tu mesti menjamah. Eh, yang dah makan masa on the road pun, makan lagi tau, hahahhaa .

Tapi amik simple - simple jelah, buat rasa :P 

Lepas makan, ada introduction tentang team building untuk driver. 
Kiteorang staff = community. 

Then bila game, semua kena join dan tak ada yang terkecuali. Time ni best, dari game intro, sampailah ke game padang (more kepada sukaneka), semua join and nampak semua have fun. Dari driver sampai staff, semua satu kepala and bekerjasama dalam satu group. 

Ya Allah, kelakar bila ingat tu hehe. 

Belah malam pula, ada dinner. Team halloween as planned. Nak upload gambar segan, haha. Muka aku conteng macam apa. tak kemas, aduh. Takpe nanti tunggu gambar photographer, aku tepek satu, dua dekat laman social aku. 

Lepas dinner ada lagi planning kiteorang (staff). Dari JB, Kuantan, KL semua turun padang buat BBQ beramai - ramai. Ya Allah sangat tenang dan best. Dengan angin sepoi - sepoi bahasa, dengan suasana yang tak serabut. SubhanAllah, tenang. Tenang sangat. 

Felda Residence Tanjung Leman, recommended kalau nak stay sini buat short vacay, atau team building.

Dekat sini banyak activities actually, dari sukaneka sampai ke sukan lasak semua ada. Korang just tinggal deal je dengan pihak hotel. 

Kalau nak buat BBQ kena sewa tapak, RM100 per tapak. Arang, dan peralatan lain, makanan, air, semua provide sendiri ye. Kiteorang share - share, bos pun join sekali. 

Pemandangan. 


Depan bilik nampak swimming pool. 

Dari belakang bilik pula, boleh nampak laut.

Kiteorang kat sini dua hari satu malam je, Ahad dalam pukul 11 pagi macam tu, dah gerak balik JB. 

And yes, Alhamdulillah event dah settle. Congrats Cik Echa, sebab dah success organize your event. Kiteorang yang assist pun penat, apatah lagi ketua event ni, admin kiteorang. Mesti double triple penat. 

Oklah sampai sini je sempat type. Mata pun mengantuk dah, esok pula kerja. So guys, thanks yaaa keep singgah blog I. Thanks baca entry kali ni =D

Good night. 












7 comments:

  1. Wow... kursus paling best adalah kursus team building tambah kalau semua sporting kan..

    ReplyDelete
  2. Dah lama giler tak pergi team building. Lepas berhenti keje takde lagi xde langsung team building. huhuh

    ReplyDelete
  3. seronok gak team building ni. hilang stress, tambah semangat untuk kerja

    ReplyDelete
  4. Ini tempat memang best Huda..
    Kawan Sis dah pergi short vocay siap bbq lagi..
    Jom kita plan pergi sesama yokkk

    ReplyDelete
  5. Event mcm ni sronok sbnrnya. Dpt releasešŸ˜Š

    ReplyDelete
  6. ramai yang buat teambuilding kat sini ..yang penting happening kan bila buat team building..penat tapi berbaloi

    ReplyDelete
  7. oo..ni yang huda siap ada tema halloween tu ek..serammmm..ahahhhaha..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.