Sebenarnya tak salah pun kalau lari bidang | Pendapat sebagai ex - fresh graduate

January 09, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua,

A simple short story tentang entry kali ni. Aku merupakan seorang yang typical juga sebenarnya, bila bab lari bidang kuasa ni. I mean, dulu belajar dalam bidang lain, kerja pun dalam bidang lain. Masa zaman study, memang jenis tak kisah, asal aku boleh score dalam study, walaupun diploma in account tiba - tiba sambung belajar, tukar kepada bidang admin (HR) pula.

Once kerja, aku memang niat nak masuk bidang HR je (serious, typical budak fresh graduate). Aku macam orang lain juga, hantar resume dari satu company ke satu company, semata - mata nak kan duduk dalam bidang HR. But Allah has a good planning for me, I got an offer as "operation assistant". Then, as per my father advice just accept the job, then I accept.

Dipendekkan cerita, berapa bulan kat sana (even hampir setahun), aku still tak boleh move on dengan aku punya keinginan tu. Still berniat, nak kan kerja sebagai "HR". But I never never get the job lagi. I stay. Buat yang termampu dan terbaik sebagai seorang "team operation".

Image result for positive word about job

Sekarang masih di dalam operation team lagi, dan Alhamdulillah beberapa bulan/ hampir setahun lepas tu, tiba - tiba bos aku kasi chance untuk buat 1 atau 2 task HR (kira tolong exect admin aku lah). Alhamdulillah, happy aku dapat buat task HR even sikit pun. 

So dekat situ aku kena slowly belajar pasal HR punya task. 

"Kita fikir, apa yang kita plan tu terbaik. Tapi Allah punya plan lagi the best kot dari apa yang kita fikir". 

Kesimpulannya, tak semestinya bila lari bidang kuasa tu kira fail. Sebenarnya, bila Allah letak kita dalam sesuatu bidang (and its call rezeki juga), actually Allah nak kita belajar something from there. Betul orang cakap, biarlah kita belajar dari bawah then tak salah kalau kita lambat dapat apa yang kita impikan selama ni. 

Sebab  semua orang ada time flow masing - masing. So, follow time flow sendiri. 

Pendapat sebagai ex - fresh graduate
Ni pendapat untuk mereka yang lari bidang tau. Yang dah dapat kerja bidang masing - masing tu, kira Alhamdulillah, rezeki dan bonus bagi korang. 

Related image

And yang lari bidang ni, korang accept je kerja apa yang korang dapat. Anggap itu rezeki, Allah bagi and stay positive in and out =D

Kenapa? 
Eh penatlah study.

Ya, tahu. Study mana tak penat? Kemahen pulun tak tidur malam, lepas tu eh eh kena tukar bidang kerja and gaji ciput. 

Guys, memang sebagai fresh graduate ni, korang tak payah nak idamkan gaji ribu - ribu (macam viral sekarang ni). Amboi sedapnya kau cakap kak oi. Betul aku cakap ni, sebab semua majikan sekarang prefer yang berpengalaman tau. Tapi once korang dapat, korang anggap je tu sebagai rezeki Allah nak bagi. Credit buat korang.

"Pengalaman kerja tu susah nak dapat. Once dah dapat peluang, accept dan cuba buat terbaik. Satu bonus untuk korang. Pengalaman kerja tu, sangat - sangat dan sangat berharga. Susah nak dapat kat mana - mana, kalau korang sendiri tak tempuh dan belajar"

Sebab bila kita kerja ni, kita belajar cara kerja, cara bercakap, cara nak dealing dengan orang, atau customer, belajar macam mana nak kerja dalam satu team (team work), cara nak sabar untuk berhadapan dengan perangai sorang - sorang, dan perangai diri sendiri yang of course banyak ragam (yang kadang kita tak perasan). Apa pun, bila hari - hari kerja tu, korang anggap je tu semua learning process.

Oh ye, benda paling penting, kena belajar macam mana nak jadi professional (ni aku still belajar).

Jadi, dalam apa pun kena belajar macam mana nak positive dan sabar. 


Extra notes,

Image result for work tumblr

Korang anggap je itu semua sementara. Akan ada yang lebih baik lagi, lepas korang dah dapat pengalaman korang tu.

"Rezeki Allah kan luas"

Mana tahu, korang di offer untuk naik pangkat atau one day korang dapat offer jawatan yang korang idamkan juga selama ni. Dan tanpa diduga, gaji pun bertambah sebab korang dah ada pengalaman.

Who knows right? All in Allah hand. 

So stay positive, stay motivated and be professional, ok =D

p/s: Sekarang aku masih truggle untuk buat yang terbaik, dalam timba pengalaman. Even thanks juga dekat orang sekeliling yang tak putus ajar aku, and bagi kata - kata semangat. Thanks =D

oklah sampai sini je yang sempat huda tulis, InsyaAllah nanti apa - apa huda share lagi ye. Thanks juga dekat korang yang singgah baca entry ni =D

p/s: Fuh, post juga entry yang dah draft sekian lama ni. Ingat simple short story, tapi panjang gak ek aku menulis ni, haha.

9 comments:

  1. akak dip in electrical engineering. masuk QAQC.. pejam celik dah 10 tahun buat kerja clerk & dcc.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..nice sharing huda..berdebar2 pulak nak habis belajar ni..da lebih seploh tahun tak gi interview kerja..dengar cerita dari kawan2 je pasal dunia pekerjaan tu macam mana..

    ReplyDelete
  3. Betul. Saya graduate engineering. Decide jadi housewife, jaga anak2. Jadi domestic engineer kata orang. Haha.

    Rezeki Allah tak tertakluk hanya pada duit, gaji, pekerjaan, banyak lagi bentuk rezeki Allah bagi. Tak terjangkau pemikiran kita.

    Apa-apa pun, good luck Huda dan semoga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
  4. hahahahaaa.... dah ain nie dari duluuu tergedikk nak amek masscom.. penyudahnyaa further marketing.. last2 , masuk juga industry media. dan berjumpa dengan ramai kawan-kawan blogger yang dari journalism , masscom.. dapatkan pengalaman diorang...

    all the best huda! dont ever give up okay..

    ReplyDelete
  5. SETUJU SANGGAAATTT! kawan kawan saya ramai je yang lari bidang lepas study. sebab sekarang ni kan kerja tak boleh nak demand sangat, mana yang dapat. syukur. even bukan bidang kita. And I saw they are very skillful in what they do now. i mean makin better day by day.

    jemput join segmen blog kc hehhe http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/8-juta-special-bloglist-sayidah-napisah.html

    ReplyDelete
  6. Yang penting, kerja je dulu.. Zaman sekarang kalau nak kerja kerja bidang yang kita belajar memang susah.. saingan bukan sikit.. Kerja je dulu sambil tu timba pengalaman..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.