Weekend Vibes

December 16, 2018

Assalamualaikum, =D


Hi semua,

Bila penat kerja, mesti teringin sangat nak pergi tempat - tempat yang mendamaikan jiwa. Wah, ayat aku kemahennn.

Alhamdulillah, Sabtu lepas, kebetulan pergi Bandar Penawar, apalagi terus ajak parents pergi Tanjung Balau. Lama sangat tak pergi sana, since habis belajar beberapa tahun lepas. 

SubhanAllah tenang sangat dapat duduk tepi pantai sambil layan angin sepoi - sepoi bahasa. Rasa macam segala penat bekerja, hilang kejap. 

Sambil dengar deruan ombak, sambil layan angin sepoi - sepoi bahasa. Huisyh, nikmat tidak terkata. Alhamdulillah. 

Dulu dalam around 2011-2013, macam takde kot jual - jual bagai ni. Sekarang aku tengok kemahen meriah kot. Ada jual boya, ada jual baju, ada jual tudung, ada jual makanan, ada jual mainan budak - budak, etc etc. 

Duduk lama kat area jual tudung tu, sampai tercapai tudung bawal printed. Pula tu harga RM10. Apa lagi, tercapai pula. 
Haisyh 😜...

Meriah sekarang kat sana, one of daya tarikan para pengunjung dekat situ. Jadi kalau rasa nak makan, lepas mandi tu, bolehlah makan dekat gerai - gerai yang ada kat situ. Not bad juga makanan dia, sodap. Semalam aku sempat lunch dengan family dekat situ. 

Sambil jalan - jalan, sambil tu tangan sempat dok rakam video. Lepas tu compile maka jadilah short video weekend vibes, nama diberi. 

Nak tengok? Click je dekat gambar tu. Direct terus ke laman youtube huda.


Ok sampai sini je sempat share, huda nak menaip article untuk bulan ni pula. 

Oh ye, cakap pasal article, jemput singgah baca article - article huda dekat Thread by Zalora Malaysia ye - Tekan sini. 

Thanks singgah baca blog huda. 

Happy weekend guys =D


4 comments:

  1. Sesekali nilah tempat untuk tenangkan fikiran..

    ReplyDelete
  2. Wahhh ,, tiberrr rasaa nak ber weekend vibe kesini.. Hahahha..

    ReplyDelete
  3. lama jugak tak ke sini. last bila ek? 6 tahun lepas rasanya.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. Kali terakhir ke sini rasanya tahun 2004 kot, masa tu konvoi dengan geng motor

    ReplyDelete

Powered by Blogger.