Terjebak dengan Arluna

Farah
1


Assalamualaikum, =D

Hai semua,

Selamat pagi guys, hehe. Terbangun pagi bukan apa, nak siapkan edit report yang tergendala. Sebelum mula menulis report, kita update blog kejap.

Image result for arluna
Aku terjebak dengan drama ni bila tengok iklan dekat TV ✌😀.

Aku ni dah lama tak terjebak dengan drama. Sebab sekarang, kalau nak tengok drama yang full episode agak memilih, so kira ni yang terpilih. Salah satu sebab terjebak dengan drama ni, sebab hero dia saharul ridzwan dan heroin anzalna ✌.

Sebelum ni minat hati perempuan, banyak kali gak repeat tengok. Sampai roommate aku dekat Pahang tu, dah bosan bila aku buka drama hati perempuan, (sebab dulu dia pernah tegur, kau ni tak habis - habis hati perempuan 😀). 

Sampai sekarang pun kalau bosan, buka hati perempuan. Tapi aku akan buka episode mana yang best (yelah sebab dah hafal, episode mana yang best tu, hehe 😀)

Related image


Sinopsis novel/drama Arluna
Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?


Cemburu - Nabila Razali
Bila dah terjebak dengan drama, terjebak dengan lagu juga. Adeh....

Happy Weekend,
😅
So excited this weekend, will meet my HR team masa study (see u gegadis💕)

Thanks baca entry ni,
salam =D

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. best ke cerita ni? :D lama tak tgok cerita Melayu.. last tengok cerita apa anam tu yg Fasha Sandha berlakon yg mak dia masuk penjara ke apa tah? XD

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !